Penyampai Radio ERA Sabah Dinobatkan Sebagai Juara Miss Merdeka 2022. Turut Menang Enam Gelaran Sampingan

Share

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu…

Kejayaan Dewi Natasha, 25, mengungguli pertandingan Miss Merdeka 2022 membuktikan yang dia sememangnya hebat dalam dunia ratu cantik. Gadis tinggi lampai ini berjaya mengalahkan 30 peserta yang lain.

Seiring dengan kemenangannya itu, dia berjaya membawa gelaran utama iaitu Miss Merdeka Dewi Pertiwi selain itu dia juga memenangi enam gelaran sampingan iaitu, Dewi Manifesto Terbaik, Dewi Anggun, Best Designer Award, Best Makeup Award, The Most Inspiring Video Award dan juga SOJ Beaute Ambassador.

Sebagai juara, Dewi Natasha turut membawa pulang mahkota kejuaraan dan juga wang tunai bernilai RM15’000.

Usai kemenangannya, gadis cantik ini menulis di Instagramnya, “Hidup ini penuh dengan Berkat.Saya bersyukur kepada Tuhan Yang Maha Kuasa atas kejayaan yang menakjubkan ini. Kepada semua orang yang telah bersama saya dalam perjalanan ini, kata-kata tidak dapat menggambarkan betapa saya bersyukur kerana mempunyai anda di belakang saya.”

ARTIKEL BERKAITAN: Dari Dunia Ratu Cantik Ke Konti Radio, Dewi Natasha Akui Kemahiran Komunikasi Sangat Penting Dalam Kerjaya

Dia juga turut berterima kasih kepada mereka yang banyak memberikan bantuan serta sokongan. “Kepada keluarga dan rakan-rakan saya, terima kasih banyak kerana menjadi pasukan sorak saya dan meningkatkan keyakinan saya dengan sentiasa menjadi penyokong saya. Love you guys so much! Semoga Tuhan merahmati anda semua,” tulisnya lagi.

Pemilik nama penuh Dewi Natasha Perumal Oddiar, dia yang berketinggian 169cm merupakan anak kacukan Dusun-India. Jadi tidak hairanlah jika dia memiliki kulit hitam manis yang menawan.

Bukanlah asing dalam dunia hiburan di negeri bawah bayu, Dewi Natasha merupakan salah seorang penyampai Radio ERA Sabah dan mengendalikan segmennya sendiri iaitu ERAmaiti setiap Isnin hingga Jumaat jam 4 petang sehingga 8 malam.

Sebelum ini dalam dunia ratu cantik, dia pernah bergelar Unduk Ngadau Dun Sekong 2019, Miss Face of Humanity Malaysia 2022 dan juga memenangi tempat kedua Miss Grand Sabah 2020.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fiezreen