Tahun 2021 sememangnya ‘kaya’ dengan keluaran sneakers kolaborasi. Boleh dikatakan hampir setiap minggu, ada saja keluaran baru yang menemukan dua jenama besar dalam bentuk sepasang kasut.
Ini merupakan 5 kolaborasi sneakers pilihan REMAJA. Kami sendiri tidak tahu yang mana satu wajar ‘diangkat’ pulang.
.
.
Peminat dunia anime sentiasa boleh berharap kepada jenama Skechers untuk mengeluarkan koleksi kolaborasi istimewa untuk mereka pada setiap tahun.
EMAJA pernah melaporkan mengenai koleksi Skechers x One Punch Man ini yang didatangkan dalam 4 colourways berbeza mengikut karakter sepeti Saitama, Genos, Tornado dan Sonic.
ARTIKEL BERKAITAN: Skechers Sekali Lagi Keluar Kolaborasi ‘Manga’, Kali Ini Giliran One Punch Man – REMAJA
Dengar cerita, sambutan hangat telah diterima oleh Skechers sejak ia mula dipasarkan.
TARIKH: 26 Februari 2021
BELI DI: Stor Skechers & Shopee
HARGA: RM459
.
.
Setelah keluaran koleksi kolaborasi Converse Chuck 70 x Carhartt WIP pantas disambar oleh sneakerheads pada akhir bulan lalu, kedua-dua jenama ini sekali lagi akan menawarkan satu lagi keluaran baharu.
Kali ini, ia adalah sneaker berpotongan low dalam rona yang sama iaitu Hamilton Brown dan Camo.
Pada asalnya, potongan Chuck 70 Low ini telah menemui pasaran antarabangsa pada bulan April tahun lalu.
Kali ini, peminat di Malaysia akan memperolehi peluang itu. Ia masih mengekalkan identiti sneakers yang sama seperti Chuck 70 Hi seperti tag logo Carhartt pada bahagian tongue.
TARIKH: 26 Februari 2021
BELI DI: Carhartt Pavilion KL & Crossover Concept Store
HARGA: TBC
.
.
Kedua-dua kasut rekaan dua jenama besar fesyen ini telah diperkenalkan pada waktu yang lebih kurang sama sekitar era 80-an.
Reebok Classic Leather terlebih dahulu diperkenalkan pada tahun 1983, manakala kasut signature Maison Margiela Tabi pula menemui pasaran pada tahun 1988. Lalu kolaborasi ini dilihat sebagai sesuatu yang istimewa.
Sneaker Maison Margiela x Reebok hangat diperkatakan selepas Kim Kardashian memberikan teaser pertama pada akhir tahun lalu. Korang boleh memilih untuk memiliki warna putih mahupun hitam.
TARIKH: 26 Februari 2021
BELI DI: Crossover Concept Store
HARGA: USD300 (kira-kira RM1211)
.
Koleksi khas adidas bersama Beyonce, IVY Park telah membawa peminat sneakers dengan konsep musim sejuk dan aktiviti berski di pergunungan apabila rekaan dan kempennya menampilkan montaj tersebut.
Turut diberikan nama jolokan ICY Park, koleksi kali ini terdiri daripada 5 jenis rekaan sneakers dan sudahpun mula dilancarkan di Malaysia semalam.
Ini termasuklah model Ultra Boost, Forum Lo, Forum Mid, Super Sleek dan model utama pada kali ini iaitu IVY Park Super Sleek Boot.
Daripada rupa luarannya yang lain dari lain ini saja, REMAJA sudah dapat mengagak betapa selesanya sneakers terbaru ini.
TARIKH: 25 Februari 2021
BELI DI: adidas.com.my & JD Sports
HARGA: Dari RM649 hingga RM849 (bergantung pada model kasut)
.
.
Setelah beberapa kali kedua-dua jenama ini berkolaborasi untuk pelancaran sneakers baru, kali ini mereka sekali lagi bergabung untuk mencipta koleksi sneaker Nike Air Force 1 ‘Paris’.
Ia sempena meraikan pembukaan stor baharu Ronnie Fieg & KITH di Perancis. Lalu, rekaannya memberikan penghargaan ataupun homage kepada kota cahaya itu.
Perbezaan yang dicetuskan pada Air Force 1 ini adalah logo KITH dalam rekaan timbul di bahagian panel tengahnya dan juga logo Nike Swoosh kecil dalam warna bendera Perancis.
Tambah menarik apabila lining kasut ini adalah dalam warna biru gelap dala kemasan baldu.
Sama-samalah kita nantikan sama ada model ini akan dipasarkan di Malaysia kerana buat masa ini, REMAJA diberitahu bahawa ia hanya akan dilancarkan di stor flagship KITH Paris esok.
TARIKH: 26 Februari 2021
HARGA: £130 (kira-kira RM641)