Team REMAJA dan acara konsert sebenarnya bagai tiada pisah.
Demi melaporkan kepada pembaca setiap kali penyanyi/band dari Malaysia mahupun antarabangsa melakukan persembahan, sudah banyak acara konsert yang kami hadiri untuk memberikan sokongan.
Namun, tiada siapa yang dapat menjangkakan keadaan kecoh semalam di Stadium Negara sempena acara grup K-Pop: Wanna One First Fan Meeting In Kuala Lumpur.
Sejak tengah hari, ramai peminat telah berhimpun di perkarangan Stadium Negara dan di luar Sekolah Menengah Victoria Institution yang terletak bersebelahan. Itu adalah senario biasa setiap kali berlangsungnya konsert K-Pop kerana peminat berharap untuk melihat kelibat penyanyi kegemaran mereka melakukan sesi raptai.
Semua persediaan dilihat berjalan lancar.
Pada belah pagi semalam, Wanna One mengadakan sesi bertemu media di salah sebuah hotel di ibu negara dan peminat mula untuk ‘hype up’ di Twitter dan Instagram.
Menjelang dua jam sebelum konsert, keadaan di stadium masih terkawal apabila peminat tenang beratur untuk memasuki ruang stadium. Ruang berduduk di atas semuanya pantas dipenuhi ahli Wannabe.
Ads
Namun, apabila grup Wanna One hadir di atas pentas untuk menyanyikan dua single popular iaitu ‘Beautiful’ dan ‘Energetic’, kira-kira 3,600 orang peminat di ruang Rock Zone (berdiri di hadapan pentas) seakan ‘dirasuk’ dengan obsesi mereka kepada grup itu.
Dari pandangan penulis di bahagian atas pentas, kami dapat melihat bagaikan ada lambungan ombak penonton dari arah belakang yang menolak mereka di hadapan untuk mendekatkan diri ke pentas.
“OMG, are they okay?!” sahut seorang rakan media dari portal hiburan K-Pop. Kami di atas langsung tidak tenteram apabila melihat mereka bersesak di bawah. Tambahan pula, kebanyakannya adalah peminat perempuan dan rata-rata berusia muda dari 16 ke 25 tahun. Apabila ditolak sebegitu rupa, mereka tak dapat mengawal diri dan mungkin cedera.
Dan kami pun hairan, mengapa jumlah penonton di Rock Zone boleh ‘dihimpitkan’ sebegitu ramai. It was truly overcrowded than usual.
Tamat dua persembahan itu, Wanna One ingin memperkenalkan diri kepada peminat.
Ads
Disebabkan situasi tolak-menolak, ahli grup Dae Hwi bersuara, “Please be safe! Someone might get hurt down there. Please stop pushing. Your safety is our top priotity,” tegasnya.
Ahli Wanna One yang lain juga menunjukkan reaksi wajah risau dan tidak tenteram apabila peminat masih enggan bertenang. Situasi itu memaksa grup berundur semula ke belakang pentas dan konsert tertangguh selama 1 jam 40 minit akibat perbuatan peminat di kawasan Rock Zone.
Sepanjang tempoh itu, ada yang dilaporkan cedera. Ada yang kesesakan nafas, malah ada yang pengsan dan pengacara majlis terpaksa menyuruh ahli paramedik untuk menyelamatkan keadaan.
Apabila disuruh untuk berganjak ke belakang, berikan ruang dan duduk, hanya separuh jumlah peminat di Rock Zone berbuat demikian. Manakala, separuh lagi di hadapan pentas enggan mengalah dan mengatakan mereka sudah berdiri di sana sejak awal lagi.
Akhirnya, ahli RELA dan PDRM terpaksa masuk campur dan leraikan kedegilan Wannabe tersebut.
Ads
Wanna One Kembali Ke Pentas Tetapi…
Kesemua sebelas ahli Wanna One hadir semula ke pentas dan menyanyikan beberapa buah single seperti ‘Wanna Be (My Baby)’, ‘Always’ dan ‘Burn It Up’. Mereka juga sempat untuk berinteraksi dengan peminat dalam permainan ringkas di atas pentas.
Namun, body language Wanna One jelas menunjukkan mereka ingin memendekkan masa di atas pentas kerana 1) Lebih sejam sudah dibazirkan dan 2) Takut peminat akan kembali ‘naik gila’.
Ini adalah kali pertama penulis melihat situasi bagai tak keruan seperti ini. Mungkin ia disebabkan oleh faktor grup Wanna One akan dipisahkan pada akhir tahun ini selepas kontrak mereka berakhir. TETAPI, itu bukanlah alasan untuk peminat membuat kecoh dan mengendahkan keselamatan sendiri serta orang lain.
For sure, mood penyanyi dan peminat lain yang terpaksa menunggu terus tercemar. Mungkin juga selepas ini, ahli pengurusan penyanyi dari Korea Selatan akan memikirkan dua kali sebelum datang ke Malaysia.
Apapun, tahniah REMAJA ucapkan kepada pihak berkuasa yang menjalankan tugas cemerlang bagi memastikan semuanya stabil dan selamat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita dah sering dengar tentang kemalangan yang berpunca daripada swafoto atau selfie, sehinggakan ada yang sampai menemui ajal. Lain sedikit ceritanya di Los Angeles, seorang wanita yang sedang berselfie telah menyebabkan kerosakan bernilai lebih RM800,000 (US $200,000) di sebuah galeri seni.
Kejadian ini dilaporkan berlaku ketika pameran seorang artis terkemuka, Simon Birch, di The 14th Factory.
Melalui rakaman CCTV, seorang wanita dilihat cuba mencangkung di hadapan salah sebuah tiang yang mempamerkan hasil seni untuk mengambil gambar. Malangnya, tiang itu tumbang dan menyebabkan tiang-tiang lain dalam barisan turut mengalami nasib yang sama.
Seorang YouTuber yang mendakwa sebagai kawan kepada artis tersebut telah memuat naik klip rakaman CCTV kejadian itu. Pada bahagian deskripsi, dia menulis, “Kejadian ini berlaku di pameran seni kawan saya, Simon Birch di The 14th Factory di Los Angeles apabila seorang wanita cuba untuk mencangkung dan pose di hadapan sebuah tiang yang mempamerkan sebuah arca untuk mengambil gambar. Secara tak sengaja, dia telah bersandar pada tiang itu dan seterusnya adalah sejarah… Hasil seni bernilai $200,000 musnah!”
Menurut Design Milk, pameran seni tersebut mengambil masa enam tahun untuk disipakan. Setakat ini, tiada laporan sama ada pihak penganjur pameran mengambil apa-apa tindakan terhadap wanita tersebut.
Jadi guys, nak selfie tu silalah berpada-pada. Kalau rosakkan barang peribadi, bolehlah nak ralat sendiri. Tapi kalau nak kena ganti beratus ribu, mamang menangis tak berlagulah dik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minggu lepas, satu berita yang agak best diterima oleh penduduk di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) apabila kebenaran melintasi sempadan negeri diberikan bermula 7 Disember lepas.
Tambahan lagi, cuti tahunan yang masih berbaki, tentu sahaja masa ini diambil untuk pulang ke kampung tidak lupa pula yang melepaskan ‘rindu’ bercuti dalam negara. Namun, dalam keghairahan merentas negeri, satu kluster telah pun ‘lahir’ di Tanah Tinggi Genting Highlands, Pahang.
Menurut ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, menyatakan bahawa warga asing terbabit merupakan seorang lelaki warganegara Bangladesh yang melintasi sempadan negeri untuk mengunjungi rakannya. Dia telah bertindak merentas negeri dari Selangor ke Genting Highlands untuk berjumpa rakannya sebelum menjangkiti mereka, lapor Awani.
Justeru dengan itu, Noor Hisham berkata, larangan di bawah perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) telah dilaksanakan di Amber Court, Ria Apartment dan Rumah Kongsi Kg Semaut di Bentong.
Kumpulan itu dilaporkan telah dikesan di Kuala Lumpur dan Pahang pada 4 Disember, masing-masing melibatkan daerah Titiwangsa dan Bentong. Kes indeks (No. 66,878) disahkan positif pada 1 Disember melalui pemeriksaan tempat kerja.
Difahamkan, melalui laporan berita Buletin Utama, seramai 115 orang pesakit dari kluster genting telah dikuarantin dengan kawalan ketat di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang yang terletak di Kuantan bermula pada 10 December lalu.
Hmm…so korang yang nak menghabiskan masa hujung tahun di Genting Highland tu harap bersabar la ye…penulis rasa nak kemurungan la sebab baru plan nak bersejuk dekat atas Genting…huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Umum mengetahui PKP 2.0 di sedang berjalan dibeberapa negeri setelah kerajaan memutuskan untuk melaksanakannya di enam negeri zon merah untuk tempoh 14 hari mulai 3 hingga 26 Januari, 2021.
Namun, ada berita terbaru apabila dua dearah di Negeri Sembilan turut dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan bermula esok sehingga 1 Februari 2021. Menurut Dato’ Seri Ismail Sabri selaku Menteri Kanan (Pertahanan), perintah ini dilaksanakan berikutan jumlah kes terbaharu Covid-19 yang sangat tinggi dan mendadak dalam tempoh 14 hari yang lalu.
“Selain itu, kebanyakan mukim di Seremban juga adalah zon merah iaitu tujuh daripada sembilan mukim. Bilangan kes yang dilaporkan dalam masa 14 hari di tujuh mukim adalah dalam lingkungan 56 hingga 283 kes.
“Di Port Dickson pula, KKM mengesahkan terdapat peningkatan kes positif COVID-19 secara mendadak dalam tempoh 14 hari yang melibatkan beberapa kluster iaitu daripada 35 kepada 167 kes,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Tambahnya, pelaksanaan PKP adalah bagi mengekang penularan COVID-19 dalam komuniti dan mengawal pergerakan di kedua-dua daerah berkenaan.
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...