Alhamdulillah, akhirnya hasrat untuk memiliki sepasang cahaya mata tercapai juga apabila penyanyi kesayangan tanah air, Dato’ Sri Siti Nurhaliza selamat melahirkan seorang bayi lelaki sekitar jam 6.21 pagi tadi, bersamaan 7 Ramadan 142H.

Pengumuman yang dimuatnaik oleh pihak Siti Nurhaliza Productions menerusi akaun Instagram @ctdk itu dilakukan dua jam setengah setelah segalanya selesai di bilik pembedahan.

Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pada 7 Ramadan
Tangkap layar Instagram @ctdk

Menurut mereka, bayi seberat 3.84 kilogram itu telah dilahirkan melalui kaedah pembedahan dan ibu serta anak berada dalam keadaan sihat walafiat dan stabil.

Terdahulu, TokTi dan suami, Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa telah memiliki cahaya mata sulung perempuan iaitu Siti Aafiyah Khalid pada 19 Mac 2018.

Ads

Wah, sweet betul apabila tarikh kelahiran kedua-dua cahaya mata mereka ini berbeza genap sebulan!

Dato’ Sri Khalid Mohamad Jiwa turut melahirkan rasa syukur kerana isteri tercinta telah selamat melahirkan bayi kedua mereka.

Apa yang penting baginya adalah ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat, stabil dan proses melahirkan telah berjalan lancar.

Ads

Tambahan pula, kelahiran anak kedua pada bulan Ramadan al-Mubarak ini diharapkan akan mengurniakan barakah Allah SWT. Mereka berdua ingin menzahirkan rasa syukur dan terima kasih di atas doa keluarga, saudara mara, sahabat handai, peminat, media dan orang ramai.

Berita gembira ini turut mendapat perhatian rakan selebriti dan peminat yang mengucapkan tahniah buat Dato’ Sri Siti Nurhaliza dan Dato’ Sri Khalid.

Ads

Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pada 7 Ramadan

Siti Nurhaliza Selamat Melahirkan Bayi Lelaki Pada 7 Ramadan

Untuk pengetahuan, bayi lelaki ini telah berjaya dihasilkan menerusi program In Vitro Fertilization (IVF), mirip semasa kandungan pertama Tokti.

Alhamdulillah, tahniah kepada Dato’ Sri Siti Nurhaliza sekelurga!

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI