Penjagaan kulit bukan hanya perlu dilakukan oleh golongan wanita, malah lelaki juga sebenarnya harus menitik berat tentang penjagaan kulit khususnya pada wajah yang sering terdedah pada cela dan terik matahari.
Muhammad Syameel Zulkepli, antara influencer yang mempunyai ramai pengikut di media sosial dan kerana itu, anak kelahiran Johor ini mengambil peluang untuk berkongsi tip untuk memiliki kulit wajah dan licin.
Syameel juga pernah berkongsi rutin skincare yang diamalkannya dan thread tersebut mendapat hampir 8 ribu retweets di Twitter.
Jom kita lihat bagaimana dan produk apa yang digunakan oleh lelaki ini dalam menjaga kulit wajah.
Walau bagaimanapun, Syameel juga mengingatkan bahawa tidak semestinya produk mahal yang korang pakai tu memberi kesan yang lebih baik. Produk drugstore
juga sebenarnya banyak yang bagus. So, apa-apa pun pilihan di tangan korang. Pilihlah produk yang baik untuk jenis kulit.