Bagai tiada kesudahan isu memandu melawan arus. Sudah tahu ia satu kesalahan tapi masih ada pengguna yang mahu mengambil jalan singkat.
Semalam satu kemalangan melibatkan dua motosikal di mana seorang darinya meninggal dunia apabila dilanggar oleh sebuah Myvi putih yang memandu dalam keadaan melawan arus.
Dala, kejadian menyayat hati sekitar jam 10.35 pagi, mangsa, Mohamad Hafiz Bakri, 31, dan Lim Kar Tian,34, menunggang motosikal sebelum dilanggar kereta yang dipandu secara melawan arus.
Akibatnya kemalangan itu, Mohamad Hafiz meninggal dunia di lokasi kejadian manakala Kar Tian cedera di kaki kiri.
Lebih membuatkan masyarakat berasa geram, sudahlah mengakibatkan kematian, pemandu Myvi itu telah menghilangkan diri dari tempat kejadian dan sedang dikesan. Kemalangan berlaku di susur masuk Jambatan P.Pinang sekitar 11 pagi dan kini diburu oleh pihak berkuasa.
Polis sedang mengesan pemandu Perodua Myvi yang melawan arus hingga menyebabkan seorang maut dan seorang lagi patah kaki kiri dalam kejadian di susur masuk ke Jambatan Pulau Pinang, pagi tadi.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, siasatan awal mendapati pemandu Perodua Myvi itu memandu secara melawan arus dari Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang menuju ke arah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan.
“Selepas melanggar kedua-dua penunggang motosikal itu dia terus melarikan diri. Ketika kejadian, pengguna jalan raya lain tidak dapat mengecam nombor pendaftaran kereta suspek dan usaha mengesannya giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Shafee berkata, mayat Mohamad Hafiz dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk proses bedah siasat dan laporan mendapati dia maut akibat kecederaan pada kepala.
Beliau berkata, Kar Tian juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu diminta menghubungi polis atau tampil di balai berhampiran. Sumber : Penang Kini