Setelah musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan oleh kerajaan sejak Mac lalu, REMAJA merasakan bahawa tiada pertandingan realiti televisyen yang boleh ditayangkan sepanjang tahun ini.
Program terakhir dalam kategori tersebut yang sempat untuk menemui penonton di Malaysia hanyalah pencarian Hero Remaja 2020, Ceria Mega Star dan Suara Viral.
Lantas bila dimaklumkan bahawa program yang diminati ramai, Big Stage akan muncul semula bermula 16 Ogos ini, ramai yang tak sabar untuk menantikannya.
ARTIKEL BERKAITAN: Han Byul Buat Kejutan Muncul Juara
Baru sebentar tadi, 12 orang peserta Big Stage 2020 telah diumumkan oleh hos duonya, Alif Satar dan Sherry Alhadad.
Dengar cerita, ramai penyanyi berbakat ini yang bukan setakat menyanyi saja tetapi juga memiliki kelebihan lain seperti pelajaran dan kerjaya di luar bidang seni.
Hebat penyanyi generasi baru sekarang! Jom lihat siapa yang terpilih.
Kulim Kedah
Ramai yang mengenali Usop daripada program Mentor. Kerap juga muncul di televisyen dan radio, Usop kini juga bergelar peniaga Nasi Kandar di Kulim Kedah.
Kuala Lumpur
Bagi pelajar di ASWARA, ada beberapa graduan dan kawan belajar mereka sendiri yang terpilih untuk menyertai Big Stage kali ini. Antaranya termasuklah penyanyi bersuara lantang, Azzam Sham.
Bagi korang yang merasakan Azzam kelihatan familiar, ini adalah kerana dia pernah muncul menerusi program televisyen Oh My English! di Astro Ceria.
Raub Pahang
Lagu nyanyian Amir iaitu Bicaramu selalu diputarkan di radio. Mula dikenali dengan gelaran ‘Abang Vape suara sedap’, Amir adalah di antara bakat baru di bawah Warner Music Malaysia yang boleh memberikan saingan sengit.
Ipoh Perak
Seorang lagi pelajar daripada institusi ASWARA telah terpilih dan gerangannya ialah anak kepada lagenda muzik kontemporari, Jamal Abdillah. Kini bergelar pelajar jurusan diploma Muzik, adakah Yamani boleh mengasingkan diri daripada bayangan ayahnya?
Kuching Sarawak
Pergh, mestilah orang Sarawak akan memberikan sokongan tak berbelah bahagi kepada penyanyi kebanggan mereka ini. Nana boleh disifatkan sebagai BBNU yang mempunyai sentuhan ‘mesti jadi’.
Setiap single nyanyiannya seperti Hantu Atau Buaya, Ragu-Ragu dan Boleh Blah memang menjadi kegemaran untuk diputarkan selalu. Tambahan pula dengan latar belakang pendidikan Nana dalam bidang Pengurusan Pembinaan dari UiTM Shah Alam, dia bukan calang-calang penyanyi.
Johor Bahru
Ye guys, tak salah untuk seorang doktor gigi untuk mengejar impian dengan bakat nyanyian. Hafiz Zainal pernah saja menjadi bualan mulut di media sosial apabila menjadi pemenang kategori Social Media Nova APM 2013 dan naib juara Awakening Contest 2013.
Namun adakah dia bersedia untuk muncul di hadapan crowd yang lebih besar?
Melaka
Haa, siapa cakap Juara Tilawah Kebangsaan 2005 tak boleh menjadi seorang penghibur? Nama Fadh Majid mungkin tidak sepopular beberapa peserta Big Stage lain. Tetapi suara pembantu jurulatih silat seni gayong ini cukup lunak sehingga menarik perhatian rakan media sebentar tadi.
Tuaran Sabah
Sebaik saja lagu Hey Kau dimainkan di mana-mana je, REMAJA pasti semua orang mudah untuk menyanyikan lagu itu bersama-sama. Namun tak semua orang mengetahui penyanyi di sebalik lagu tersebut iaitu Sandra.
Mungkin ini adalah peluang kedua untuk pengusaha makanan laut kering itu muncul sebagai seorang penyanyi yang digemari ramai.
Pulau Pinang
Minat nyata lebih utama daripada apa-apa kekurangan yang dihadapi oleh seseorang. Dinie Rashid merupakan peserta Big Stage pertama yang bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Namun itu tak menidakkan kelebihan yang dia ada pada suaranya. Bakat dan ‘backstory’ yang ada pada Dinie membuatkannya sebagai seorang peserta yang akan diberikan perhatian.
LANGKAWI
Nama Qody Rani pernah dikenali dengan single Dia yang popular hasil populariti drama Kekasih Paksa Rela. Kini bergelar pengusaha industri pelancongan di Langkawi, Qody yang baru saja bergelar suami pada bulan Mac lalu ingin terus berusaha untuk ke hadapan dengan bakat yang ada.
Kuala Lumpur
Siapa tak kenal dengan penyanyi yang bergelar doktor ini? Merupakan graduan perubatan daripada Mansoura University di Mesir, Hanie terlebih dahulu telah dikenali ramai menerusi single Hujung Dunia, Pantas dan Rasa Sayang. REMAJA melihat Big Stage ini adalah peluang terbaiknya untuk mengikis imej kononnya mempunyai suara mirip Amy Mastura.
Sepang, Selangor
Pemilik ijazah sarjana muda Komunikasi Massa dalam pengkhususan perhubungan awam dahulu pernah digosipkan dengan penyanyi BBNU dan ‘graduan’ Big Stage iaitu Irfan Haris setelah bergambar bersama. Namun Farisha dan Irfan katanya hanyalah kenalan biasa sejak pertandingan Idola Kecil.
Farisha juga pernah menyertai pertandingan Ceria Popstar sebelum ini.
*
So, siapa favourite korang sebelum Big Stage ditayangkan?
Jom recap balik semasa Neeta Manisha dinobatkan sebagai naib juara musim kedua di belakang penyanyi dari Korea Selatan, Han Byul.