Saluran penstriman digital Netflix sering memaparkan filem dan drama bersiri yang menjadi trending di seluruh dunia. Salah sebuah karya paling berjaya yang diterbitkan oleh Netflix ialah Money Heist yang ditayangkan pada 2017 dari Sepanyol.
BACA: Netflix Bakal Remake Siri Popular Money Heist Versi Korea
Kisah ini menceritakan tentang lapan penjenayah yang diketuai oleh ‘The Professor’ ketika mereka memutuskan untuk melakukan rompakan terbesar dalam sejarah.
Kejayaan Money Heist yang mencatatkan tontonan memberangsangkan itu telah menarik minat produksi Korea untuk menerbitkan siri drama tersebut dalam versi Korea. Money Heist Korea: Joint Economic Area mempunyai enam episod dan kini sudah pun ditayangkan serentak di seluruh dunia menerusi platform penstriman digital itu.
Money Heist versi Korea Selatan ini masih mengekalkan jalan cerita dari siri asal, namun diolah dengan konsep rompakan yang bersesuaian dengan negara mereka. Yoo Ji Tae memainkan watak The Professor, Park Hae Soo sebagai Berlin, Jun Jong Seo (Tokyo) dan Kim Yunjin (Inspektor Raquel Murillo).
BACA: Yoo Ji-tae & Kim Yunjin Diumum Pelakon ‘La Casa de Papel’ Versi Korea
BACA: Nak Sangat Tonton MONEY HEIST Tapi ‘Blur’ Dengan Plotnya? Jom Kami Terangkan
Walau bagaimanapun, laporan media Korea menjelaskan bahawa disebabkan Money Heist: Joint Economic Area ini mengikuti cerita asal Money Heist, ramai peminat drama Korea Selatan menganggap versi remake ini tidak menarik sama sekali. Ini kerana penonton yang telah menonton siri asal itu sudah mengetahui plotnya dan hanya terdapat sedikit tambahan atau kelainan plot baharu dalam versi Korea Selatan.
Walaupun menerima pujian tentang perubahan kostum yang dilakukan, contohnya topeng Dali bertukar menjadi topeng ‘Hahoetal’ Korea dan reka bentuk set filem, namun ramai yang mengkritik mereka tidak dapat mengaitkan dengan versi ‘Money Heist’ Korea Selatan.
Ada penonton yang menegaskan bahawa adalah lebih baik sekiranya drama itu menumpukan kepada budaya Korea dan isu yang timbul di Korea Selatan, daripada menumpukan kepada aspek seni kreatif.
Di ruangan komen kami juga melihat ramai dikalangan warganet turut bersetuju bahawa siri remake versi Korea ini kurang memuaskan.
Masing-masing mempunyai pendapat mereka sendiri kan. Bagaimana pula korang? Ada yang dah tonton Money Heist Korea: Joint Economic Area? What say you guys?
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.