Baru-baru ini telah tular di laman media sosial tentang seorang pengguna Twitter yang mempromosikan seorang pakcik OKU di Shoppee yang menjual pewangi kereta dan rumah. Dia menceritakan pada beberapa hari yang lepas bahawa dia telah memasuki “live” pakcik tersebut yang dikenali sebagai Foo Chia Kiat, dan dia mendapati pakcik tersebut ialah seorang OKU yang sedang menjual pewangi kereta dan rumah tetapi hanya ada 7 viewers saja yang memasuki live pakcik tersebut. Atas dasar kasihan dan simpati, pengguna Twitter ini telah menulis sebuah thread di Twitter beliau dan ingin turut membantu mempromosikan barangan jualan beliau.
“FASIH SANGAT BM DIA..SUPPORT LA GAIS, MESTI DIA SERONOK KALAU RAMAI BELi”
Setelah thread wanita ini viral dengan sebanyak 46,600 retweet, pakcik ini telah menerima banyak pesanan melalui aplikasi Shopee nya dan ianya membuatkan beliau terkejut kerana ramai yang membeli pewangi tersebut dengan secara banyak. Jualannya juga melonjak naik dengan tinggi sebanyak 5 angka dalam sehari. Diakibatkan permintaan orang ramai, pakcik Foo terpaksa berhenti seketika untuk mengambil pesanan buat sementara waktu, mungkin kerana ingin menambah lagi stok pewangi tersebut.
Pakcik Foo berasa sangat terharu dengan sokongan yang beliau terima daripada para netizen yang sangat baik hati dan pemurah.. Baik juga kan netizen ni, banyak sangat yang menyokong dan juga memberi semangat kepada pakcik Foo ni agar dia lebih bersemangat untuk meneruskan perniagaannya.