R Kelly Bergelar Banduan Seumur Hidup Kerana Pemerdagangan Seksual

Share

Penyanyi terkenal R&B yang pernah popular menerusi lagi “I Believe I Can Fly”, R Kelly didapati bersalah keatas jenayah pemerdagangan seksual melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur sejak dua dekad lalu.

Menurut laporan Free Malaysia Today (FMT), seramai 11 individu, iaitu sembilan wanita dan dua lelaki tampil sebagai saksi bagi menggambarkan penderaan seksual yang dilakukan oleh selebriti antarabangsa itu.

Selepas dua hari perbicaraan, Kelly didapati bersalah atas sembilan pertuduhan oleh juri Perseketuan dan berdepan hukuman penjara sehingga 100 tahun iaitu 20 tahun untuk pemerasan dan 10 tahun untuk kesalahan pemerdagangan seks.

Foto: Fox News

Juri mendapati bahawa penyanyi R&B itu menjadi ketua kepada rangkaian pemerasan dan penganiayaan bertujuan mengumpan wanita dan kanak-kanak untuk kepuasan seksnya.

Dia juga didapati bersalah melakukan pemerdagangan wanita di beberapa negeri di Amerika Syarikat dan menghasilkan pornografi kanak-kanak.

Seorang saksi yang dikenali sebagai Sonja dan pernah menjadi mangsa Kelly berkata, dia dikurung, diberi dadah dan diperkosa.

Peguam yang mewakili beberapa mangsa memberitahu wartawan ini adalah kes paling serius membabitkan pemangsa seksual yang dikendalikannya sepanjang 47 tahun berkhidmat sebagai peguam.

Foto: NME

Fuh, tak pasal-pasal kena hukuman penjara seumur hidup. Bila nafsu menguasai diri, orang lain pula menjadi mangsanya. Semoga kisah ini menjadi pengajaran buat seluruh masyarakat.

Sama ada orang terkenal atau tidak, hukuman seharusnya diberikan secara adil. Betul tak?

Sumber: (1)

Published by
Noor Ain Norman