Tahun 2021 bakal melabuhkan tirainya, tinggal lebih kurang sebulan sahaja lagi untuk kita berganjak ke tahun 2022. Seperti biasa, bila masuk bulan baharu pastinya ramai peminat drama Korea menantikan senarai k-drama yang bakal ditayangkan.
Jom kita lihat antara drama-drama Korea yang bakal menghiburkan korang di akhir tahun ini.
Berkisarkan tentang perasaan dua orang bekas kekasih yang saling membenci, namun filem dokumentari yang mereka pernah rakam ketika di sekolah menengah dahulu tiba-tiba menjadi viral. Dan kerana itu mereka secara tidak sengaja muncul di hadapan kamera sekali lagi.
Drama ini menceritakan tentang kerakusan dan impian wanita yang berusaha untuk mencapai kedudukan tertinggi negara. Mereka sanggup mengorbankan orang lain demi menguasai segalanya dek kerana perasaan tamak dan gila kuasa.
Dilakonkan oleh dua hero hebat Korea Selatan Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon, drama ini mengisahkan tentang Ryu Soo Yeol (Lee Dong Wook) yang memegang watak sebagai lelaki jahat tetapi berkebolehan, manakala Wi Ha Joon sebagai lelaki gila, K yang sangat mementingkan keadilan.
Dan Hwal merupakan seorang bulgasal, iaitu makhluk mitos yang tidak boleh mati atau tua, pernah menjadi manusia pada abad yang lalu. Min Sang Woon, pula seorang wanita yang banyak kali sudah dijelmakan semula selepas melarikan diri dari bulgasal tetapi masih mengingati kehidupan lampaunya.
Kisah cinta antara Su Ho, seorang pelajar di universiti berprestij bergegas ke sebuah universiti seorang wanita dalam keadaan berlumuran darah. Young Ro lakonan Jisoo Blackpink, pelajar universiti wanita tersebut yang menemuinya dan membantu memyembunyikan serta menjaganya walaupun berdepan dengan bahaya di bawah pengawasan rapi.
Menceritakan tentang kisah cinta Kang Ro Seo, seorang bangsawan yang mula membuat alkohol secara haram untuk menyara keluarganya, dan inspektor Nam Young pula terkenal kerana menjalani kehidupan yang sangat berprinsip.
Drama ini berlatarkan era pasca apokaliptik iaitu bumi pada tahun 2075 yang telah terbiar dan sumber semula jadinya menjadi kering. Sebuah pasukan khas ditugaskan dengan misi rahsia di stesen penyelidikan terbiar di bulan dikenali sebagai ‘The Silent Sea’.
Drama ini mengisahkan tentang isu yang sering berlaku di pejabat perkhidmatan cukai. Beberapa isu akan dikupas melalui siri ini, termasuklah kes rasuah, pengubahan wang haram dan lain-lain.
Drama mana yang paling tak sabar korang nak tunggu? Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)