Setelah hampir 11 bulan dilangsungkan sejak Disember tahun lalu, akhirnya momen yang dinanti-nantikan oleh peminat dan pengikut pencarian Hero Remaja 2021 bakal tiba pada 6 November kelak.
Menerusi episod separuh akhir yang ditayangkan semalam, enam peserta akhir telah memberikan saingan sengit dalam cabaran lakonan. Mereka yang bertanding iaitu Afiq Hamidon, Aqil Taqee, Fazziq Muqris, Ideen Azman, Mierul Aiman dan Syazani Zainal telah ditempatkan dalam tiga buah pasukan untuk menyediakan babak lakonan bersama Acting Buddy mereka, Ain Edruce.
Biarpun masing-masing telah memberikan sepenuhnya dalam cabaran separuh akhir ini, tidak semua yang akan berpeluang untuk melangkah ke pentas akhir pada minggu hadapan. Cuma, satu kejutan besar yang dihadapi oleh mereka berenam pada pusingan penyingkiran adalah apabila mereka mendapat tahu hanya empat orang saja yang akan layak!
Kejutan yang diumumkan oleh juri tetap Dato’ Rosyam Nor itu membuat mereka semakin gelisah setelah masing-masing pada mulanya mempercayai bahawa lima slot akhir akan ditawarkan kepada mereka. Keputusan untuk menawarkan hanya empat slot semalam bermakna saingan di antara 6 peserta tersebut semakin kritikal.
Akhirnya, empat peserta yang layak ke peringkat finale (mengikut urutan yang disebut oleh para juri) ialah Afiq Hamidon, Mierul Aiman, Fazziq Muqris dan Aqil Taqee.
Ads
Ini bermakna langkah Ideen Azman dan Syazani Zainal terhenti semalam dan berputih mata melihat empat rakan mereka yang lain ke hadapan.
Bagi Syazani yang juga merupakan peserta termuda bagi edisi pencarian Hero Remaja kali ini, dia merasakan bahawa untuk sampai ke peringkat separuh akhir ini sudahpun memadai buat dirinya. Tidak langsung terdetik dalam dirinya bahawa dia mampu untuk sampai ke tahap ini memandangkan faktor usia dan kurangnya pengalaman berbanding ‘abang-abang finalis’ yang lain.
“Rasa sedih tentunya ada. Namun, saya lebih merasa bangga setelah membuktikan saya dapat memberikan saingan sepanjang pencarian ini. Saya dahulu fikirkan saya hanya akan kekal dalam pertandingan sehingga minggu-minggu awal saja. Rezeki nyata berpihak pada saya, dan saya akan teruskan belajar dengan pantas selepas ini seperti yang saya sudah lakukan sepanjang 7 episod bersama Hero Remaja 2021,” komen Syazani yang baru saja menamatkan peperiksaan SPM dua tahun lalu.
Ads
Bagi rakannya, Ideen Azman yang merupakan pelajar tahun akhir diploma di ASWARA pula, tentunya impian untuk ke pentas finale sentiasa disemat olehnya. Bukan saja demi memberikan saingan untuk merebut gelaran juara kesebelas itu. Ideen juga percaya dia memiliki kemampuan untuk beraksi di finale. Rezeki bagaimanapun tidak berpihak kepadanya setelah empat lagi peserta memberikan persembahan yang lebih baik pada episod separuh akhir tersebut.
“Saya anggap (pemergian) daripada Hero Remaja 2021 bukan sebagai penyingkiran buat saya dan Syazani. Akan tetapi, ini adalah permulaan bagi kami berdua. Rezeki dalam industri seni terbentang luas untuk kami kejar selepas ini dan jujurnya, saya tidak sabar. InsyaAllah saya akan terus menamatkan hanya satu semester yang tinggal. Pada masa yang sama, peluang menembus ke dalam industri sebagai seorang pelakon baharu akan saya cuba gapai selepas ini dengan melipat gandakan usaha,” kata peserta tinggi lampai ini.
Empat Orang Bawa Kelainan
Kehadiran Afiq, Aqil, Fazziq dan Mierul di pentas finale pada minggu hadapan seakan mengingatkan penulis kepada formula peserta Top 5 yang digunakan pada pencarian Hero Remaja 2020.
Ads
Pada tahun lalu, para pesertanya telah membawakan kualiti yang berbeza pada diri masing-masing. Baik Nadhir, Umar, Meerqeen, Jabir atau Hazeeq, mereka hanya menjadi diri sendiri dan keunikan pada diri mereka itu terserlah hingga ke hari ini.
Begitu juga pandangan penulis terhadap Top 4 pada tahun ini. Mereka nyata berbeza antara satu sama lain. Setiap satunya hadir dengan pakej yang memenuhi citarasa berbeza bagi mata yang memandang dan telinga yang mendengar.
Dengar khabar, bukan saja seleksi peserta finale pada tahun ini mempunyai perbezaan karakter. Malah cabaran yang akan mereka harungi pada minggu hadapan juga berbeza daripada apa yang pernah ditonjolkan pada edisi-edisi terdahulu!
Ada benarnya juga, kalau tidak mengapa tidak memilih lima orang peserta saja; sebaliknya empat saja yang berpeluang ke finale?
Hhm, tapi semua perancangan oleh pihak produksi Hero Remaja 2021 nampaknya masih disembunyikan secara rapi hinggalah siaran langsung tersebut.
Tak sabar rasanya untuk menantikan pentas finale Hero Remaja 2021. Jangan lupa untuk menantikannya pada 6 November 2021, bermula jam 9.00 malam di saluran Astro Ria dan di On Demand.
Sebelum itu, REMAJA juga akan membawakan siaran langsung khas persediaan para finalis di belakang tabir pada hari Jumaat dan Sabtu minggu hadapan. Di samping itu, pelbagai lagi kandungan menarik akan menanti korang semua sepanjang minggu. Oleh itu, jangan lupa untuk memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada empat peserta akhir ini.
Akhir sekali, teruskan mengundi peserta kegemaran korang untuk kategori Hero Favourite di www.remaja.my/hero sehinggalah 6 November nanti. Ingat, saingan untuk kategori ini amat sengit buat masa ini di antara beberapa orang peserta. Oleh itu, jika korang ingin melihat peserta kegemaran korang dalam kalangan Top 12 Hero Remaja 2021 membawa pulang kategori yang pernah dimenangi oleh Nabil Aqil dan Aniq Suhairi masing-masing pad tahun 2017 dan 2020; jangan terlepas untuk mengundi mereka pada setiap hari DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Muhammad Aiman Abd Rahman atau lebih dikenali dengan nama Aiman merupakan finalis Hero Remaja yang mempunyai legasi perniagaannya sendiri.
Walaupun baru berusia 21 tahun, pelajar yang menuntut di Politeknik Mersing, Johor ini sudah pun memiliki dua buah butik dan tiga store jenama ARCO.
Semuanya bermula apabila ramai peniaga online yang meminta Aiman untuk mempromosikan produk dan bisnes mereka. Mana kan tidak, followers anak muda kacak ini tak kurang hebatnya kerana mempunyai pengikut lebih kurang 108K di Instagram.
“Sejak itu, Aiman terdetik hati untuk memiliki bisnes sendiri kerana bagi Aiman ini adalah satu peluang yang menarik untuk Aiman meneroka bidang perniagaan dan pada masa yang sama menambahkan pendapatan sendiri,” jelas Aiman.
“Aiman cuba-cuba untuk berniaga. Kebetulan, kakak Aiman turut sama menjual tudung. Dari situ Aiman rasa ingin bersama-sama mengembangkan lagi cabang dengan menjual pakaian.
Tidak dinafikan, pemuda ini sangat bertuah kerana di usia muda, dia sudah mula bertapak di dunia perniagaan dan bukan hanya itu, Aiman juga mampu memiliki dua buah butik dalam hanya masa dua tahun setengah.Mesti ada yang tertanya-tanya apa agaknya tip-tip yang digunakan Aiman dalam membina empayar perniagaan di usia muda.
Nah, kali ini REMAJA bongkarkan 7 resipi kejayaan Aiman yang boleh dijadikan inspirasi buat korang
1. Melakukan survey terlebih dahulu sebelum membuka bisnes untuk melihat pasaran yang sesuai.
2. Minat yang mendalam dalam bidang fesyen. Kata orang, kalau kita buat sesuatu yang kita suka, InsyaAllah ia akan berhasil.
3. Inspirasi datang apabila melihat kejayaan daripada selebriti terkenal seperti Vivy Yusof, Neelofa dan Dato’ Siti Nurhaliza. Aiman juga turut rekaan daripada koleksi Hatta Dolmat dan Rizalman. Jadi, belajar dan terus belajar daripada mereka yang sudah berjaya.
4. Keluarga menjadi tulang belakang kejayaan Aiman hari ini.
5. Sangat menghargai setiap staff yang ada kerana tanpa mereka tiadalah jenama ARCO.
6. Ketahui matlamat bisnes setiap tahun dan meletakkan misi 5 tahun lagi sebagai penanda aras.
7. Sentiasa kuat semangat dan positif dalam jatuh bangun sesebuah bisnes.
Pencarian Hero Remaja merupakan program pencarian ikon lelaki muda pertama seumpamanya dalam dunia media cetak dan produksi di Malaysia.
Sejak menemui orang ramai pada tahun 1990, pencarian Hero Remaja yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Karangkraf ini telah pun memasuki edisi kesembilannya pada tahun ini.
Sesi pemilihan bermula pada bulan April lepas sebanyak tiga peringkat ujibakat dijalankan dan hanya 20 orang yang terpilih sebagai finalis Hero Remaja 2017.
Belum pun program ini bersiaran di kaca TV, rata-rata daripada finalis telah pun mempunyai pengikut yang kuat di media sosial. Ada juga di antara mereka yang sudah ada fans club sendiri.
Tidak hanya bersiaran di televisyen, kesemua finalis telah pun melakukan banyak aktiviti sebelum ini. Penilaian pemenang dibuat berdasarkan setiap task yang diberikan sama ada secara on ground atau pun online.
Selain itu, undian secara talian juga dibuka bagi memberi peluang buat penyokong mengundi calon favourite mereka. Undian boleh dilakukan di http://www.remaja.my/vote/. Setiap hari, satu vote.
Agak-agaknya apakah cabaran yang akan diberikan kepada nanti? Adakah hanya diuji berdasarkan kekuatan fizikal semata atau mungkin juga akan dinilai daripada segi IQ mereka?
Nah, kami tidak mahu cerita lebih lanjut tentang mereka, apa kata anda saksikan sendiri aksi finalis-finalis Hero Remaja 2017 ini pada episod pertama malam ini dan akan bersiaran setiap Khamis di Astro Ria dan Ria HD jam 9 malam.
Siapa yang bakal menggantikan takhta Fattah Amin? Tungguuuu…
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Usai dilamar selebriti pertama sebagai duta kepada produk terkenal antarabangsa, di bawah YSL Beauty Malaysia, membuktikan bintang ini antara anak seni yang kian rancak dalam industri hiburan.
Memiliki personaliti yang unik dan mempunyai jumlah pengikut yang ramai di platform media sosial miliknya, membuatkan jenama-jenama berprestij tiada kompromi dan tidak gerun untuk bekerjasama dengan bakat muda ini.
Terbaharu pelakon berbakat besar, Meerqeen berkesempatan untuk ‘terbang’ pula ke Paris bagi menghadiri Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024, iaitu antara sebahagian daripada Paris Fashion Week.
Menjengah di platform Instagram Meerqeen, bintang tersebut ada memuat naik beberapa momen di Instastory miliknya ketika berada di Paris, Perancis bagi memenuhi jemputan YSL Beauty sebagai duta Malaysia pertamanya.
Tampil segak dan segar untuk berada di majlis gilang gemilang itu, pastinya kehadiran pelakon naskhah hit Melur Untuk Firdaus itu di sana sedikit sebanyak menjadi kebanggaan buat seluruh anak watan selain nama Malaysia semakin dikenali di mata dunia.
Sekadar informasi, menjadikan menara cinta, iaitu Eiffel Tower sebagai latar belakang bagi pertunjukan fesyen tersebut.
Antara figura terkenal antarabangsa yang turut hadir memeriahkan acara Saint Laurent Womenswear Spring/Summer 2024 itu ialah Anya Taylor-Joy, Rose, Demi Moore, Kate Moss, Stephane Cardinale, Hailey Bieber, Natalia Dyer, Jennifer Larence dan ramai lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Peperiksaan bertulis Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2024 sudah pun bermula pada hari ini. Bagi pelajar SPM, selain sibuk dalam mengulang kaji semula segala...