Pengunjung Terkejut Khinzir ‘Shopping’ Di Alamanda Putrajaya

Share

 

Shopping barangan sukan pula tu!

Kecoh sebentar kompleks membeli-belah Alamanda di Putrajaya hari ini apabila seekor babi hutan didapati berada di dalam bangunan itu.

Kompleks membeli-belah Alamanda. Sumber: Malaysian Mall

Kejadian berlaku kira-kira tengah hari tadi apabila pihak Balai Bomba dan Penyelamat Putrajaya dihubungi untuk dapat membantu pihak stor sukan, Al-Ikhsan.

 

 

Hasilnya, dua jentera bomba yang dinaiki oleh lapan orang anggota hadir kurang 10 minit selepas mendapat panggilan dan berjaya menghalau babi hutan tersebut keluar. Tiada pengunjung atau staf yang cedera akibat insiden tersebut.

Beberapa klip tular telah tersebar dan menunjukkan seekor babi hutan berkeliaran. Setelah ditangkap dan dihalau ke arah padang ragbi Presint 16 Putrajaya, ia selamat diserahkan kepada Bahagian Hidupan liar Perbadanan Putrajaya untuk tindakan selanjutnya, lapor rakan media di BERNAMA.

Pergh, terkejut semua!

Teringat pula kepada kejadian tahun lalu di mana seorang selebriti didapati membela haiwan liar secara tidak sah di rumahnya.

Ramai Pemilik 10 Haiwan Liar Ini Tak Sedar Perlu Memiliki Lesen & Permit Khas – REMAJA

 

Published by
FZ