Penyakit Korela Dikesan Di Selangor, Ini Gejala Dan Nasihat Elak Jangkitan
November 15, 2021
Share
Penyakit kolera adalah penyakit berjangkit wabak akut (acute). Taun atau kolera adalah salah satu penyakit bawaan air dan makanan yang utama. Ia disebabkan oleh jangkitan bakteria. Mereka yang dijangkiti akan mengalami cirit-birit. Gejala yang teruk boleh membawa maut kerana dehidrasi yang teruk.
Semalam, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin memuat naik satu perkongsian di akaun Twitter miliknya.
Menurut KJ, Jabatan Kesihatan Selangor telah mengesan satu kes kolera di daerah Petaling, Selangor.
Menerusi perkongsian itu juga, Khairy juga telah mengingatkan orang awam agar minum minuman air yang telah dirawat atau dididihkan sahaja. Selain itu, KJ juga menasihatkan orang ramai untuk sentiasa menjaga kebersihan diri dan jangan memakan makanan mentah atau tidak dimasak dengan sempurna.
Untuk info, Virus Korela atau Penyakit taun ini wujud secara bermusim di kawasan endemik di Asia dan Afrika. Ia lebih mudah merebak di kawasan yang tidak mempunyai bekalan air bersih dan kemudahan tandas yang sempurna.
Antara Gejala Korela:
Sejumlah besar cirit-birit berair, kadang-kadang dipanggil “najis air beras”/”rice water stools” kerana ia kelihatan seperti air yang telah digunakan untuk membasuh beras
Muntah
Kaki kejang
Seseorang yang mengalami penyakit kolera akan kehilangan air dalam badan dengan cepat, sehingga 20 liter sehari, jadi dehidrasi dan kejutan yang teruk boleh berlaku.
Tanda-tanda dehidrasi termasuklah:
Kulit longgar / “loose skin”
Mata nampak seperti tenggelam
Mulut dan bibir kering
Penurunan rembesan, misalnya, kurang berpeluh
Denyutan jantung laju
Tekanan darah rendah
Pening kepala atau kepala terasa ringan
Kehilangan berat badan yang cepat
Selalu terkejut yang boleh menyebabkan sistem peredaran darah tidak berfungsi dengan baik. Ia adalah keadaan yang mengancam nyawa dan keadaan kecemasan.
Nasihat umum pencegahan untuk elak jangkitan:
Basuh tangan dengan sabun sebelum makan, mengendali makanan dan selepas menggunakan tandas.
Didihkan air minum atau minum air yang dibotolkan/air berkarbonat.
Makanan yang kurang memerlukan pengendalian adalah lebih selamat. Kupas semua buah. Pastikan salad atau ulam-ulaman dibasuh bersih sebelum dimakan.
Pastikan bahawa makanan laut, ikan dan daging dimasak dengan sempurna pada suhu yang betul dan seboleh-bolehnya makan semasa makanan masih panas.
Makan awal jika memakan hidangan buffet, sebaik-baiknya dalam tempoh 4 jam dari masa makanan siap dimasak.
Jangan beli makanan berbungkus dari warung di tepi jalan.
Jika mengalami cirit-birit, minum banyak air bersih dan larutan rehidrasi oral (ORS). Jika cirit-birit berterusan selama lebih daripada 48 jam dan individu tidak mampu minum, segera dapatkan rawatan.
Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jaga diri guys!