Wakil Ukraine, Angelina Usanova berjaya mengalahkan 41 wanita lain dalam pertandingan Miss Eco International 2024 untuk bergelar juara.

Wakil Filipina, Chantal Elise merupakan naib juara. Manakala wakil Malaysia pula, Jessica Gomez berjaya menamatkan saingan sebagai peserta top 10.

Seiring dengan kemenangannya, Angelina akan memainkan peranan sebagai Duta Muhibah PBB untuk ekologi dan alam sekitar untuk memberikan kesedaran tentang isu tersebut.

Penyanyi Ukraine Dinobat Juara Miss Eco International 2024, Wakil Malaysia Berpuas Hati Di Kedudukan 10 Terbaik

“Saya amat gembira untuk membawa pulang gelaran berprestij ini ke Ukraine.

Ads

“Dalam masa sebulan lagi, saya akan menjadi Duta Muhibah PBB untuk Ekologi dan Alam Sekitar untuk sekali lagi menyampaikan suara Ukraine kepada komuniti global menekankan isu-isu alam sekitar yang terjejas oleh pencerobohan Rusia terhadap Ukraine.

“Hari ini, saya meraikan kemenangan saya dan berterima kasih atas sokongan semua peminat saya,” kongsi Angelina mengenai kemenangannya.

Ads

BACA JUGA: Wanita Berusia 60 Tahun Menang Pertandingan Miss Universe…

Penyanyi Ukraine Dinobat Juara Miss Eco International 2024, Wakil Malaysia Berpuas Hati Di Kedudukan 10 Terbaik

Ads

Selain memenangi anugerah utama, wanita berusia 26 tahun ini turut  memenangi tempat pertama dalam kategori Miss Eco Best Resort Wear untuk penampilan pantai terbaik dan tempat ke-3 dalam pertandingan eko-kostum dengan tema “World on Fire.”

Imbas kembali penglibatan Angelina dalam dunia ratu cantik, tahun lalu dia mewakili Ukraine ke pertandingan Miss Universe namun tidak berjaya mara ke peringkat separuh akhir.

Walaupun begitu dia tersenarai sebagai silver finalist dalam segmen Voices of Change dalam pertandingan berprestij itu.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI