Penyanyi lelaki pop kelahiran Malaysia, Eison Chai ditemui mati semalam di sebuah bangunan stesen MRT dekat daerah Luzhou, New Taipei di Taiwan.
Kata wakil polis di precint Luzhou, New Taiepei kira-kira lapan jam yang lalu, Eison, 40 dipercayai mati setelah terjun dari bangunan stesen itu sekitar jam 10 pagi semalam.
Lapor Focus Taiwan pula, masih belum ada sebarang makluman lanjut yang dapat diperolehi dan didedahkan buat masa ini. Pihak polis masih dalam fasa siasatan setelah laporan maut mengenai penyanyi dari Kuching, Sarawak ini.
Bagi yang tidak begitu mengenali Eison Chai, beliau telah meninggalkan Kuching pada usia 19 tahun dan ke Taiwan untuk mengejar impian bergelar seorang penyanyi.
Eison kemudian mula mengecapi populariti di sana setelah memenangi pertandingan nyanyian Super Idol musim kedua yang berlangsung dari tahun 2008 hingga 2009. Dia dan rakan-rakannya kemudian menubuhkan sebuah kumpulan rock, 87 sebelum meluncurkan album debut berjudul Dream Together.
Eison turut mengahwini pelakon Taiwan, Hitomi Wu aka Wang Tong di samping menubuhkan sebuah perniagaan makanan serta restoran laksa di Ximending, Taiwan.
SUMBER : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.