Istana Budaya berubah imej sepanjang persembahan Ella Unplugged in Kuala Lumpur malam semalam. Mana tidaknya, Ella membawa Istana Budaya ke era 80an dimana muzik Rock menjadi kegilaan. Persembahan yang berdurasi selama 2 jam itu, dibahagikan kepada 3 segmen Peace (Akustik), Love (Asli), dan Rindu (Rock and Roll).
Jika diberi nama unplugged, pasti persembahan bercirikan akustik bukan? Tapi tidak pada Ella, pada segman akhir, Ella membawa rakan seperuangannya seperti LORD, Edrie Hashim ke pentas Istana Budaya sambil mengimbau kembali kenangan dengan gesekkan gitar lagu Dua Insan, Puteri Kota, Kesal, Bayangan, Gerimis Cinta dan Gemilang dan banyak lagi.
Usia Ratu Rock itu bukan penghalang untuk beraksi lincah di atas pentas. Meskipun sudah bergelar isteri, malah berhijab, namun showmanship
wanita itu tidak sedikit pun kurang. Suara Ella masih maintain persis 20 tahun lepas. Kagum betul peminat-peminat Ella tengok semalam.Tak senang duduk peminat yang berada di dalam Panggung Sari Istana Budaya. Rasa macam nak bangun dan turut headbanging. Tahniah REMAJA uacpkan kepada Projekt Ella Sdn Bhd, dan seluruh team produksi kerana mengembalikan zaman kegilangan Ratu Rock Malaysia.
Tiket masih lagi dijual untuk malam ini dan malam esok. Ella Unplugged in Kuala Lumpur berkampung di Istana Budaya selama 3 hari! Pada yang telepas malam semalam, tiket masih dijual di kaunter Istana Budaya malam ini dan malam esok.