Susulan insiden pentas runtuh di Stadium Tertutup Phu Tho, Vietnam yang mengejutkan ramai pihak baru-baru ini, penganjur pertandingan ratu cantik Miss Cosmo 2024 telah mengumumkan perubahan tarikh bagi peringkat separuh akhir dan pentas akhirnya pada minggu ini.

Sebaik mengesahkan insiden berkenaan, pihak penganjur pantas menyelaraskan semula lokasi insiden dengan pakar teknikal, unit perubatan dan pihak-pihak berkuasa bagi mengawal selia keadaan tersebut.

Pentas Runtuh! Miss Cosmo 2024 Di Vietnam Terpaksa Ditunda, Mujur Wakil Malaysia Selamat

Siasatan awal mendapati tiada kerosakan ketara yang berlaku. Namun demi memastikan keselamatan semua pihak terbela terutamanya wakil-wakil negara yang bertanding di Vietnam, pihak penganjur turut menyatakan kesudian mereka untuk bekerjasama dengan pihak berkenaan bagi menentukan punca kejadian.

Menurut laporan awal media di Vietnam, insiden tersebut melibatkan sistem lampu pentas yang terjatuh dari ketinggian 5 meter ke pentas dan tempat duduk penonton di bawah.

Pentas Runtuh! Miss Cosmo 2024 Di Vietnam Terpaksa Ditunda, Mujur Wakil Malaysia SelamatPentas Runtuh! Miss Cosmo 2024 Di Vietnam Terpaksa Ditunda, Mujur Wakil Malaysia Selamat

Organisasi Miss Cosmo ketika ditemui dalam sebuah sidang media yang dianjurkan pada pagi 1 Oktober lalu memaklumkan bahawa lokasi peringkat separuh akhir Miss Cosmo 2024 yang sepatutnya berlangsung semalam telah diubah ke Binh Tan District di Ho Chi Minh City.

Kesemua wakil yang bertanding termasuklah wakil Malaysia, Saranya akan melakukan yang terbaik di peringkat separuh akhir pada hari ini demi menempah tempat ke peringkat seterusnya.

Manakala, pentas akhir Miss Cosmo 2024 pula dijadualkan berlangsung pada 5 Oktover ini di lokasi baharu iaitu di Saigon Riverside Park, juga di Ho Chi Minh City.

Pentas Runtuh! Miss Cosmo 2024 Di Vietnam Terpaksa Ditunda, Mujur Wakil Malaysia Selamat
Miss Cosmo Malaysia 2024, Saranya.

Sekadar info, Miss Cosmo merupakan sebuah pertandingan ratu cantik antarabangsa yang berwawasan untuk memartabatkan wanita serta komuniti yang positif dengan memberikan platform kepada peserta untuk mewakili negara serta advokasi masing-masing. Setelah 20 hari berada di Vietnam sejak 10 September lalu, Miss Cosmo 2024 sudahpun bersedia untuk memahkotakan juara pada tahun ini dengan tiara serta hadiah bernilai USD100,000.

Tambah mengujakan apabila dua orang juri yang dilantik pada tahun ini terdiri daripada bekas Presiden Organisasi Miss Universe, Pula Shugart dan juara Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu dari India.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagramTikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI