Telahan orang ramai bahawa peserta ke-12 Big Stage 2022 berkontroversi adalah tepat sekali dengan pemilihan personaliti media sosial, Ahmad Iqbal Zulkefli atau Iqbal.
Pendedahan tersebut yang dilakukan pada konsert pertama Big Stage malam ini sekaligus menyaksikan Iqbal bakal memberikan saingan kepada 11 peserta lain iaitu Aisha Retno, Ajoi Zainal, Daniel Chuer, Elica Paujin, Lia Aziz, Megat Rahim, Sofia Mariella, Syafiq Abdilah, Tegar Septian, Tuah Adzmi dan Yazmin Aziz.
Biarpun pemilihan Iqbal ini mungkin dilakukan sebagai strategi untuk meningkatkan rating tayangan Big Stage 2022, tinjauan REMAJA di media sosial mendapati lebih banyak komen negatif dilontarkan ke arah peserta itu berbanding perasaan teruja penonton untuk melihat momen pertemuan Iqbal dengan bekas bos merangkap kekasihnya, Dato Seri Vida yang dilantik sebagai Presiden Netizen.
ARTIKEL BERKAITAN : Muncul Sebagai Presiden Netizen, Permohonan Maaf Dato Seri Vida Kejutkan Big Stage 2022 – REMAJA
Untuk pengetahuan korang, perjalanan Iqbal sebagai seorang penyanyi bermula dari single pertamanya berjudul Hujan selepas episod putus cinta bersama Vida.
Single ciptaan Zai Hamzah manakala liriknya oleh Iqbal, Achoi Floor88 dan Eric Fauzi ini telah menjadi ‘tiket’ kelayakan Iqbal untuk menyertai Big Stage 2022 memandangkan video muzik lagu itu berjaya mencatatkan 2.1 juta tontonan sejak diluncurkan tiga bulan lalu.
Biarpun tular, penonton tetap sukar untuk menerima penyertaan Iqbal ini. Tidak kurang juga yang ‘menggertak’ enggan lagi menonton episod Big Stage 2022 seterusnya selagi Iqbal menyertainya.
REMAJA turut tertarik dengan sesetengah komen wargamaya yang membandingkan betapa mudahnya Iqbal sebagai peserta dengan kepayahan yang perlu diharungi salah seorang peserta Big Stage 2022, Tuah Adzmi.
Tuah yang juga merupakan pelantun lagu Insan Kau Cinta khabarnya telah melalui pusingan uji bakat Big Stage sebanyak tiga musim berbanding Iqbal yang mudah mendapat peluang pada percubaan pertamanya.
Sama ada korang setuju dengan penyertaan Iqbal ini atau tidak, juri telah memberikan respon mereka.
Iqbal yang menyampaikan lagu nyanyian asal Broery Marantika, Bila Bulan Bicara telah menerima 5 markah dari Ajai, 25 markah (Datuk Seri Siti Nurhaliza) dan 20 markah (Aliff Aziz).
Manakala,Vida sebagai Presiden Netizen pula bertindak memuji keberanian Iqbal dan menyatakan nyanyian tidaklah seteruk yang disangka.
Konsert Big Stage 2022 minggu pertama menyaksikan kesemua 11 orang peserta yang melakukan persembahan malam ini mara ke episod minggu hadapan. Manakala, salah seorang pesertanya iaitu Megat Rahim tidak membuat persembahan setelah disahkan positif COVID-19.
View this post on Instagram
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.