“Penuh Impian Anak Bergayut Belakang Bonet”, Lelaki Terima 2 Saman Dari JPJ

Share

Viral di media sosial aksi dua remaja bergayut ala-ala Supermen di bonet sebuah kereta yang dilihat selamba bergerak di jalan raya di Johor. Lebih ‘ngeri’, kenderaan itu dilihat melanggar lampu isyarat yang nyata boleh membahayakan nyawa pemandu lain kalau bertembung.

Jika ramai tertanya-tanya kenapa dua remaja itu melakukan aksi ala Superman, ternyata jawapan dari bapanya (nama tidak dinyatakan) mengakui dia memenuhkan impian anaknya serta teman untuk bergayut di belakang kenderaan tersebut).

Pasti korang akan rasa marahkan kalau dengar jawapan begini tapi itulah kenyataan dikeluarkan oleh bapa kepada salah remaja yang juga pemandu kenderaan tersebut.

Baca kenyataan penuh dari Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor yang disiarkan di fb rasmi JPJ mengenai isu ditularkan.

Bertindak atas aduan awam, sepasukan Unit Siasatan dan Risikan (USR) JPJ Negeri Johor telah ke lokasi aduan serta rumah suspek. Sebaik tiba di rumah suspek didapati kenderaan yang diadu iaitu JLE882 berada didalam rumah suspek. Pasukan USR telah memperkenalkan diri dan memaklumkan tujuan serta kes yang tular di media sosial.

Hasil temu siasat, didapati suspek yang merupakan Orang Kena Saman (OKS) telah mengaku pada waktu kejadian bertarikh 20/07/2019 jam 3.30 petang telah memandu kenderaannya di Jalan Persiaran Scientex Pasir Gudang dengan membawa 3 orang budak (2 situasi berbeza) duduk/bergayut di bonet belakang kenderaan.

OKS mengaku video dan gambar yang tular dimedia sosial adalah beliau dan memaklumkan salah seorang dari budak tersebut merupakan anak beliau dan 2 orang lagi merupakan anak jiran/kawan beliau. Pada waktu kejadian juga OKS mengaku tidak mematuhi isyarat lampu merah di Jalan tersebut.

Dimaklumkan tujuan OKS berbuat demikian kerana memenuhi permintaan anaknya yang mahu melakukan demikian. Hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut, didapati kenderaan itu merupakan yang Asal/Memuaskan dan didaftarkan atas nama orang lain (beli sambung bayar).

Saman JPJ (P)22 telah dikeluarkan atas kesalahan :-
1) Cuai Semasa Memandu
2) Gagal Patuhi Isyarat Lampu Merah

dan diserahkan kepada OKS. Untuk makluman pasukan PDRM dari IPD Sri Alam juga turut hadir pada waktu di siasat.

Kejadian seperti ini tidak sepatutnya berlaku di dalam kalangan masyarakat. Pihak JPJ ingin menasihati dan mengingatkan mana-mana pemilik/pemandu kenderaan supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Diharap kejadian seperti ini tidak akan berulang lagi.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros