Dua Atlet Muda Wakili Malaysia Di Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 Februari Ini

Share

 

Kebiasaaannya, negara Malaysia akan mengirimkan wakil atlet bagi penyertaan Sukan Olimpik musim panas. Namun itu tidak bermakna kita ketandusan penyertaan di Sukan Olimpik musim sejuk.

Empat tahun lalu, kita telah mencipta sejarah apabila Malaysia sebagai sebuah negara yang terletak di garisan Khatulistiwa dan tidak dituruni salji telah membuat penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik musim sejuk di Pyeongchang, Korea Selatan. Ia adalah dengan penyertaan dua orang atlet iaitu Julian Yee, 25 menerusi sukan luncur ais dan Jeffrey Webb, 23 menerusi kategori  Alpine Skiing – Slalom Lelaki.

Kini, kira-kira tinggal kurang dari seminggu sebelum Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 (Beijing 2022) dijadualkan berlangsung dari 4 Februari ini hingga 20 Februari 2022; dan sekali lagi Malaysia bakal beraksi menerusi dua atlet; seorang lelaki dan seorang perempuan penuh berpotensi.

Mereka ialah Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin; masing-masing menerusi sukan Alpine Skiing – Slalom lelaki dan Giant Slalom Wanita.

Jeffrey Webb. Sumber Foto : Twitter ocm_mom

Minat Jeffrey Webb terhadap dunia sukan bermula seawal usia lima tahun lagi. Apa yang membuatkan keinginannya membuak-buak minatnya adalah disebabkan jaket yang dipakai oleh pasukan ski di Washington iaitu tempatnya dibesarkan!

Lalu, Jeffrey meneruskan minatnya itu secara profesional dengan menyertai kejohanan di sekitar Kanada dan Amerika Syarikat hingga sekarang.

Aksi Jeffrey Webb yang akan layak ke Sukan Olimpik musim sejuk keduanya. Sumber Foto : Twitter ocm_mom

Bagi Aruwin Salehhuddin pula, remaja berusia 17 tahun ini bakal mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama dari Malaysia yang mewakili negara dalam sukan Alpine Skiing di Sukan Olimpik. Aruwin mengikut jejak langkah ayahnya, Salehhuddin Ayoh yang merupakan bekas atlet sukan kayak perseorangan lelaki Malaysia pada Sukan Olimpik Atlanta 1996.

Aruwin Salehhuddin. Tangkap Layar : Laporan berita RTM

Sejak usia dua tahun, Aruwin sudah menyukai aktiviti berski dan memulakan latihan secara profesional pada usia 13 tahun sambil bersekolah. Empat tahun kemudian, dia sekarang bakal berdiri di platform kejohanan sukan musim sejuk terbesar dunia!

Pada usia 17 tahun, Aruwin Salehhuddin membuktikan usia bukan penghalang untuknya berada di Sukan Olimpik. Sumber Foto : Twitter ocm_mom

*

Jeffrey dan Aruwin masing-masing berpangkalan di Amerika Syarikat bagi menjalani latihan di sana. Bagaimanapun buat masa ini, hanya Jeffrey yang sedang meneruskan latihan di AS manakala Aruwin telahpun berpindah ke Croatia sejak tahun lalu untuk berlatih bersama-sama peluncur ski terbaik dunia khas demi penampilan sulungnya di Beijing 2022.

Amat malang sekali apabila Julian Yee yang berpangkalan di Kanada dan turut bercita-cita ingin mewakili Malaysia di Sukan Olimpik musim sejuk untuk kali kedua tidak melayakkan dirinya. Gara-gara pandemik COVID-19, Julian khabarnya tidak dapat menyertai banyak kejohanan kelayakan lalu menganggu persediaan peluncur ais itu.

ARTIKEL BERKAITAN :  Lihat 5 Pemenang Pingat Emas Lelaki Bawah 25 Tahun Termasuklah Julian Yee – REMAJA

Wabak COVID-19 juga telah menjadi halangan terbesar kepada atlet seluruh dunia dan Beijing sendiri sebagai tuan rumah.Dengan peningkatan kes akibat varian Omicron sekarang, Beijing terpaksa menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat dan memperkenalkan ‘gelung tertutup’ bagi membendung penularan wabak sewaktu temasya empat tahun sekali itu dianjurkan minggu hadapan.

*

Jom sama-sama kita berikan sokongan tidak terhingga kepada Jeffrey Webb dan Aruwin Salehhuddin dengan menonton aksi mereka di saluran penyiar rasmi Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022; Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi TV2 dan saluran Sukan RTM.

Menurut laman web rasmi Olimpik, Jeffrey dijadualkan bertanding dalam kategori Slalom Lelaki pada 6 Februari 2021 jam 11 pagi.

Manakala Aruwin pula akan beraksi pada 7 Februari 2021 dari jam 10.15am – 11.55pm diikuti kemunculan keduanya pada 9 Februari 2021 untuk kategori Slalom Wanita dari jam 10.15am – 11.55am

BACA LAGI : Ini 4 Lagi Atlet Negara Yang Pernah Bertanding Overseas – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber : (1) (2)

Published by
FZ