Memiliki rumah impian ramai orang. Kalau duduk rumah sendiri, bagaimana nak hias dan bersihkan adalah mengikut citarasa sendiri. Tapi ada juga individu yang mempunyai rumah tetapi menyewakannya kepada individu lain untuk mendapat sedikit keuntungan dan jaminan masa depan.
Namun bagaimana kalau dapat penyewa terlalu pengotor? Korang nilailah sendiri ya satu perkongsian di fb ini yang menunjukkan penyewa dari neraka (bak gelaran diberikan) kerana rumahnya terlalu kotor umpama tempat pembuangan sampah dalam satu kejadian di Flat Bukit Gedong Bayan Baru Pulau Pinang ini.
Baca perkongsian dari individu yang menggelarnya Cleaner Kiriman Tuhan (maybe stres sangat kot bersihkan rumah ini).
Kisah Benar [PENYEWA DARI NERAKA 🔥]
Lokasi : Flat Bukit Gedong Bayan Baru
Date : September 2019
Sebelum ni dok tengok gambar viral rumah kotor jahanam disebabkan penyewa. Rasa macam tak logik sebab takkan la boleh kotor sangat. La ni dapat tengok sendiri ada manusia gila boleh buat rumah kawan kami teruk sampai macam ni. Total lost jahanam semua benda. Pening kepala oi bila nak start kemas tu. Mana nak mula!
Proses nak dapatkan balik kunci dari penyewa pun bukan senang. Kene report polis untuk keselamatan dan upah peguam segala baru bagi kunci. Kalau tak buat keras macam tu rumah dia. Dah la sewa tak bayar. Dah dapat kunci bukak2 pintu lagu ni. Haru betui. Satu rumah penuh sampah.
Malas nak cerita panjang hampa tengok la video kami2 kemas bagai nak gila. Kos sewa lori punggah sampah pun dah beribu belum nak baiki dalam-dalam lagi.
Kalau hampa ada niat nak bantu keluarga ini ringankan beban dia orang ni aku share acc no. Tak paksa sukarela. Aku tolong mana terdaya ja. Semoga dipermudahkan semua. Amin
Maybank : 164717036591 (Mohd Hasrol)
Ikhlas,
CLEANER KIRIMAN TUHAN #Travelerensem
Sumber : Penang Kini
Situasi Hiba Banduan Akhir Di Tempat Gantung, Ikuti Pengalaman Lelaki Ini Yang Pernah Bertugas Di Penjara Pudu
Masa budak-budak dulu, bila lalu dekat Jalan Hang Tuah memang seriau sangat tengok Penjara Pudu. Nak kata pernah masuk, tak juga. Tapi dek kerana selalu sangat dengar cerita orang tentang ‘seram’nya kawasan tersebut, tak pasal-pasal lalu tepi pun boleh jadi cuak.
Al-kisahnya, Penjara Pudu ni adalah di mana banduan-banduan ditempatkan sebelum mereka dihukum mati di tali gantung.
Ha, dengar pun dah seram kan.
Banyak cerita-cerita seram yang selalu kita dengar tentang peristiwa misteri yang berlaku di penjara ini. Sama ada benar atau tidak, wallhualam.
Namun, bukan kisah misteri yang kami nak kongsi kan di sini. Sebaliknya tentang bagaimana agaknya situasi tegang yang berlaku di sel penjara, tatkala penghuninya sudah tahu bahawa dia akan mati di tali gantung.
Ikuti pengalaman bekas pekerja yang pernah berkhidmat di Penjara Pudu sekitar 19 tahun yang dulu.
Bismillahirrahmanirrahim,
Saya ingin kongsi sahaja cerita di hari minggu ni..
Teringat zaman muda dulu pernah berkerja di Penjara Pudu kalau tak silap saya tahun 98 kot .. tak sure. Semasa itu penjara Pudu di ambil alih oleh syarikat swasta untuk kendalikan Penjara Pudu untuk jadikan pameran untuk orang ramai .
Tapi yang diselia kan tetap dari warga Jabatan Penjara Malaysia . Time tu Boss besar kami Tuan Aris dia dulu junior Atuk saya . Sebab dulu Atuk saya bekas warden Di Penjara Pudu.
Pendek kan cerita saya bersama sahabat baik saya jaga bilik akhir . (Bilik hukuman gantung) seronok betul time tu . Time muda2 suka betul part2 tempat macam tu .
Satu kawasan penjara pudu memang tapau habis la … corok mana semua dah pergi dan lepak. Kawasan yg tak boleh masuk pun kami masuk juga .
Banyak kisah yang pelik2 .. tapi tak apa la saya simpan lepak2 boleh la cerita ..
Banyak perkara yang saya belajar dan kesedaran semasa kerja di situ .
Lagi seronok Ex warden pula kenalan atuk saya lagi banyak cerita saya dapat dan rasai.
Ini pula cerita daripada ustaz,
nak cerita pasal bilik akhir sebenarnya..
“Jangan dihina pelaku maksiat kerana ada jalan taubat buat mereka di akhir hayatnya….bagaimana pula dengan kita.., apakah nanti ada ruang untuk bertaubat?” Ikuti kisah menyayat hati ini,
Antara manusia yg tahu bila dia akan MATI ialah, Banduan Akhir.
-Ada satu kes, dinamakan sebagai “Banduan Akhir”.
-Banduan akhir ialah banduan yg melakukan jenayah yg berat mengalami proses kehakiman kadangkala 2 tahun, 3 tahun, 5 tahun dan akhirnya akan dihukum dengan hukuman gantung oleh Hakim.
-Kalau hukuman gantung itu dibacakan pada hari Isnin, maka gantung hingga mati dilakukan oleh semua banduan akhir beragama Islam pada hari Jumaat.
-Apabila seorang banduan akhir dihukum gantung sehingga mati, maka namanya pada ketika itu akan menjadi banduan akhir dan biliknya akan diasingkan.
-Nama biliknya “Sel akhir”.
-Katakan lah Hakim jatuhkan hukuman hari Isnin, ketika itu baki kehidupan harinya ialah Selasa, Rabu & Khamis sahaja.
-Waktu Hakim baca : “maka ini dijatuhkan hukuman gantung sampai mati yg akan dilaksanakan pada hari Jumaat ini di antara jam 6 pagi hingga jam 7 pagi.”
-Ianya mesti prosedurnya begitu.
-Kalau hukuman dibaca hari Ahad, Jumaat dijatuhkan hukuman.
-Kalau Rabu, maka baki kehidupannya sehari sahaja lagi.
-Orang yang namanya banduan akhir ini, selesai Hakim membaca keputusan..,lutut dia dah tak boleh berdiri dah.
-Sebab apa tuan-tuan? Sebab dia masih boleh bernafas tiga hari sahaja. Dia hanya boleh bernafas empat hari sahaja.
-Air mata sudah berlinangan sejak dari Mahkamah lagi.
-Balik ke penjara, warden akan suruh asingkan barang-barang dan mesti dipindahkan ke sel belakang sekali seorang-seorang.
-Di ketika itu, kita akan tengok bagaimana banduan akhir menghabiskan kehidupannya.
-Sentiasa membaca Al-Quran.
-Bila ustaz Agama yg pergi di situ, majlis percakapan dan nasihat itu akan dipenuhi dengan tangisan air mata.
“Saya banyak dosa ustaz”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya.”
“Saya tinggalkan tanggungjawab saya pada ibu & ayah saya ustaz”.
-Pergilah waktu mana pun, kita akan tengok banduan akhir ini berdiri di depan Allah… sembahyang.
-Solatnya panjang, zikirnya banyak. Quraannya banyak mengadu pada Allah SWT.
-Kenapa? Sebab dia tahu umur dia lagi 3 hari, lagi 2 hari.
Tuan-tuan dirahmati Allah, bila sampai hari Khamis, esok Jumaat pagi dia akan digantung.
-Malam itu kita nak tidur lagi tuan-tuan? Tak tidur dah.
-Manusia yg tahu ajal nya , dia dah tak boleh tidur dah tuan-tuan.
-Sebab itu di antara rahmat Allah yg Besar adalah MERAHSIAKAN kematian kita supaya kita boleh makan, supaya kita boleh tidur, supaya kita boleh bermain dan sebagainya.
-Kalau dia tahu lagi sebulan ajal nya, nescaya sebelum sebulan lagi dia dah tak akan bermain lagi.
-Tapi Allah SWT merahsiakan kematian itu sebagai BUKTI dan RAHMAT Allah kpd saya dan kita semua.
-Banduan akhir ini, walaupun dibuka rahsia kematian oleh Allah, maka dia jauh lebih beruntung drpd kita semua.
-Sebab dia tau untuk bertaubat bila.
-Dia boleh bertaubat , Alhamdulillah.
-Majoriti manusia yg dibawa menghadap Allah TIDAK sempat bertaubat pada Allah SWT.
-Tak tau bila nak mati.
-Maka banduan akhir ini pada malam Jumaat, Alhamdulillah dia beruntung utk mengaku di hadapan Allah.
“Ya Allah aku berdosa di hadapan Mu ya Allah. Aku mengaku bahawa selama ini aku melakukan kesalahan kepadaMu ya Allah! Ya Allah ampunilah dosa aku ya Allah!!”.
-Maka datang drpd seluruh KEIKHLASAN dihimpunkan di dlm hatinya menghadap Allah. Untung dia.
-Esok pagi @ malam itu, banduan akhir ini akan diberi pilihan utk memilih makanan yg tidak melebihi lebih kurang RM 7.50 .
-Dia diberi pilihan boleh pilih sama ada Char kuew teow kah, nasi ayam penyetkah, cucur udang kah maka dia akn diberikan pilihan boleh pilih.
-Tuan² banduan akhir nak order apa? Kebanyakan banduan akhir TIDAK lagi akan memesan apa-apa makanan lagi. Dah tak lalu makan dah.
-Sebab esok hari bila dia bangun, bukannya bangun pun bahkan malam itu adalah malam yg dia tak akan tidur.
-Selalunya kes banduan akhir ini esok dia bangun selepas dia solat subuh, hukumannya MESTI di antara jam 6 hingga 7 pagi.
-Maka BENARLAH apa yg Allah sebut, dia sendiri tak tahu bila dia akan mati.
-Walaupun harinya dia akan tahu, tetapi minit ke berapa, saat ke berapa nyawa dia akan keluar dia tak tahu.
-Itu Rahsia Allah.
-Ya ..benar. Dia disarungkan tali di lehernya pada jam 6.47pagi contohnya tapi dia tak tahu saat ke berapa dia akan kehabisan nyawa.
-Esok paginya, banduan akhir akan diberi peluang utk bercakap dgn ahli keluarganya.
-Tuan-tuan bagi peluang bercakap dgn ahli keluarga tak ada ungkapan yg akan keluar. Hanya peluk dan nangis, peluk dan nangis. Dah tak boleh bercakap dah.
-Nak cakap apa pun dah tak boleh. Nak cakap apa lagi?
-Nak suruh jaga pokok bunga yg ayah tanam?
-Tak ada apa yg boleh dipesan di ketika itu. Yg boleh keluar hanya dua perkataan sahaja
“Maafkan ayah…Maafkan ayah”.
-Bila peluk isteri ,, “Maafkan abang, Maafkan abang”. Itu sahaja.
-Nak kemaafan sahaja di saat-saat akhir ini.
-Kemudian, dia akan dibawa ke situ lalu digantung.
ALLAH merahsiakan kematian itu utk saya dan kita semua agar sentiasa melakukan persiapan utk bertemu dgn Allah SWT.
Wallahua’lam.
Dengar saja pun dah boleh meremang bulu roma. Semoga kisah ini dijadikan teladan untuk kita semua. Kata orang, untung saja mereka mati di tali gantung kerana sudah tahu bila hari terakhir kita dan sempat bertaubat.
Tapi persoalannya, sanggup kah anda mati di tali gantung?
Sumber: Jazwan Kahar
Fans Patah Hati Lihat Gadis Cantik Di IG, Ini Jawapan Ikmal Amry
Kecoh bila Ikmal Amry memuat naik gambar seorang wanita di laman Instagramnya semalam. Rata-rata daripada pengikutnya meluahkan rasa ‘frust’ kerana menganggap wanita itu adalah girlfriend kepada pelakon Gantung The Series ini.
Mendapat lebih 24 ribu likes dan lebih daripada satu ribu jumlah komen, ramai peminat perempuan jejaka tampan ini sedih dan kecewa bila melihat gambar tersebut.
Lebih menakutkan lagi, ramai yang cakap nak bunuh diri bila tahu finalis Hero Remaja 2017 ini mempunyai teman wanita.
Persoalannya, benarkah seperti apa yang dikata oleh peminatnya? Jom kita dengar apa kata Ikmal Amry?
“Am terkejut bila mendapat pelbagai reaksi peminat dengan hanya satu gambar yang diupload semalam. Ada yang sampai nak bunuh diri disebabkan kononnya Am ni dah ada girlfriend,”
“Kami memang berkawan baik. Siapa yang kenal Am memang tahu keakraban kami. Tak salah kan kalau kita nak berkawan. Am juga faham dengan reaksi peminat bila gambar tersebut dimuat naik. Lagi pun, buat masa sekarang Am tak ada rancangan pun nak kahwin lagi,” jawabnya sambil tertawa.
“Tapi, nasihat Am kalau boleh korang janganlah buat main isu bunuh diri ni. Fokus pada pelajaran korang terlebih dahulu, lagi-lagi yang dah nak ambil SPM tu. Isu kesihatan mental ni memang serius. Kalau ada followers Am yang betul-betul berhadapan dengan masalah ini, jangan takut atau malu untuk dapatkan bantuan,” jelasnya lagi.
Hey chill girls, kumbang bukan seekor kan? Tapi kami pasti bahawa mereka ni main-main saja, sekadar nak meluahkan rasa kecewa. Hiks!
Apa-apa pun korang tetap sayang Ikmal Amry kan? Lagi pun, Am tak kata pun yang tu memang girlfriend dia kan? Sama-sama la kita tunggu..
Ceddy Ang Tidak Perlu Penjelasan Dua Pihak, “Dengar Dulu… Untuk Apa?”
Pempengaruh @ceddyornot atau Ceddy Ang baru-baru ini berkongsi sebuah video mengenai pendapatnya apabila ada segelintir individu yang meminta dirinya untuk mendengar dan memahami terlebih dahulu isu hangat yang sedang terjadi antara Palestin dan Israel.
Ceddy berkata, dia tidak boleh nak mendengar penjelasan dari kedua-dua negara selepas melihat dengan jelas rakyat Israel boleh bersuka ria, menari seperti badut dan menghancurkan beberapa bekalan yang diberikan. Sementara, rakyat di Palestin ramai sengsara, dibunuh, dan terpaksa menjalani hidup yang sukar akibat serangan Zionis Israel.
“I don’t want to listen to both sides. In fact I’ve tried” – @ceddyornot
“Sangat susah untuk saya untuk cakap semua ini baik-baik saja”
“Tahu tak bila masa yang awak boleh dengar dari dua pihak? Bila kawan atau orang tersayang awak tengah gaduh manja, bukan yang gaduh ganas tu ok. Tapi bila mereka datang mengadu masalah. Itu barulah awak boleh dengar dari dua pihak”
Menurutnya isu yang menimpa rakyat Palestin itu adalah termasuk dalam isu hak asasi manusia. Jelasnya lagi, sudah terang lagi bersuluh sudah ramai yang ditindas, bekalan bantuan disekat dan tidak sampai, malah mereka juga dihalau dari tanah air sendiri.
Artikel berkaitan: Daiyan Trisha Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa
Tambah Ceddy, “Adakah saya patut buat macam ni… Oh tengok orang di Rafah, tapi awak tahu tak? Jom tengok Israel macam mana pula? tak!”
Ceddy yang lebih dikenali sebagai CEO of Eating di media sosial itu tetap dengan pendiriannya. Dia juga menasihatkan agar lebih ramai lagi usahawan di negara ini menggunakan platform media sosial untuk menyebarkan kesedaran kepada orang ramai mengenai isu yang berlaku di Rafah.
Jelasnya lagi, isu ini sudah semakin tidak terkawal dan jika orang-orang seperti Israel boleh melakukan sesuka hati mereka. Adakah kita sanggup menanggung akibat seterusnya dan apakah kita yakin satu hari nanti negara kita terlepas dari hal sama yang berlaku kepada Palestin seperti saat ini.
Artikel berkaitan: Anak Bongsu Anwar Ibrahim Pamer Kain Rentang ‘Free Palestine’ Di Majlis Graduasi NYU
“So all eyes on Rafah and from the river to the sea, Palestine will be free” – Ceddy Ang
Sementara itu di ruangan komen, beberapa rakan selebriti dan pempengaruh turut bersetuju dan menyokong kelantangan Ceddy menyuarakan isu ini
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.