Siapa sangka dari dunia hiburan mampu menjadi seorang Timbalan Menteri.
Itulah yang terjadi kepada bekas penyanyi kumpulan popular Nidji dan penyanyi lagu ‘Laskar Pelangi’ ini.
ARTIKEL BERKAITAN : Rindunya ‘Laskar Pelangi’! Nidji Kembali Ke KL Selepas 4 Tahun Dengan Kemunculan Budi Doremi
Giring Ganesha dilantik sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan dalam Kabinet Merah Putih di bawah pimpinan Presiden Prabowo Subianto.
Pelantikan ini diumumkan secara langsung oleh Presiden Prabowo semasa pengumuman senarai Menteri dan Timbalan Menteri Kabinet Merah Putih di Istana Merdeka, di sini, pada Ahad.
Giring Ganesha akan berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Kebudayaan bersama Fadli Zon yang dilantik sebagai Menteri Kebudayaan.
Pelantikan rasmi diadakan pagi Isnin.
Terdahulu, Giring mengakui walaupun mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang nyanyian bagi memberikan fokus terhadap bidang politik, dia rindu untuk menghasilkan muzik.
Penyanyi kelahiran Jakarta itu mengakui, bukan mudah untuknya membuat keputusan memandangkan kedua-dua cabang itu memberikan erti dan makna tersendiri.
Berusia 41 tahun, Giring bersama kumpulan Nidji menempatkan diri sebagai antara kumpulan muzik berpengaruh dalam industri hiburan Indonesia pada sekitar 2002.
Antara lagu popular Giring bersama Nidji ialah Arti Sahabat, Jangan Lupakan dan Laskar Pelangi.
BACA LAGI : 10 Filem Tentang Guru Menarik Untuk Ditonton, Penuh Dengan Mesej & Pengajaran
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah. Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.