Penjara Dua Tahun Dan Denda RM10,000, Buat Yang Degil Merokok Di Kedai Makan Mulai Januari 2020

Share

Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..

Amaran kepada perokok-perokok di seluruh Malaysia. Korang akan mula dikenakan denda jika menghisap rokok di semua premis makanan bermula 1 Januari 2020.

Menurut Astro Awani, perokok yang ingkar akan larangan ini akan didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga dua tahun.

Merokok dari Jauh

Perbuatan merokok wajib dilakukan di luar jarak tiga meter atau kira-kira 10 kaki dari setiap premis berkenaan.

Berita ini disampaikan sendiri oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan kementeriannya sedang giat menjalankan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Untuk rekod, Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan notis amaran kepada 31,422 premis makanan daripada 146,607 premis yang telah diperiksa.

Manakala 27,759 buah premis telah diberikan amaran kerana gagal mempamerkan tanda larangan merokok serta 3,889 yang lain diberikan notis kerana ingkar larangan merokok.

Untuk info, kanak-kanak yang terdedah kepada asap rokok basi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Di antara masalah kesihatan yang mungkin dialami adalah batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

Hmm…tapi kalau perokok tegar masih nak merokok juga di tempat awam tahu la penulis.

Published by
Ruziana Zainal