Selepas beberapa kali menangguhkan tayangan gara-gara wabak pandemik COVID-19, Fast and Furious 9 akhirnya ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 21 Oktober 2021.
Filem kesembilan daripada francais ‘Fast and Furious’ ini merupakan kesinambungan dari filem kelapan pada tahun 2017 iaitu ‘Fast & Furious 8’. Ia menyaksikan Dominic Toretto dan rakan-rakannya kembali beraksi.
Dibintangi oleh Vin Diesel bersama-sama pelakon asal Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Tyrese Gibson, Ludacris dan Michael Rooker, filem ini juga menyaksikan kemunculan John Cena bagi menggantikan tempat Dwayne Johnson yang tidak kembali membawa wataknya dalam siri ini.
Ads
Rancangan Dom untuk pencen dan menghabiskan masa bersama anaknya gagal apabila dia diburu oleh Charlize Theron yang bersekutu dengan adiknya, Jakob, watak yang dipegang oleh John Cena. Fast and Furious 9 banyak menceritakan semula kisah adik beradik, Dom dan Jakob serta menyingkap kembali apa yang telah berlaku kepada mendiang ayah mereka.
Turut memberikejutan apabila Han yang dianggap telah meninggal dunia membuat kemunculan dalam filem terbaharu ini.
Ads
Apa yang boleh kami katakan, sudah tentu filem ini sarat dengan aksi dan babak di angkasa lepas turut menjadi isu kerana dikatakan tidak masuk akal.
Kalau nak diikutkan banyak sahaja aksi berlumba yang juga tidak masuk akal, jadi bagi kami setakat lebih kurang 40 minit terakhir dipaparkan babak ke angkasa, masih boleh lagi untuk kami layan. Hiks!
Ads
Tidak banyak yang berubah, semua aksi-aksi yang dipaparkan rasanya sudah biasa ditonton oleh peminat siri Fast & Furious. Namun, apa yang boleh kami katakan, Fast and Furious 9 masih lagi berbaloi untuk ditonton di pawagam.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi peminat drama Korea, agak-agaknya KDrama yang mana satu mendapat rating paling tinggi sepanjang tahun 2019 ini?
Berikut kami senaraikan 13 drama mini siri Korea yang mendapat rating tinggi tahun ini menurut Kakimuvee Reborn.
1. When The Camellia Blooms (KBS2)
20/40 episod
Rating tertinggi: 23.8%
Dong-Baek (Gong Hyo-Jin) adalah seorang ibu tunggal yang tinggal di bandar kecil Ongsan. Dia menjalankan bar-restoran Camellia, sambil menjaga anaknya Pil-Gu (Kim Kang-Hoon). Orang-orang Ongsan sering bergosip tentang Dong-Baek.
Tidak kisah apa yang penduduk tempatan mengata tentang Dong-Baek, Hwang Yong-Sik (Kang Ha-Neul) yang merupakan pegawai polis di Ongsan sangat menyukai Dong-Baek. Sementara itu, bekas teman lelaki Dong-Baek, Kang Jong-Ryeol (Kim Ji-Suk) tiba-tiba muncul semula dalam hidupnya. Dia adalah pemain baseball yang terkenal, yang menyembunyikan hubungan mereka ketika mereka bercinta.
Walaupun Dong-Baek cuba mencari kebahagiaan, sesuatu yang benar-benar menakutkan menggugat kehidupannya. Serangan pembunuh bersiri Ongsan dan Dong-Baek menjadi sasarannya.
2. The Fiery Priest (SBS)
20/40 episod
Rating tertinggi: 22%
Drama aksi jenayah komedi ini mengisahkan Paderi Kim Hae Il (Kim Nam Gil) yang merupakan seseorang yang tidak boleh mengawal kemarahannya, dia merupakan bekas ejen NIS.
Kemarahannya memuncak apabila seseorang yang dianggap ayahnya, iaitu Paderi Lee dibunuh dan difitnah dengan mengatakannya membunuh diri kerana dakwaan menyalahguna kuasa dan mencabul seorang wanita. Perkara itu membuatkan Paderi Kim Hae Il berusaha mencari keadilan untuk Paderi Lee dan menyiasat siapa pelakunya sekaligus membongkar segala jenayah di bandar tersebut.
3. Liver Or Die (KBS2)
20/40 episod
Rating tertinggi: 21.4%
Poong-Sang (Yu Jun-Sang) menjaga 4 adik-beradiknya dan menanggung mereka secara kewangan.
4. Doctor Prisoner (KBS2)
16/32 episod
Rating tertinggi: 15.8%
Na Yi-Je (Namgoong Min) adalah pakar bedah dengan kemahiran yang sangat hebat dan dia juga seorang yang baik hati. Dia terlibat dalam kemalangan perubatan yang bukan berpunca darinya. Kemalangan perubatan itu menyebabkan Na Yi-Je ditendang keluar dari hospital tempat dia bekerja. Dia kemudiannya mula bekerja sebagai ketua klinik perubatan di penjara dan merancang untuk membalas dendam.
5. Vagabond (SBS)
16/32 episod
Rating tertinggi: 13%
Cha Dal-Gun (Lee Seung Gi) adalah seorang pelakon lagak ngeri yang mengimpikan menjadi pelakon aksi terkenal di dunia. Dia terlibat dalam kemalangan pesawat yang mengubah hidupnya. Dia menghadapi konspirasi tersembunyi di sebalik kemalangan pesawat yang berkaitan dengan kes rasuah negara.
Untuk menanggung ibunya dan adik perempuannya, Go Hae-Ri (Bae Suzy) mengiginkan pekerjaan yang stabil sebagai seorang pegawai awam. Dia menjadi ejen NIS. Dia berharap menjadi white agent, tetapi sebaliknya dia menjadi black agent.
6. Doctor John/Doctor Yo Han (SBS)
16/32 episod
Rating tertinggi: 12%
Drama ini mengikuti kisah tentang doktor anaesthasia yang mempunyai kepakaran dalam menangani kesakitan. Setiap episod akan menunjukkan pesakit dalam kesakitan yang tidak tahu punca dari mana dan doktor akan mencari punca dari mana datang sakit tersebut.
Ji Sung akan membawa watak doktor genius bernama Cha Yo Han. Lee Se Young turut berlakon dalam drama ini dan membawa watak doktor anesthesiologist bernama Kang Si Young. Lee Kyu Hyung turut membintangi drama ini.
7. Hotel Del Luna (tvN)
16 episod
Rating tertinggi: 12%
Drama ini berlatarkan sebuah Hotel yang mempunyai reka bentuk lama dan menyeramkan, terletak di pinggir bandar Seoul. Pelanggan hotel ini terdiri dari hantu.
Goo Chan Sun (Yeo Jin Goo) yang merupakan pengurus hotel elit, disebabkan takdir yang menimpanya, akhirnya dia menjadi pengurus Hotel del Luna, di mana pemilik hotel itu adalah Jang Man Wol (IU) yang cantik tetapi tamak dan angkuh. Jang Man Wol terperangkap dalam hotel itu bermilenium lamanya, dan hanya boleh melepaskan diri apabila dia menjumpai seseorang yang melakukan jenayah lagi teruk darinya.
8. The Crowned Clown (tvN)
16 episod
Rating tertinggi: 10.8%
Drama ini remake dari filem Masquerade (2012) lakonan Lee Byung Hun yang mengisahkan pelawak jalanan yang serupa dengan Raja, diupah menyamar jadi Raja di istana untuk mengelakkan Raja dari dibunuh oleh pembunuh upahan.
9. The Light In Your Eyes (JTBC)
12 episod
Rating tertinggi: 9.7%
Kim Hye Ja berkeinginan menjadi pengacara tv. Dia jujur dan mempunyai personaliti yang positif, tetapi dia tiba-tiba menjadi wanita berusia 70 tahun dengan keupayaan khusus untuk memanipulasi masa
10. Angel’s Last Mission Love (KBS2)
16/32 episod
Rating tertinggi: 9.4%
Dan adalah malaikat. Dia juga seorang pembuat masalah dan juga optimis. Yeon Seo adalah penari ballerina yang tidak percaya cinta.
Dan kemudian menerima misi. Jika dia berjaya, dia boleh kembali ke Syurga. Misinya adalah untuk mencari cinta sejati untuk Yeon Seo.
11. Graceful Family (MBN)
16 episod
Rating tertinggi: 8.4%
Mo Seok-Hee (Lim Soo-Hyang) adalah anak tunggal dan ayahnya menjalankan syarikat besar MC Group. Dia cantik, bijak dan kaya. Ibunya dibunuh 15 tahun yang lalu.
Heo Yoon-Do (Lee Jang-Woo) adalah seorang peguam, tetapi dia tidak mempunyai pejabat. Dia menyelesaikan masalah kecil penduduk kejiranan di sebuah restoran. Heo Yoon-Do menyertai pasukan TOP di MC Group. Pasukan TOP mengurus urusan keluarga syarikat MC Group. Tugas mereka meliputi tingkah laku tidak bermoral atau menyalahi undang-undang yang dilakukan oleh keluarga tersebut. Han Je-Kook (Bae Jong-Ok) mengetuai pasukan TOP.
Mo Seok-Hee dan Heo Yoon-Do bekerjasama untuk mendedahkan kebenaran apa yang berlaku di sebalik kematian ibu Mo Seok-Hee.
12. The Tale Of Nokdu (KBS2)
16/32 episod
Rating tertinggi: 8.3%
Jeon Nok-Du (Jang Dong Yoon) tidak gembira dengan rancangan keluarganya untuk menjodohkannya dengan seorang gadis muda, untuk mengelak dari kena kahwin paksa, Jeon Nok-Du lari dari rumah. Dia menyamar sebagai perempuan dan pergi ke perkampungan janda (bukan Janda Baik). Di sana dia bertemu Dong Dong-Ju (Kim So-Hyun) yang dalam persediaan untuk menjadi gisaeng.
13. Arthdal Chronicles/Aseudal (tvN)
18 episod
Rating tertinggi: 7.7%
Berlatarkan kisah fiksyen tentang negara Aseudal pada zaman purba.
Eun-Sum (Song Joong-Ki) dilahirkan dengan nasib untuk membawa bencana ke Aseudal. Oleh kerana perjuangan ibunya untuk menyelamatkannya, dia mengalami kesulitan dan membesar. Dia muncul semula di Aseudal.
Ta-Gon (Jang Dong-Gun) adalah pahlawan perang Aseudal. Dia telah membuka jalan bagi Aseudal untuk menjadi negara makmur dan dia adalah orang yang paling berkuasa di Aseudal. Dia mengimpikan menjadi raja pertama Aseudal.
Tan-Ya (Kim Ji-Won) dilahirkan dengan nasib yang sama seperti Eun-Sum. Dia adalah pengganti Suku Puak Wahan. Dia merupakan seorang yang dihormati dalam puaknya dan cita-citanya menjadi seorang ahli politik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Musim durian sememangnya cukup dinantikan oleh peminat raja buah. Selain dimakan begitu saja, durian turut dijadikan juadah pelbagai bentuk. Antara resipi yang cukup viral sekarang ialah cendol durian.
Sekarang bayangkan cendol durian ditransformasikan kepada minuman ice blended. Pelik? No, korang harus cuba dulu baru tahu. CoolBlog selaku jenama minuman pencuci mulut berasaskan kiosk antarabangsa memperkenalkan 3 perisa baru dalam kempen terbaru, Rasa-Rasa Malaysia.
Seiring dengan sambutan Hari Malaysia, CoolBlog melancarkan Rasa-Rasa Malaysia dengan perisa Coco Yam Pulut Hitam Smoothie, Cendol Durian Smoothie dan Coco Kacang Chocolate Smoothie. Ketiga-tiga minuman terbaru ini dihasilkan daripada juadah pencuci mulut tempatan yang cukup popular.
Remaja sendiri mencuba Cendol Durian Smoothie pada majlis pelancarannya sebentar tadi. Seriously, it’s not bad at all!
Majlis pelancarannya hari ini disempurnakan oleh Chef Selebriti Antarabangsa, Anis Nabilah dan rapper terkenal tanah air, Altimet. Pada majlis ini mereka turut mempersembahkan gimik tersendiri bagi meraikan pelancaran Rasa-Rasa Malaysia.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif CoolBlog Apps Sdn. Bhd., Keith Loh, pilihan terbaru perisa ini merupakan tribute kepada cita rasa tempatan yang memaparkan jenama negara kita.
Menu minuman terbaru CoolBlog ini akan mula dijual di seluruh negara bermula 7 September 2017.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Anugerah Juara Lagu 33 nyata membuktikan prestijnya pada malam ini apabila 12 buah lagu yang tercalon masing-masing dipersembahkan dengan begitu baik sekali.
Namun, adat pertandingan – haruslah punya seorang pemenang. Or in this case, DUA pemenang!
Tahniah REMAJA ucapkan kepada penyanyi Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah apabila ‘Haram’ berjaya menepati sebahagian ramalan awal dan mengungguli Anugerah Juara Lagi pada malam ini.
Karya nukilan bersama Hael dan Ezra Kong itu mengenepikan saingan sengit 11 lagi buah lagu untuk merebut gelaran dan hadiah wang tunai bernilai RM50,000.
Kata Hael yang kelihatan masih terkejut dengan keputusan tersebut, “Pertama sekali, saya ingin ucapkan tahniah kepada kesemua finalis AJL 33. Anda semua memang terbaik.
”Mungkin rezeki tahun ini menyebelahi kami, Alhamdulillah. Terima kasih kepada juri, kepada yang menyokong kami dan kepada semua pihak yang terlibat dalam projek Haram ini,” kata Hael.
Dayang pula dalam pada itu mengucapkan terima kasih kepada Hael kerana menjemputnya untuk turut serta dalam pembikinan Haram selepas Hael serta Ezra memenangi AJL 32 pada tahun lalu menerusi lagi Jampi.
***
Berikut adalah keputusan penuh AJL 33 pada malam ini. REMAJA ucapkan tahniah kepada kesemuanya! Korang memang awesome.
Juara Lagu: HARAM (Hael Husaini, Dayang Nurfaizah, Ezra Kong)
Naib Juara: BUNGA (Ara Johari, Kadok, Lak, Hang Nadim)
Tempat Ketiga: SAMPAI BILA (Misha Omar, Sharon Paul, Fedtri Yahya, Shah Shamshiri)
Vokal Terbaik: MISHA OMAR (Sampai Bila)
Persembahan Terbaik: SUFIAN SUHAIMI (Di Matamu)
Kredit Foto: Instagram TV3 Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tular baru-baru ini drama dari negara jiran bertajuk "Ipar Adalah Maut" yang membawa elemen drama, dan ketegangan dalam cerita yang penuh konflik kekeluargaan dan...