If you cannot do the time, do not do the crime.
Begitulah perumpuan yang boleh diungkapkan apabila mendengar kisah pengalaman banduan di sebalik tirai penjara di Malaysia.
Selama ini, kita hanya mendengar kisah-kisah kehidupan seorang banduan yang merasa terseksa dengan macam-macam dugaan sewaktu berada dalam tahanan. Ada yang sahih, ada juga yang diragui kebenarannya.
Namun, kisah yang satu ini sememangnya terjadi kepada salah seorang banduan Penjara Sungai Buloh.
Roger Ng bukanlah nama asing dalam laporan media Malaysia dan media antarabangsa beberapa tahun kebelakangan ini.
Beliau merupakan bekas jurubank Goldman Sachs Group Inc yang terpalit dengan kes penyelewengan berbilon Dolar daripada IMDB.
Pada April 2022, Roger disabitkan bersalah oleh juri persekutuan di Brooklyn, New York kerana melanggar undang-undang anti-rasuah serta melakukan pengubahan wang haram.
Beliau juga didakwa telah membantu bekas ketuanya, Tim Leissner menggelapkan wang dana IMDB dan merasuah pegawai untuk mendapatkan perniagaan bagi syarikat Goldman yang diwakilinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Buku Tahunan Financial Times 2018 Bakal Disirikan, Tentang Rasuah & Skandal 1MDB – REMAJA
Memetik laporan The Edge Markets, Roger dan pasukan peguamnya kini sedang cuba menyakinkan Mahkamah New York untuk meringkankan hukuman yang akan dijatuhkan ke atas rOGER pada minggu hadapan.
Ini setelah beliau trauma menjalani hukuman penjara selama enam bulan pada tahun 2019 di Penjara Sungai Buloh sebelum diekstradisi ke Amerika Syarikat.
Menerusi surat bertarikh 26 Februari 2023 yang dikirimkan oleh Roger kepada Hakim Margo Brodie dalam usaha meringankan hukuman ke atasnya, jejaka berusia 51 tahun itu mengibaratkan pengalaman ditempatkan di dalam Penjara Sungai Buloh di Malaysia sebagai ‘neraka’.
Antara dugaan yang terpaksa dilalui Roger termasuklah tinggal di dalam sel bersama tikus, tidur di atas lantai simen dan dijangkiti malaria dan leptospirosis; sejenis penyakit bawaan air daripada air kencing tikus.
Beliau juga dalam kandungan surat tersebut mendedahkan pernah dirantai bersama 20 orang banduan lain, dimuatkan ke dalam sebuah trak yang sempit sebelum dibawa ke mahkamah. Pada satu ketika, Roger juga pernah ditahan di dalam sel bersendirian sehingga dua minggu tanpa interaksi dengan banduan lain.
Lantas, pengalaman di Penjara Sungai Buloh pada tahun 2019 itu telah memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikalnya.
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Penjara Paling Teruk Di Dunia, Seperti ‘Neraka’ Hidup – REMAJA
Sehingga ke hari ini, Roger mengakui masih belum mampu bersosial secara normal akibat pengalaman traumatik dan mengejamkan di Penjara Sungai Buloh.
Takutnya dengar!
*
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai pengalaman penyanyi, Adzrin Adzhar yang menyifatkan dirinya ‘tenang’ semasa menjadi tahanan penjara.
SUMBER: The Edge Markets
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.