Kalau selama ini korang rasa gerun kalau terserempak dengan sekatan jalan disebabkan tidak membayar saman dikeluarkan oleh JPJ dan polis.
Ada berita baik mulai 9 Disember ini sehinggalah 12 Disember 2021, JPJ dan Polis akan memberikan diskaun sehingga 80 peratus ke atas setiap saman. Hal ini bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Kementerian Pengangkutan Malaysia, kadar pengurangan bayaran saman akan diberikan kepada semua rakyat. Kaunter pengurangan bayaran saman juga akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 9 Dsember ini sehingga 12 Disember 2021.
Secara umumnya, diskaun saman sempena 100 Hari Keluarga Malaysia 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia
ini adalah untuk semua jenis saman KECUALI:*Tertakluk kepada terma dan syarat
Untung kan?
Siapa yang ada saman tu, inilah masanya untuk anda cepat-cepat bayar saman tapi jangan lupa jaga SOP dan penjarakan sosial ketika beratur di kaunter pembayaran nanti.
Sumber : Ministry of Transport Malaysia Dan PDRM