Penyanyi Lagu ‘Sial’, Mahalini Dedah Pernah Dicurangi 4 Kali & Jadi Mangsa Pukul Bekas Kekasih

Share

Sebelum menjalinkan hubungan cinta dan bertunang dengan penyanyi berbakat besar dari Indonesia, Rizky Febian, penyanyi meningkat naik, Mahalini mendedahkan dia pernah terlibat percintaan toksik apabila pernah menjadi mangsa pukul dan dicurangi.

Menerusi laporan Detik.com, pelantun lagu popular Sial itu mendedahkan dirinya pernah dicurangi sebanyak empat kali oleh bekas kekasihnya.

ARTIKEL BERKAITAN : Beza Agama Bukan Halangan Cinta, Mahalini Kini Tunangan Rizky Febian

Bukan itu sahaja, bahkan bintang berusia 23 tahun itu juga memaklumkan bekas teman lelakinya itu juga pernah menendang dan menunjal kepalanya biarpun ketika itu hubungan mereka sudah berakhir.

“Dulu aku pernah bercinta dengan seorang lelaki dan dicurangi empat kali. Aku ditendang dan ditunjal-tunjal.

“Masa itu sudah putus tapi dia masih kejar-kejar aku. Dia suka panggil aku gemuk,” katanya.

Tidak berdiam diri, Mahalini bagaimanapun pernah memberitahu tentang perkara tersebut kepada ibu bapa bekas kekasihnya, namun mereka lebih membela anak lelaki mereka.

Sekadar informasi, sekitar Mei lalu Mahalini telah mengikat tali pertunangan bersama penyanyi Indonesia Rizky Febian setelah setahun menyulam cinta.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mahalini

Published by
Fath