Jelajah Asia ‘A November To Remember’ oleh kumpulan dari Los Angeles, LANY telah berlangsung dengan penuh meriah di Axiata Arena, Bukit Jalil semalam apabila ribuan peminat mereka setia menunggu sejak lewat petang.
Walaupun cuaca hujan sedikit merencatkan perjalanan ke sana, itu tidak sama sekali menjadi penghalang untuk mereka tiba tepat pada masanya sebelum konsert bermula sekitar jam 8.40 malam.
Pada kesempatan itu, REMAJA telah berpeluang untuk menemui mereka sebelum segalanya bermula. Cuma ada sesuatu yang berbeza kali ini; Lany kini hanya dianggotai oleh dua ahlinya; iaitu vokalis/pemain keyboard dan gitar, Paul Klein serta pemain drum, Jake Goss.
Ini susulan penguduran ahli ketiganya, Les Priest pada April lalu untuk memulakan jilid baharu dalam kerjaya serta kehidupannya.
Walaupun hanya berdua sahaja, Paul berkata mereka selesa untuk kekal sebegini dan tiada perancangan untuk melantik ahli baharu ke dalam Lany.
“Tentunya, kami berterima kasih di atas momen istimewa yang kami bina bersama Les. Apabila dia mengambil keputusan untuk mengundurkan diri, kami tidaklah merasa terkejut apabila mendapat tahu. Saya juga tidak merasakan dia ingin melihat LANY berkubur begitu sahaja tanpanya.
“Terlalu ramai pendengar setia yang ingin kami terus mencipta muzik baharu dan itulah yang akan kami berdua lakukan. Apa yang berbeza kini hanyalah jumlah ahli. Tetapi saya pasti muzik kami akan terus kedengaran seperti sedia ada,” kata vokalis berusia 34 tahun itu.
(Dari kiri) : Paul Klein dan Jake Goss dari kumpulan Lany.
Ingin Beraksi Di Stadium Nasional Pula
Terdahulu, Lany pernah bertandang ke Malaysia sebanyak dua kali. Kehadiran sulung mereka adalah semasa menjadi sebahagian daripada penghibur di Good Vibes Festival 2017 dan kali terakhir adalah tiga tahun lalu sempena jelajah album Malibu Nights.
Ads
Ternyata, Lany begitu senang dengan penerimaan peminat yang setia menantikan kehadiran mereka di Kuala Lumpur.
“Penonton di Malaysia memang istimewa dan selalu bertenaga! Sesuatu yang amat kami gemari kerana penglibatan penonton seperti ini yang menjadikan sesebuah persembahan itu berkesan. Kami sempat mengadakan soundcheck; dan walaupun ia dihadiri sebilangan kecil saja peminat kami di sini, ia juga merupakan soundcheck paling gamat setakat jelajah kali ini.
“Konsert di Kuala Lumpur pada kali ini juga diadakan di venue yang lebih besar. Malah jelajah kali juga adalah yang terbesar pernah kami lakukan di Asia. Saya pasti penonton juga merasai vibe berlainan, kami telah bekerja keras untuk menjayakannya. Kami menghabiskan berbulan-bulan bagi merancang inti pati serta senarai lagu konsert ini.
“Siapa tahu, selepas ini kami akan menjayakan konsert di stadium di sebelah yang lebih besar? (Stadium Nasional Bukit Jalil),” tambah Paul, seakan memberi petunjuk Kuala Lumpur bakal menjadi sebahagian daripada destinasi jelajah mereka selepas ini.
Ads
Selepas muncul dengan album studio ketiganya, GG BB XX pada tahun lalu; Lany tidak membazirkan masa untuk mencipta lagu baharu agar peminat mereka tidak putus-putus memberikan sokongan.
Sedar tidak sedar, sejak awal tahun ini Lany telahpun mencipta 27 buah lagu baharu termasuklah single berjudul Congrats yang dipersembahkan semalam!
Ads
“Saya pasti Congrats akan dijadikan sebahagian daripada album akan datang kami.. dari situ kamu sudah dapat mengenal pasti corak muzik kami untuk album seterusnya. It is a very sing-a-long type of song, seperti kebanyakan lagu-lagu LANY.
“LANY merupakan kumpulan yang mencipta album dan bukan sekadar single. Jadi, flow lagu-lagu baharu amatlah penting kepada kami. Saya dan Jake akan duduk berbincang lagu manakah yang wajib diperdengarkan kepada peminat kami dan dari situ, kami terus masuk ke studio,” katanya.
Melihatkan kepada respon terhadap singleCongrats semalam, rata-rata menyukai muzik Lany yang lebih lantang dan bertenaga ini. Selain Congrats, mereka turut mempersembahkan lagu lain seperti Sad, Dancing in the Kitchen, Cowboy in LA, Malibu Nights, You!, Hericane, I Don’t Wanna Love You Anymore, Taking Me Back dan tentunya, lagu hit mereka, ILYSB (I Love You So Bad).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Merasalah kami semua beraya seperti di perantauan sebentar tadi.
Saban tahun, salah satu daripada pertunjukan fesyen paling dinanti-nantikan sebelum memasuki musim Raya Aidilfitri ialah koleksi Rizalman For Zalora.
Jika pada tahun lalu, Dato’ Rizalman Ibrahim ‘membawa’ penonton ke negara India bersama Izara Aishah dengan inspirasi ala Bollywood. Kali ini, inspirasi Royal Escort keluarga Diraja Inggeris pula dipilih oleh team beliau.
Sebaik saja menyambut kehadiran tetamu VIP seperti Raja Permaisuri Agong Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Noor Neelofa, Scha Alyahya, Awal Ashaari, Izara Aishah, Dayang Norfaizah, Hael Husaini dan ramai lagi, tiba giliran Rizalman untuk muncul sebagai ‘King Riz’ lengkap dengan uniform khas dan cape panjang.
Momen comel tentulah apabila kedua-dua anak bujang Rizalman iaitu Umar dan Ali menyampaikan bunga tangan kepada Baginda.
Semua orang tahu persembahan pentas Rizalman for Zalora tidak pernah mengecewakan. Tahun ini, mereka menaikkan skala dengan mainan lampu dan muzik yang memberi penghormatan kepada budaya bumi Inggeris. Rekaan set singgahsana dan tempat duduk penonton membuatkan penulis terasa seperti berada di dalam istiadat rasmi Istana Buckingham. Hehe..
Koleksi lebih 60 pasang baju Raya pada kali ini mendapat sentuhan corak flora Inggeris, corak seni abstrak, detailing riben dan corak jalur untuk memberi pilihan kepada pembeli di Zalora.
Selesai kesemua model memperagakan baju masing-masing, tiba giliran ‘King Riz’ untuk berangkat pulang. Tetapi sebelum itu, beliau menjamah ayam goreng dulu. Sempat eh!
Secara keseluruhan, penulis percaya ramai yang boleh menyarung koleksi Raya kali ini memandangkan potongan dan hasil rekaannya bersesuaian untuk dibawa beraya walaupun berkonsepkan Inggeris.
Ini yang tak sabar nak raya ni! Hehe..
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek kontroversi yang dicetuskan salah seorang anggota kumpulan gadis dari Sabah, SMDX baru-baru ini yang mendakwa tidak mengenali kumpulan Dolla, penyanyi Stacy yang juga berasal dari Sabah tampil memberikan sedikit nasihat kepada SMDX yang masih dalam fasa membina nama sebagai pendatang baharu.
“Kata kami mencabar Dolla? Siapa Dolla? Saya tak kenal. Mungkin Crystal dan Devey kenal,” – anggota SMDX, Elle Thong.
Stacy, 34 yang mula dikenali menerusi program realiti nyanyi, Akademi Fantasia musim keenam (2009) berpendapat masih banyak yang perlu dipelajari oleh ahli kumpulan itu terutamanya dalam perihal adab ketika bertutur dan menjawab sebarang soalan yang diajukan oleh media serta peminat.
“Janganlah. Macam mana sekalipun, pekerjaan dan profesion kita ini pada saya sendiri, ada kelasnya.
“Takkan nak glamor saja, dik? Tak boleh kamu macam itu. Kamu kena pergi dengan cara yang betul (dengan menunjukkan) bakat kamu dulu,” katanya kepada REMAJA di malam konsert ketiga The Hardest Singing Show.
Tambah pemilik nama penuh Ummu Shaikhah Stacy Anam ini lagi, untuk bertahan selamanya dalam industri seni hiburan bukanlah satu kerja yang mudah. Adab perlu dijadikan keutamaan agar orang di sekeliling serta peminat menghormati insan bergelar selebriti.
Apabila terjadinya kontroversi tidak diingini disebabkan kelancangan mulut seorang anggota SMDX iaitu Elle Thong, ia secara tidak langsung menggugat pandangan masyarakat terhadap dua lagi anggota lain yang tidak terlibat iaitu Crystal Vanessa John (Crystal), 23 dan Deveygrayc Justin (Devey), 24.
“Ini mulut, diam. Saya tahu mulut kamu laser. Mulut saya pun laser tapi kena diam.
“Kamu ingin masuk ke dalam industri ini, kamu perlu persiapkan diri dan berhati-hati. Dengarlah cakap saya,” nasihat Stacy.
Susulan tular klip video berkenaan, Elle Thong telah membuat permohonan maaf secara terbuka dengan mengakui kesilapannya. Penyanyi berusia 22 tahun itu juga mengambil pengalaman itu sebagai titik pengajaran untuk terus memperbaiki diri.
Begitupun, segelintir warganet masih tidak dapat menerima perilakunya yang dianggap angkuh walaupun baru bertapak sebagai pendatang baharu industri hiburan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon berkaliber, Mimi Lana tampil dengan ucapan terima kasih buat aktor berbakat besar, Syafiq Kyle selepas menerima kek brownies pemberian daripada pelakon itu.
Kek tersebut dikirimkan kepada bekas peserta Dewi Remaja itu bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-28.
Menerusi perkongsian di Instastory, Mimi sempat menzahirkan perasaannya yang tidak sabar untuk merasa kek yang dibuat sendiri oleh bekas Hero Remaja itu.
“Thank you Syafiq, gigih buatkan kek brownies sebelum pengambaran jauh. Tak sabar nak makan,” coretnya ringkas.
Pelakon drama hit Perempuan Itu turut berkongsi klip video pendek yang memperlihatkan kek tersebut dalam kotak berwarna putih.
Menerusi ruangan kotak berkenaan, Syafiq sempat mengusik Mimi dengan meninggalkan nota pendek.
“Happy birthday ke-28, tak pandai buat brownies, tapi…”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kalau kamu fikir jadi selebriti dan pelajar dalam masa yang sama tu mustahil, Syasya Rizal baru saja buktikan sebaliknya.Walaupun sibuk dengan jadual penggambaran, sesi...