Kalau sudah rezeki, apa yang diidamkan pasti akan berada dalam genggaman juga. Thach Thu Thao merupakan seorang peserta Miss Universe Vietnam 2022 namun dia hanya sekadar berada di kedudukan 71 peserta terbaik dan gagal lolos ke peringkat akhir yang hanya menampilkan 41 peserta sahaja.
Tidak berputus asa, gadis dengan ketinggian 178cm ini kemudiannya menyertai pertandingan Miss Ethnic Vietnam 2022 yang menawarkan pesertanya ‘tiket’ untuk mewakili Vietnam di pertandingan Miss Earth 2022. Pada malam finale yang diadakan pada 16 Julai lalu, dia mengakhiri perjuangannya dengan berada di kedudukan ketiga pertandingan.
Kalau sudah rezeki…
Sejak awal lagi pihak penganjur telah mengumumkan yang wakil Miss Earth Vietnam 2022 akan dipilih dalam kalangan pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga Miss Ethnic Vietnam 2022.
Menerusi satu majlis pengumuman yang diadakan berasingan, pihak penganjur telah sebulat suara memilih Thach Thu Thao yang berada di posisi ketiga sebagai Miss Earth Vietnam 2022. Menjelaskan tentang sebab mengapa gadis berusia 21 tahun ini dipilih untuk mewakili Vietnam dan bukannya pemenang Miss Ethnic Vietnam 2022 untuk ke pertandingan antarabangsa. Pemegang lesen Miss Earth Vietnam, Truong Ngoc Anh dari Nova Entertainment memberi penerangan.
Menurutnya, “Thu Thao ialah seorang gadis yang mempunyai identiti tersendiri, sangat layak untuk bersaing dalam Miss Earth. Dia menari dengan cantik dalam pakaian tradisional Khmer. Keindahan identiti negara adalah sangat penting untuk dipertonton di pertandingan antarabangsa.”
Ads
Sedikit latar belakang tentang Thach Thu Thao, dia berketurunan etnik Khmer serta dilahirkan dan dibesarkan di Tra Vinh dalam sebuah keluarga yang bekerja sebagai petani. Walaupun hidupnya susah, dia dididik oleh keluarganya untuk belajar dengan baik. Beliau kini merupakan pelajar jurusan Bahasa Inggeris di Universiti South Can Tho.
Daripada seorang gadis luar bandar yang pemalu, si cantik ini menjadi lebih terbuka apabila memasuki alam universiti. Dek kecantikannya dia telah dinobatkan sebagai Universiti Miss Nam Can Tho sebelum mendaftar dalam beberapa siri peraduan ratu cantik yang lebih berprestij.
Ads
Dalam satu kenyataan rasmi, dia berkata, “Saya amat gembira. Gembira kerana impian saya telah menjadi nyata. Saya akan cuba 200% kemampuan saya untuk menunaikan amanah yang telah diberikan oleh Nova Entertainment. Saya akan cuba memenuhi tugas saya sebagai utusan budaya dalam memperkenalkan identiti budaya kebangsaan Vietnam kepada rakan-rakan yang datang dari segenap pelusuk dunia. Ini adalah kebanggaan terbesar dalam hidup saya.”
Pertandingan Miss Earth 2022 dijadualkan akan diadakan di Manila, Filipina penghujung tahun ini. Untuk pengetahuan pembaca, Vietnam pernah sekali menggondol gelaran juara Miss Earth pada tahun 2018 menerusi perwakilan Nguyen Phuong Khanh.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak ada yang mustahil apabila impian seorang gadis down sindrom akhirnya menjadi kenyataan setelah dipilih bersama 17 model lain untuk menyertai kempen terbaharu Victoria Secret.
Berasal dari Puerto Rico, Sofía Jirau mencipta sejarah sebagai model pertama Victoria’s Secret yang merupakan seorang pesakit down sindrom. Gadis ini ditampilkan menerusi kempen ‘Love Cloud’ yang turut disertai oleh beberapa wanita berbilang latar belakang. Antara model-model lain yang terlibat termasuklah Celilo Miles, seorang ahli bomba, Jailyn Matthews yang merupakan jurulatih kecergasan dan Hailey Bieber.
Sofia turut memuat naik hantaran di Instagram dengan kapsyen berbahasa Latin yang bermaksud, “Suatu hari saya mengimpikannya, saya berusaha dan hari ini mimpi itu menjadi kenyataan dan saya ingin memberitahu rahsia terbesar bahawa saya adalah model pertama Victoria Secret yang merupakan seorang down sindrom”.
Koleksi ‘Love Cloud’ ini baru sahaja dilancarkan dan mereka komited untuk memberikan keselesaan terbaik buat pelanggan. Menurut Ketua Pengarah Kreatif Victoria’s Secret, Raul Martinez berkata Koleksi ‘Love Cloud’ ini adalah detik utama dalam evolusi jenama. Daripada pelakon wanita luar biasa yang menggayakan koleksi ini, mereka turut membawakan semangat inklusif menerusi kempen ini dan ia merupakan perkara penting dalam standard jenama Victoria Secret.
Difahamkan, Sofia Jirau sebelum ini pernah membuat penampilan sulung di New York Fashion Week pada Februari 2020 dan dia berbangga kerana menjadi salah seorang daripada model dikalangan down sindrom.
Tidak ada yang mustahil selagi kita berusaha untuk mencapai impian yang disimpan selama ini. Semoga kisah Sofia ini menjadi pembakar semangat buat orang di luar sana untuk terus mengejar impian mereka.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun Perintah Kawalan Pergerakan sedang dijalankan di negara kita, tetapi korang masih boleh menderma darah di pusat-pusat derma darah di Malaysia bagi membantu mereka mendapatkan bekalan yang secukupnya.
Sebelum ini, terdapat beberapa hospital yang menjelaskan bahawa bekalan darah berkurangan dengan ketara akibat kebimbangan penularan COVID-19 baru-baru ini.
Jadi, untuk korang yang masih sihat dan layak untuk menderma, tidak salah sekiranya kita bantu orang yang memerlukan.
Berikut merupakan pusat darah yang korang boleh kunjungi.
1. Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak
Isnin-Jumaat: 7.30 pagi hingga 8.00 malam
Sabtu & Ahad: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
2. Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya
Isnin: Tutup
Selasa-Jumaat: 10.00 pagi hingga 7.00 petang
Sabtu & Ahad: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
3. Midvalley Donation Suite, Mezzanine Level, Level 3 (Sebelah Tingkat Atas Daiso)
Isnin-Ahad: 10.00 pagi hingga 5.00 petang
4. Tabung-tabung darah berdekatan.
Untuk memudahkan perjalanan korang ke pusat kutipan darah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, korang perlu membawa:
a. Buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)
ATAU
b. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah dari mana-mana link berikut. (Slip ini akan dihantarkan ke email yang diberkan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah):-
c. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara online di regdonor.bbis.moh.gov.my. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke email korang dan seterusnya perlu dicetak.
Korang boleh tunjukkan buku derma darah/slip temujanji/borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.
So jangan risau, jika ada bukti-bukti ini korang tidak akan ditahan nanti. Tapi jangan pula ada yang ambil kesempatan nak keluar rumah dengan alasan pergi derma darah ya. Awas! Hiks..
Sebarang pertanyaan berkenaan pendermaan darah boleh menghubungi Pusat Darah Negara di talian 03-26132690 atau 03-26132699.
Warnakan rambut memang seronok, tetapi kamu tahukah kerosakan rambut yang mungkin kamu hadapi nanti?
Isu rambut rosak ini selalunya berpunca daripada kandungan ammonia yang selalu didapati dalam kandungan pewarna rambut. Ammonia hanya memudaratkan masalah kulit kepala dan rambut.
Jadi, bagaimana nak pastikan sesuatu pewarna itu tidak merosakkan rambut kamu? Haa, ini 3 bahan WAJIB ada dalam senarai kandungannya untuk memelihara rambut korang.
01
Minyak Almond
Badam umpama bahan magikal, semua benda pun boleh diselesaikan menggunakan badam.
Ini kerana ia mengandungi vitamin E yang boleh meningkatkan kesihatan kulit kepala dan rambut. Badam juga merupakan antara cara terbaik untuk mengelakkan rambut bercabang, terutamanya bagi korang yang mempunyai masalah rambut kering setelah ia diwarnakan.
02
Minyak Kelapa
Ada sebab mengapa minyak kelapa popular di kalangan ramai masyarakat dahulu. Ini kerana ia mampu melindungi rambut daripada rosak akibat terdedah pada sinar matahari untuk tempoh yang terlalu lama.
Selain itu, minyak kelapa juga berkesan menghilangkan kelemumur dan mencegah uba.
03
Minyak Zaitun
Fungsi minyak zaitun ini mungkin sama seperti minyak kelapa, namun ia juga bagus untuk menjadikan rambut lebih kuat, sihat serta mengelakkan rambut mengalami masalah kebotakan.
* * * * *
Sempena Hari Raya tahun ini yang masih berbaki 18 hari lagi (iyalah, Syawal kan sebulan!), pasti ada di kalangan korang yang ingin mencuba sesuatu yang baru seperti mewarnakan rambut semasa ke rumah terbuka kelak.
Why not, korang cuba pewarna baru Color Naturals dari Garnier ini. Kesemua bahan-bahan di atas ada dimasukkan ke dalam Color Naturals, jadi kamu tidak perlu risau tentang kerosakan rambut semasa mewarna.
Pada harga mampu milik iaitu RM19.90 (pakej besar) dan RM8.90 (sachet untuk penggunaan sekali), Color Naturals juga dilaporkan bersifat telus air dan warna juga tahan sehingga 8 minggu. Okaylah tu, tak perlu warna rambut lebih kerap daripada 3 bulan sekali. Kalau tak, rosak nanti.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...