Minggu ini, isu penyanyi di YouTube dan Instagram kembali hangat diperkatakan. Entah mengapa, ada segelintir netizen yang mempertikaikan kebolehan penyanyi di media sosial dan sama ada mereka dapat bertahan.
Ada juga yang berpendapat mereka seharusnya menjadikan nyanyian sebagai hobi semata-mata dan bukannya menjadikannya sebagai karier.
Ish ish, kenapa bawang sangat tu. Penulis melihat (dan mendengar) penyanyi yang berasal dari medium online ini juga mempunyai kekuatan dan kebolehan mereka sendiri. Kalau tak, takkanlah kita menyanjung penyanyi seperti Elizabeth Tan, Khai Bahar dan Justin Bieber.
Tak percaya, cuba dengar nyanyian 7 orang penyanyi media sosial ini. Semuanya perempuan pula tu!
Sheryl ialah antara penyanyi muda yang pernah kami tampilkan di dalam majalah REMAJA isu Julai 2016. Pada waktu tersebut, memang nampak rasa gementar dan kekok apabila dia berhadapan dengan kamera. Namun, itu dulu, sekarang dah lain!
Sheryl lebih yakin untuk memuat naik pelbagai cover video. Dia juga adalah penyanyi Instagram yang dipilih oleh Alvin Chong semasa sebuah peraduan nyanyian yang Alvin anjurkan di platform media sosial tersebut.
Pada mulanya, kami sendiri tak menyangka penyanyi berketurunan Malaysia-Filipina ini berasal dari sini kerana rupa eksotiknya. Ismail Izzani sendiri pun pernah menyuruh Yazmin Aziz bercakap Melayu kerana tak percaya dia berasal dari Malaysia. Hehe..
Tak sangka pada usia muda, Yazmin telah menyertai beberapa pertandingan nyanyian peringkat antarabangsa. Antaranya termasuklah mewakili negara ke World Championships of Performing Arts di Long Beach, California. Hebatkan.
Yazmin pun rajin untuk membalas komen followers-nya di Instagram, bagus!
Siapa kata bakat terletak pada usia dan saiz badan.
Nama Alyssa Dezek memuncak selepas netizen memperkatakan mengenai cover video lagu Tak Tun Tuang nyanyiannya di YouTube pada bulan Disember tahun lalu. Penyanyi berusia 9 tahun ini juga tak menyangka video tersebut akan bertukar viral sehingga jumlah tontonannya melebihi 24 juta tontonan.
Alyssa bermula awal sejak usia 7 tahun dengan menyertai pertandingan realiti Ceria All Stars 2015 di Astro. Hanya selepas itu, dia lebih yakin untuk tampil dalam bidang lakonan pula.
Sarah merupakan antara bakat baru yang semakin mendapat perhatian oleh media mainstream Malaysia. Terbaru, dia dipanggil oleh program Malaysia Hari Ini di TV3 untuk melakukan persembahan.
Comel je bila membaca komen yang ditinggalkan oleh followers Sarah di Instagram. Ada yang berharap dia tidak melupakan followers
-nya walaupun selepas popular nanti. Hehe..Korang mesti perasan hashtag #shidabuatcover yang selalu berlegar di media sosial, kan?
Shida sememangnya gemar untuk melakukan persembahan cover video sejak dulu lagi. Namun, apabila penuntut UPM ini memuat naik cover video untuk lagu Despacito, namanya terus dikenali dengan meluas.
Video tersebut telah mencecah 2.6 juta tontonan di YouTube selepas hanya 10 bulan. Bukan saja fans dari Malaysia yang teruja mendengar, fans dari negara seperti Sepanyol dan Brazil juga memuji bakat dan pronunciation Shida.
Aqeesh merupakan pemenang program Bakat Ohsem Malaysia yang dianjurkan sendiri oleh hurr.tv pada akhir tahun lepas.
Walaupun baru berusia 13 tahun, penyanyi muda dari Selagor ini hebat ketika menyampaikan lagu ‘Birds Set Free’ dan ‘Langit Cinta’ pada pentas akhir program tersebut.
Aqeesh juga merupakan antara penyanyi muda bertuah yang dapat berduet dengan Khai Bahar! Tak percaya, dengar sendiri rendition single ‘Luluh’ ini.
Mimi bertuah kerana mendapat exposure meluas di Indonesia setelah cover video untuk lagu Kun Anta nyanyian Humood Alkhuder di YouTube mendapat sambutan hangat oleh netizen.
Nyanyian Mimi dibantu pula dengan kebolehannya bermain ukelele dan gitar. Tak hairanlah orang klik ‘like’ secara berjemaah!
========================================================================
Hebatkan mereka semua! Nampak je ayu dan sopan, sekali buka mulut untuk menyanyi tercengang orang sekeliling!
Lebih best, korang juga boleh saksikan mereka bertarung vokal dengan nyanyian akustik menerusi program ‘Muzik Jam’. Pada setiap hari rabu jam 8.30 malam, dua penyanyi YouTuber akan bersaing mengikut tema lagu tertentu dan berdasarkan undian penonton di hurr.tv, salah seorang akan disingkirkan.
Pada minggu lepas untuk episod pertama, Yazmin Aziz telah mengatasi Sheryl Syazwanie. So pada episod kedua 4 April ini, agak-agak siapa pula yang akan bersaing dengan Yazmin? Hhm, kenalah tengok!