Remaja warga Belanda berusia 13 tahun, Nathan Renze Chester yang hilang bersama tiga penyelam lain ketika menjalani aktiviti selaman di perairan Pulau Tokong Sanggol pada hari Rabu lalu telah disahkan meninggal dunia.
Nathan merupakan satu-satunya penyelam yang masih belum ditemukan selepas dilaporkan hilang.
Jurulatih warga Norway, Kristine ditemui oleh bot tunda Indonesia pada hari Khamis; manakala dua lagi mangsa iaitu ayah Nathan, Adrian Peter dan penyelam berusia 18 tahun, Alexia Alexandra ditemukan selamat pada jam 1 pagi hari ini oleh nelayan Indonesia. Cukup mengejutkan apabila jarak mereka dari lokasi terakhir mereka dilaporkan hilang adalah sejauh 70 batu nautika atau kira-kira 100 kilometer.
Ketika ditemui setelah ditempatkan di sebuah hospital swasta di Pasir Gudang untuk rawatan lanjut, Adrian mengesahkan bahawa anaknya, Nathan telah meninggal dunia.
ARTIKEL BERKAITAN : 2 Penyelam Remaja Di Mersing Berpengalaman
Perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Pengarah Maritim Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria yang berkata; Nathan yang masih hilang dilaporkan meninggal dunia oleh Adrian kerana mangsa terlalu lemah dan tidak mampu bertahan dengan situasi perairan. Lalu, dia dipercayai telah hanyut ke perairan Indonesia.
Begitupun, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia untuk membantu mencari remaja berkenaan.
Sumber : (1)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.