Malaysia mempunyai mercu tanda yang tersergam indah dan boleh dikunjungi pelawat untuk menikmmati pengalaman berada di banggunan tertinggi di negara kita.
Menara Berkembar Petronas atau lebih sinonim dengan nama Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) antara lokasi tumpuan pelancong kerana pengunjung dapat melawat Skybridge yang berada di tingkat 41. Dari situ, pengunjung dapat melihat keindahan Kuala Lumpur dari pemandangan atas bangunan tertinggi.
Seperti yang korang semua sedia maklum, untuk ke Skybridge, pengunjung perlu mendapatkan tiket berharga RM28 untuk warganegara Malaysia dan RM80 bagi pelancong dari luar negara.
Walau bagaimanapun, kini pengunjung boleh merasai pengalaman berada di Skybridge KLCC terlebih dahulu secara maya. Mungkin ada yang ingin tahu bagaimana agaknya keadaan di sekitar Skybridge tetapi masih belum berpeluang berkunjung ke sana. Jadi, inilah peluang untuk korang ‘melawat’ SkyWalk 36
0 secara maya.Apa yang korang boleh lihat melalui SkyWalk 360 ini?
Ia memberikan pengalaman lawatan 360 darjah kepada pelayar web. Korang hanya perlu melawat laman SkyWalk 360 dan memulakan lawatan secara maya dan percuma.
Di sini, korang boleh melihat pelbagai kawasan sekitar KLCC dari jambatan yang menghubungkan kedua-dua menara berkenaan. Terdapat juga paparan dari udara dan juga daripada tingkat 86.
Apa yang lebih menarik, lawatan maya korang juga disertakan dengan muzik iringan bagi menambah ‘feel
’ seakan berada di atas sana. Hiks!Namun begitu, pengalaman melawat secara maya tidak sama seperti korang mengunjungi sendiri ke lokasi berkenaan. Tetapi, ia sudah cukup untuk memberikan pengalaman awal dan pengetahuan tentang Skybridge KLCC.
So guys apa lagi, jom cuba rasai pengalaman di SkyWalk360 KLCC.