Normal lah setiap kali sambutan perayaan mana-mana kepercayaan masyarakat diraikan di negara kita. Pasti tidak lengkap sekiranya tiada pertunjukan bunga api di udara. Ruang angkasa pasti dihiasi percikan terang-benderang bersempena sambutan perayaan.
Begitupun, satu tindakan undang-undang telah buat berkaitan bermain mercun ini.
Menurut laporan Sinar Harian, tindakan undang-undang boleh dikenakan kepada individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam sekiranya mengganggu ketenteraman awam.
Menurut Setiausaha Polis Diraja Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, mana-mana individu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 (Akta 336) dengan denda tidak melebihi RM100.
Ads
Boleh Disabitkan Kesalahan Jika Main Mercun Lepas 12 Malam
“Tindakan tegas terhadap individu yang didapati sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda. Mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya,” maklumnya dalam satu kenyataan semalam.
Tambahnya, bunga api itu turut berisiko mendatangkan kecederaan kepada mereka yang bermain. Hal ini kerana bahan letupan itu dikategorikan sebagai “dangerous good cargo” (DGC) dan “hazard class division” (HCD) 1.4g.
Ads
“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang. Ia supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat.
Jadi, korang beringat ye main mercun tu nanti! Takut nanti tak pasal-pasal beraya ‘kedalam’.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang.
“Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
“Lepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook. Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat.
“Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.
“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya.
“Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih.
“Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hujan lebat untuk tempoh beberapa hari ini berpotensi mengakibatkan banjir di kawasan-kawasan kedudukan rendah dan kawasan kerap banjir. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang besar dan ribut, risiko banjir boleh menjadi lebih buruk.
Terbaru, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Selasa mengeluarkan Amaran Cuaca Buruk dan Waspada peringkat jingga dan kuning terhadap tiga negeri iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Menurut laporan Astro Awani, amaran Cuaca Buruk (jingga) dikeluarkan terhadap kawasan-kawasan di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Putih di Kelantan.
Manakala, amaran sama turut dikeluarkan kepada tiga daerah di Terengganu membabitkan Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
Bagi Amaran Cuaca Waspada peringkat kuning pula, daerah yang terlibat ialah Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan.
Untuk info, kedua-dua amaran peringkat jingga dan kuning tersebut berkuat kuasa dari 17 November sehingga 18 November (Rabu).
Orang ramai dinasihatkan bersiap sedia menghadapi musim tengkujuh dan sentiasa peka dengan amaran hujan lebat serta angin kencang dan laut bergelora yang dikeluarkan oleh Jabatan Metreologi Malaysia.
Take care semua!
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Dalam kita menghadapi pandemik COVID-19, negara jiran ditimpa dugaan dengan letusan gunung berapi yang bahaya.
Jika sebelum ini, berita tentang gunung Etna di Sicily, Itali meletus sekali lagi semalam. Terbaru, gunung berapi di sempadan Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah mengeluarkan lava sebanyak lima kali dengan jarak luncuran maksimum 800 meter ke barat daya.
Ketua Pusat Penyelidikan Bencana Geologi dan Pembangunan Teknologi (BPPTKG), Hanik Humaida mengatakan bahawa sepanjang tempoh pemerhatian, Gunung Merapi juga mengalami 25 longsoran gempa dengan ampitud 3 hingga 18 MM dan selama 8 hingga 78 saat.
Malah, letusan gunung berapi boleh berlaku sehingga radius tiga kilometer dari puncak Gunung Merapi. Penduduk juga diingatkan supaya tidak melakukan sebarang aktiviti di kawasan berpotensi bahaya dan sentiasa berjaga-jaga semasa hujan di sekitar Gunung Merapi.
Untuk info, Gunung Merapi sering meletus sejak sedekad yang lalu dan pada tahun 2010, ANTARA melaporkan letusan gunung berkenaan meragut sehingga 300 nyawa.
Pada 21 Jun lalu, gunung berapi setinggi 2,930 meter, yang terletak di sempadan daerah Sleman, Yogyakarta dan wilayah Jawa Tengah, meletus dua kali dengan memuntahkan debu setinggi 6,000 meter.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...