Vaksin atau penawar untuk mengubati koronavirus masih lagi tidak dijumpai dan ramai antara penyelidik dunia sedang bertungkus lumus bagi mendapatkan jawapan kepada wabak pandemik ini.
Namun, satu berita sedih yang diterima semalam apabila seorang profesor di University of Pittsburgh, Pennsylvania yang hampir membuat penemuan signifikan berkaitan COVID-19 ditemui mata pada hujung minggu lalu.
Menurut Astro Awani. penyiasat turut menemui mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti di dalam sebuah kereta di luar rumah Liu dan percaya lelaki tersebut menembak dan membunuh Liu sebelum membunuh diri.
Jurucakap polis berkata, siasatan awal menunjukkan kedua-dua mereka memang saling mengenali tetapi tidak ada bukti yang menunjukkan ia satu jenayah kebencian.
Pihak universiti meluahkan rasa sedih dengan kematian tragis itu dan menyifatkan Liu seorang penyelidik yang berdedikasi dan disenangi ramai.
Liu memperoleh ijazah kedoktoran dari Universiti Nasional Singapura, pernah bertugas sebagai penyelidik di Carnegie Mellon University, Pennsylvania, sebelum memulakan tugas di Fakulti Perubatan, University of Pittsburgh.
Pihak universiti menjelaskan bahawa Liu hampir membuat penemuan yang sangat penting untuk memahami mekanisme selular yang mendasari jangkitan SARS-CoV-2 dan asas selular dari komplikasi tersebut.
Walau bagaimanapun, pihak universiti juga memaklumkan anggota fakulti kini dalam usaha untuk menyelesaikan kajian Liu sebagai satu penghormatan buatnya.
Rata-rata netizen menyifatkan kematian Liu ini sebagai satu konspirasi dunia, namun sejauh mana kebenarannya? Wallahualam.
Semoga masih ada penyelidik lain yang dapat menemukan vaksin atau penawar bagi wabak COVID-19 ini.
Sumber: Astro Awani & CNN