Penyerang Muda JDT Syafiq Ahmad Dan Keluarga Terlibat Kemalangan, Anak Bongsu Terkorban.

Share

Sesungguhnya malang tidak mengenal sesiapa, salam takziah kami di meja editorial Remaja ucapkan kepada penyerang muda pasukan bola sepak JDT, Muhammad Syafiq Ahmad,25 tahun, yang terlibat dalam kemalangan pagi tadi.

Kejadian yang berlaku di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Sungai Bakap itu telah meragut nyawa anak lelaki bongsunya yang berusia 22 hari manakala isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25 tahun, dilaporkan cedera parah. Syafiq and anak sulungnya pula, Nur Aira Saffiyya, 2 tahun, dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.

Dalam kejadian itu juga turut terkorban ialah wanita warga tempatan Zainab Wahab (yang dipercayai sebagai ibu mentua Syafiq) dan seorang wanita warga Indonesia, Titik Sukamti. Kereta Toyota Vellfire yang dinaiki enam individu tersebut remuk selepas dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Seperti yang tertulis di dalam laporan, Pihak Bomba dan Penyelamat Negeri menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.36 pagi dan tiba dilokasi kira-kira 10 minit kemudian.

Tiga mangsa yang maut telah disahkan oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan manakala mangsa yang tersepit pula berjaya dikeluarkan kira-kira jam 6.10 pagi dan opersi ditamatkan pada jam 6.12 pagi.

Sumber & Foto: via Astro Awani

Published by
Fiezreen