Bagai tiada kesudahan isu memandu melawan arus. Sudah tahu ia satu kesalahan tapi masih ada pengguna yang mahu mengambil jalan singkat.
Semalam satu kemalangan melibatkan dua motosikal di mana seorang darinya meninggal dunia apabila dilanggar oleh sebuah Myvi putih yang memandu dalam keadaan melawan arus.
Dala, kejadian menyayat hati sekitar jam 10.35 pagi, mangsa, Mohamad Hafiz Bakri, 31, dan Lim Kar Tian,34, menunggang motosikal sebelum dilanggar kereta yang dipandu secara melawan arus.
Akibatnya kemalangan itu, Mohamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Kar Tian cedera di kaki kiri.
Rakaman CCTV menunjukkan Myvi ini dipandu melawan arus dan pemandunya menghilangkan diri selepas melanggar dua buah motosikal di mana seorang maut ditempat kejadianKemalangan mengakibatkan Mohamad Hafiz Bakri maut di tempat kejadian
Ads
Lebih membuatkan masyarakat berasa geram, sudahlah mengakibatkan kematian, pemandu Myvi itu telah menghilangkan diri dari tempat kejadian dan sedang dikesan. Kemalangan berlaku di susur masuk Jambatan P.Pinang sekitar 11 pagi dan kini diburu oleh pihak berkuasa.
Ads
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi patah kaki kiri dalam kejadian di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
Ads
“Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri. Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.
Beliau berkata, Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran. Sumber : Penang Kini
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jodoh, rezeki, ajal dan maut sememangnya terletak di tangan Allah SWT.
Lewat petang tadi, selesai sudah urusan pengebumian jenazah Allahyarhamah Puan Faziani Rohban Ahmad yang maut dalam sebuah tragedi kemalangan jalan raya yang membabitkan kereta jenis MPV Toyota Estima yang dipandu oleh suami beliau serta sebuah lori.
Hairannya, arwah dan suami, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang cedera selalunya ditemani oleh pemandu mereka yang membawa pasangan itu untuk urusan di sana-sini. Namun pagi hari ini, mereka memutuskan untuk memandu berdua.
Anak pasangan tersebut iaitu Ainul Atiya, 18, bercerita mengenai beberapa ‘petanda’ seperti itu ketika ditemui oleh rakan media Sinar Harian di Kampong Paloh, Kelantan.
”Kami sekeluarga sempat bersahur bersama Mama dan Papa sebelum mereka bertolak ke Pondok di Pattani. Ia sudah menjadi rutin bulanan untuk menyampaikan wang zakat di sana.
“Peliknya, hari ini Papa nak pandu sendiri kereta ke Thailand. Bukan pemandu peribadi yang bawa kalau ada urusan kerja luar.
“Mereka juga turun rumah seawal jam 7 pagi, sedangkan biasanya mereka akan gerak di antara jam 9 pagi hingga 10 pagi,” kongsinya yang masih bersedih akan pemergian pada bulan Ramadan ini.
Semalam, arwah dan suami dilaporkan baru pulang dari Jakarta. “Mama dan Papa penat sangat, baru semalam mereka pulang dan hari ini ke Thailand pula dengan memandu sendiri kereta.”
Insiden yang masih mengejutkan ramai rakyat Malaysia itu juga membuatkan hati personaliti popular negara tersentak kerana mereka cukup rapat dengan arwah. Antaranya ialah Dato’ Aliff Syukri, Fizo Omar Datuk Seri Vida, Hanez Suraya dan Fasha Sandha.
Terdahulu, jenazah tiba sekitar jam 4 petang di Tanah Perkuburan Islam Kedemit di Tumpat sebelum selesai dikebumikan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun dunia animasi adalah khas bagi tontonan kanak-kanak yang masih belum matang, namun kita selalu terdengar bahawa pencipta rancangan dan jenama animasi popular daripada Barat mempunyai agenda mereka yang tersendiri.
Contohnya beberapa tahun lalu, tercetus beberapa video yang dimuat naik ke YouTube yang menunjukkan bagaimana sebuah produksi studio animasi popular melakar bahagian sulit lelaki dan wanita sebagai salah satu bahagian ‘tersirat’ dalam lukisan animasi mereka.
Terbaru, watak popular Nickelodeon iaitu Spongebob Squarepants pula yang menjadi sasaran.
Ia gara-gara sambutan ‘Pride Month’ yang disambut oleh golonan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender dan Queer (LGBTQ) sepanjang Jun ini.
Dalam sebuah posting oleh Nickelodeon di Instagram, mereka memaparkan imej Spongebob dengan latar belakang terang berwarna-warni yang simbolik kepada golongan LGBTQ.
Tambah mencurigakan adalah caption pada foto tersebut yang berbunyi, “Celebrating Pride with the LGBTQ+ community and their allies this month and every month.
“Meraikan ‘Pride’ bersama komuniti LGBTQ+ dan rakan-rakan mereka pada bulan ini dan bulan-bulan yang lain.”
Karya ilustrasi @space.ram itu mencetuskan pertikaian di kalangan peminat animasi itu akan orientasi seksual sebenar Spongebob. Ada yang menuduh spekulasi ini benar.
Ada juga yang secara sinikal mengatakan kita terlalu memikirkan hal ini secara serius. Ini berikutan dakwaan Spongebob beragama Islam selepas Nickelodeon mengucapakan Salam Aidilfitri menggunakan watak Spongebob Squarepants dan Patrick Star yang berbaju Melayu pada bulan lalu.
Ini bukanlah kali pertama Spongebob menjadi sasaran debat ini kerana dialog yang diucapkan oleh Spongebob kadangkala mempunyai maksud yang tersirat ataupun double meaning.
Pihak Nickelodeon tidak pernah meletakkan sebarang info mengenai orientasi seksual watak popular mereka itu. Namun, netizen merasakan bahawa Spongebob mungkin sekali meminati kaum sejenis ataupun biseksual.
Selepas komen tersebut ‘menghujani’ ruangan komen, Nickelodeon memutuskan untuk menutupnya ‘turn off’ sebelum kembali dibuka kepada publik.
Hhm, kenapa nak takut jika Spongebob adalah watak ‘straight’?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ekoran daripada ekonomi dunia yang terjejas akibat wabak pandemik COVID-19, banyak sektor-sektor perniagaan yang berhadapan kesulitan dan tidak kurang bagi mereka yang terpaksa memberhentikan pekerja.
Sektor penerbangan di seluruh dunia tidak terkecuali apabila mereka juga perlu mengurangkan pekerja disebabkan situasi pandemik ini. Terbaru, Malindo Airways Sdn Bhd dilaporkan telah memberhentikan sekitar 2,000 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.
Susulan daripada kejadian itu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) komited dan sedia membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada dan bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Perkeso juga memaklumkan mereka yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS boleh melayari laman web rasmi agensi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci kedua-dua inisiatif itu dan tatacara permohonannya.
Antara faedah SIP termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.
Perkeso turut menyalurkan platform platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA bagi menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran. Sehingga Rabu lepas, sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilaporkan bagi permohonan faedah SIP dan seramai 33,341 orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.
Turut disediakan, Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.
Jika korang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan dengan hal ini, boleh menghubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000.
War-warkan kepada rakan-rakan atau kenalan korang yang diberhentikan kerja, ini antara insiatif yang kita boleh bantu untuk menaikkan kembali semangat mereka.
Insiden menyayat hati sekali lagi menggemparkan negara apabila sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terkorban dalam satu kemalangan ngeri awal pagi ini.
Kemalangan tersebut berlaku...