Tenang dan berfikiran positif menjadi kunci kejayaan peninju Hallo Fightlab, Mohd Haikal Salami ke atas lawannya dari Thailand Nong Ice Rodtang menerusi Technical Knockout (TKO) pada Kejohanan Grand Final Kuda Merah International Muaythai Challenge 2024 King of the Ring baru-baru ini.
Menurut pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan Teloi Kanan, Kedah ini mengakui pada mulanya agak gementar namun berjaya menenangkan diri dan yakin beliau mampu menewaskan adik kepada juara ONE Championship, Rodtang Jitmuangnon pada pertemuan pertama mereka.
“Saya rasa sangat bersyukur sebab segala usaha membuahkan hasil (dan dapat TKO pada pusingan ketiga daripada lima). Target saya nak ke tahap lebih tinggi seperti ONE Championship tapi saya tahu agak mencabar sebab kena latihan 24 jam”
“Macam sekarang, masih bersekolah jadi saya aturkan jadual. Pagi fokus belajar dan dalam 4 petang mula berlatih. Memang kena disiplin diri sendiri,” katanya kepada pemberita selepas membawa pulang tali pinggang tajaan ICU/JPM dan Radio Era selepas memenangi saingan berlangsung di Stadium Titiwangsa.
Bercakap mengenai latar belakangnya, anak kedua daripada enam beradik itu berkata, beliau mula menceburi sukan Muay Thai sejak berusia sembilan tahun dan mendapat bimbingan daripada bapanya Salami Nayan (48) yang juga seorang guru Muay Thai di Felda Teloi Timur, Sik, Kedah.
Ads
Sementara itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul yang hadir menyaksikan perlawanan berkenaan meluahkan rasa bangga atas kejayaan Mohd Haikal dan berharap beliau mampu menyinar seperti Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau Jojo Ghazali yang telah meraih pelbagai kejayaan di dalam dan luar negara.
“InsyaAllah, saya juga akan berbincang dengan Kementerian Belia dan Sukan untuk bawa atlet-atlet kita,” katanya.
Ads
Selain itu, peninju Kelab Kuda Merah PDRM, Mohd Rais Mohd Junaidi mengalahkan Mohd Juwaidi Abd Wahab yang mewakili Urat Merah Narathiwat Thailand untuk mengungguli saingan Belt Pulapol dan Celcius menerusi kemenangan mata.
Katanya, strategi yang digunakan ialah dengan menguji kemampuan lawan pada pusingan pertama sebelum menunjukkan keupayaannya pada set kedua dan hanya menjaga mata yang diperoleh pada set terakhir.
Ads
“Kemenangan ini saya dedikasikan kepada ketua jurulatih Kuda Merah, Rosli Yaacob yang akan bersara pada Isnin (18 Nov) ini. Kelima-lima penyertaan semua bawah dia dan empat kali berturut-turut menang,” ujarnya.
Beliau turut berterima kasih kepada pengurus pasukan yang banyak bantu kewangan dan latihan serta berharap agar dapat mewakili Malaysia dalam Sukan SEA.
Sumber: Bernama
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sebagai salah satu syarikat penerbangan terbaik dunia, Singapore Airlines sentiasa berevolusi dalam menghasilkan sesuatu perubahan yang akan mempesonakan penumpang mereka.
Terbaharu lebih kurang seminggu yang lalu, syarikat penerbangan nasional Singapura itu telah melancarkan motif baharu batik yang akan digunakan di dalam semua konsep rekaan baharu bagi sebarang kempen penjenamaan dan juga cenderamata syarikat itu yang sudah mula dijual di KrisShop.
Diinspirasikan dari corak batik asal kebaya ikonik Singapore Girls yang popular, corak ini diberikan sentuhan yang lebih moden agar senang untuk disesuaikan dengan sebarang rekaan digital.
Selain itu suntikan 10 jenis bunga asli Singapura menjadi tunjang asas kepada perubahan yang dilakukan ini. 10 bunga yang tumbuh meliar di Singapura ini melambangkan kekayaan alam semulajadi negara itu.
Walaubagaimana pun, kebaya ikonik pramugari syarikat penerbangan itu tidak akan digantikan dengan corak baharu dan akan terus kekal dengan rekaan asal yang telah dicipta lebih 47 tahun lalu iaitu pada tahun 1974 oleh pereka feyen antara bangsa, Pierre Balmain.
*** P/S- Singapore Girls merupakan gelaran bagi pramugari Singapore Airlines.
Ahad lalu telah berlangsungnya acara akhir Pertandingan Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi 2022 kategori Bahasa Melayu yang berlangsung di Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu.
Dalam pertandingan akhir kategori Bahasa Melayu, pasukan debat Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang bertindak sebagai kerajaan telah menentang Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang duduk di kerusi pembangkang.
Dengan usul Dewan Ini Akan Memperkenalkan Sistem Parlimen Penggal Tetap Di Malaysia, pasukan UIAM memberikan hujah yang mampan sekaligus menarik perhatian para juri. Mereka menempah tiket kejuaraan sekaligus mencipta hatrik kemenangan.
Sebelum ini, UIAM telah memenangi pertandingan ini bagi tahun 2019 dan 2021, tahun 2020 pertandingan tidak diadakan dek kerana pandemik Covid-19.
Menarik perhatian REMAJA sepanjang debat ini berlangsung adalah kepetahan dan kecerdasan Muhammad Ilham Hafiz Azmi yang berjaya menggondol anugerah Pendebat Terbaik peringkat akhir dan keseluruhan bagi kategori Bahasa Melayu.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, jejaka berusia 22 tahun yang merupakan pelajar jurusan Undang-Undang di Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Laws UIAM mencipta sejarah apabila dua tahun berturut-turut dinobatkan sebagai pendebat terbaik.
Seiring dengan kemenangannya, Ilham Hafiz menerima hadiah wang tunai bernilai RM1000 dan juga piala iringan. Manakala pasukan debat UIAM pula membawa pulang wang tunai bernilai RM5000 berserta piala iringan.
Selain Ilham Hafiz, pasukan debat Bahasa Melayu UIAM dibarisi oleh Nur Syahirah Balqis Binti Shahrulnizam, Muhammad Luqman Ismail Zawawi dan Muhammad ‘Aqil Mujahid Mukhtar.
Pada majlis penutupan tersebut, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Pertandingan Debat Diraja Antara Institut Pengajian Tinggi telah diadakan sejak tahun 1995 kira-kira 27 tahun yang lalu dengan format ala parlimen.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kempen skuad tenpin boling Malaysia di Kejohanan Tenpin Boling Asia (ATBC) ke-27 di Bangkok, Thailand serba menjadi apabila kedudukan podium dimonopoli oleh atlet-atlet yang bertanding di sana.
Bertempat di Blu-O Rhythm & Bowl Ratchayothin, Muhammad Rafiq Ismail, 26 berjaya menjuarai acara perseorangan lelaki semalam setelah melakukan 1,419 jatuhan pin sekaligus membawa pulang pingat emas buat negara.
Rafiq sekaligus menebus kekecewaan pada edisi yang lepas apabila sekadar memenangi pingat perak.
Manakala rakan senegara, Muhammad Hadiz Zainuddin (1,383 jatuhan pin) dan Syafiq Ridhwan Abdul Malek (1,370 jatuhan pin) masing-masing memenangi pingat perak dan gangsa.
Pengalaman manis tersebut membuktikan bahawa skuad tenpin boling Malaysia seharusnya diberikan perhatian apabila satu-persatu atlet pelapis negara mulai menunjukkan taring masing-masing di peringkat antarabangsa.
Rafiq (kanan) bersama-sama Hafiz (tengah) dan Syafiq) selepas mereka memenangi acara perseorangan ATBC.
Sekadar perkongsian, Rafiq yang berasal dari Selangor mula berminat dalam sukan boling sejak usia 4 tahun dan sejak itu, beliau meneruskan usaha kerasnya selama selama bergelar atlet cilik dan remaja untuk sampai ke tahap begini.
Rafiq pernah memenangi Kejohanan Tenpin Boling Lelaki Hong Kong 2018 pada usia 20 tahun. Bukan setakat itu, beliau pernah bergelar ‘Raja Boling Eropah’ setelah memenangi kejohanan Jelajah Master Boling Eropah (EBT) di Madrid.
Pada tahun yang sama juga, Rafiq membanggakan negara pada Sukan Asia di Jakarta-Pelembang dengan menyumbangkan pingat emas dalam acara Masters lelaki serta pingat perak dalam acara trio lelaki.
“Ini bukan pengakhiran tetapi ia adalah permulaan untuk perjalanan seni saya.”Begitulah pandangan peserta pertandingan realiti nyanyian, Big Stage Alpha (BSA) iaitu Ashmirul yang baru-baru...