Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’ kepada data internet setiap hari, lagi-lagi musim Covid-19 dan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini. Betul tak?
Namun, ini bukan bermakna korang boleh mengunakan alat untuk memaksimumkan isyarat “line” di dalam rumah.
Terbaru, SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) kini memaklumkan yang mana mereka mengesan peningkatan kes gangguan spektrum yang melibatkan penggunaan Booster atau Repeater Selular (CBR) yang tidak mematuhi piawaian.
Kadang-kadang line dekat rumah kita slow bukan sebab pencawang semata tapi disebabkan ada jiran disekeliling sengaja gunakan cara haram ni untuk kepentingan sendiri.
SKMM mengingatkan orang ramai supaya tidak membeli sebarang alatan CBR daripada sumber tidak berdaftar, dan hanya mendapatkannya daripada syarikat penyedia perkhidmatan selular yang sah sahaja.
Kegagalan mematuhi garis panduan ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 atau Peraturan 16 di bawah Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknikal) 2000 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima (5) tahun atau kedua-duanya sekali.
boleh merujuk Garis Panduan Bagi Tujuan Membeli, Menggunakan dan Memiliki Booster atau Repeater Selular yang baru diterbitkan SKMM ini.
So, lepas ini jangan la korang gatal-gatal nak pasang benda ni pulak. Kang tak pasal-pasal masuk penjara hah!