Penyingkiran Sembilan Orang Peserta HR2017 Buka Mata Peserta Terselamat

Share

Siapa sangka dalam tempoh masa dua minggu saja selepas episod debut program Hero Remaja 2017 ditayangkan di televisyen, seramai sembilan orang peserta telah disingkirkan sekaligus.

Bukan hanya 19 orang peserta yang berada di set ketika itu terkejut apabila perkara tersebut diberitahu oleh pengacara program, Scha Alyahya. Malah, rakyat Malaysia yang menonton juga seakan tersentak dengan keputusan tersebut.

HR2017 Episod Dua. Foto: Jazlan Nangar

Bertenang, kami punya jawapan mengapa perkara tersebut terjadi. Menurut wakil daripada team REMAJA dan pihak produksi, “No this is not a public masaccre, this is a competition. Dan di dalam mana-mana pertandingan, ada peserta yang terselamat dan ada yang akan disingkirkan.”

“Keputusan untuk menyingkirkan sembilan orang peserta sekaligus tidaklah bersifat kejam. Ini kerana pencarian Hero Remaja 2017 telah pun memasuki bulan kelima sejak Mei lalu dan REMAJA merasakan sudah tiba masa untuk kita kecilkan jumlah peserta selepas pelbagai aktiviti dilakukan bersama mereka. Ini untuk mencari hanya seorang Hero Remaja 2017.”

HR2017 Episod Dua. Panel juri untuk episod dua, Zaihani Mohd Zain, Scha Alyahya dan Pak Nil meneliti foto Amir Azhari. Foto: Jazlan Nangar

“Kami tahu, bagi penonton di rumah yang baru mengikuti siri ini di televisyen, mungkin ia kelihatan kejam. Tak kurang juga yang menyangkal produksi dengan mengatakan ia untuk menjana nilai tular di sosial media bagi menaikkan rating. Tidak, itu tak benar

. Para peserta sendiri sudah sedia maklum, untuk episod kedua ini mereka harus step up their games to the max bagi mengelakkan diri mereka tersingkir.”

“Malah, di akhir episod pertama, penonton dapat melihat seramai lima orang finalis sepatutnya sudahpun tersingkir. Namun, kami ingin penonton Malaysia melihat potensi yang ada pada lima orang finalis ini untuk satu minggu lagi. Disebabkan itu, mereka diselamatkan dengan syarat, mereka harus mencuba dua kali ganda lebih bagus untuk cabaran episod kedua,” tutur wakil dari team REMAJA.

Setengah Nyawa Di Flycycle

HR2017 Episod Dua. Foto: Nurul Niza

Di dalam episode kedua, para finalis telah dibawa ke cabaran fitness mereka di Flycycle. Bertempat di Sri Hartamas, mereka telah dicabar oleh jurulatih mereka, Zoraya Vadillo untuk membuktikan mereka punya stamina setaraf perempuan sepertinya. “If they are manly enough, they will man up!” cabar Zoraya.

HR2017 Episod Dua. Foto: Nurul Niza

 

HR2017 Episod Dua. Foto: Nurul Niza

Ternyata, kesemuanya tidak mahu mengalah kepada peserta yang lain apabila mereka cuba untuk tidak berhenti melakukan gerakan aktif di atas basikal selama satu jam tanpa henti. Walaupun ada tanda-tanda penat yang ketara di wajah finalis seperti Haziq Farid, Adam Yusuf dan Harris Annuar, namun mereka masih sedaya mungkin tak nak mengalah dek kerana ego seorang lelaki. Kudos guys!

HR2017 Episod Dua: Aziq Mukhriz dan Adam Yusuf di Flycyle. Macam semput je Adam hehe. Foto: Nurul Niza

 

HR2017 Episod Dua: Zoraya Vadillo di Flycycle, Sri Hartamas. Foto: Nurul Niza

“I felt really bad for them, TBH. (ketawa) Aktiviti berbasikal di Flycyle yang mengikut muzik ini adalah rejim senaman terbaru yang kami cuba perkenalkan kepada golongan remaja seperti mereka. Tiada lagi alasan untuk tidak bersenam, guys! Bukan hanya baik untuk stamina tetapi juga baik untuk upper body masing-masing.

Hero Remaja Juga Ada Emosi

Walau sekental manapun emosi mereka, siapa kata seorang lelaki tak boleh beremosi. Waima, untuk menjadi seorang pelakon, para finalis perlu menguasai emosi pada wajah dan gerak badan di hadapan lensa kamera.

HR2017 Episod Dua: Alif Muhaimin memenangi foto terbaik untuk minggu kedua. Foto: Remy Othman

Untuk cabaran photoshoot pada minggu kedua ini, mereka telah diberikan 19 jenis emosi yang perlu dilontarkan semasa beraksi di depan kamera. Hero Remaja menjemput jurugambar berpengalaman dari Kumpulan Media Karangkraf, Remy Othman untuk bersama-sama mentor finalis, Dynas Mokhtar.

Secara keseluruhannya, para finalis berjaya memahami emosi yang perlu ditonjolkan. Namun, ramai yang seakan teragak-agak apabila dikehendaki untuk beremosi, pose dan memastikan gambar mereka nampak cantik.

HR2017 Episod Dua: Ikmal Amry & Ilham Anuar Foto: Remy Othman

Jika dalam episod kedua, penonton dapat mendengar komen positif diberikan oleh panel tetap dan panel jemputan, Zaihani Mohd Zain kepada peserta seperti Rayyan Ezwazri (emosi: jatuh cinta) dan Alif Muhaimin (emosi: bosan). Namun, pujian telah diberikan oleh Dynas yang berada di set penggambaran kepada beberapa peserta lain.

“Saya rasakan ada beberapa peserta lain yang juga menonjol dan seperti kita katakan tadi, who stepped up their games. Contohnya seperti Irfan Akmal (emosi: kecewa) sehinggakan dia menangis di akhir penggambaran kerana terlalu into character!

HR2017 Episod Dua: Irfan Akmal & Safwan Nazri. Foto: Remy Othman

Razman Mahayuddin (emosi: bersahaja), Safwan Nazri (emosi: sakit hati) dan Ilham Anuar (emosi: marah) kerana senang untuk bekerjasama dengan mereka. Masuk saja ke set, terus mereka get into character dan tak pedulikan lagi apa yang berlaku di sekeliling,”komen Dynas.

“Ada yang memang berpotensi menjadi model dan pelakon tetapi masih saya lihat tak serius lagi, seperti Nabil Aqil (emosi: terkejut), Qaliff Qayyum (emosi: gembira) dan Amir Azhari (emosi: cemburu). Mereka ada pakej tetapi seharusnya pakej itu digunakan dengan lebih konsisten di dalam set.”

HR2017 Episod Dua: Qaliff Qayyum dan Nabil Aqil. Foto: Remy Othman

“Untuk Nabil Aqil yang masih berada dalam pertandingan, good luck. Dan untuk Qaliff serta Amir, saya percaya mereka boleh ke hadapan di luar sana selepas penyingkiran ini. Sama ada mereka hendak atau tidak saja,” tambah Dynas lagi.

So, do you agree with the the results? Apa-apa pun, undian untuk kategori Hero Favourite korang masih belum ditutup. Klik link http://www.remaja.my/vote/ untuk mengundi hero korang setiap hari. Ingat, SATU HARI SATU VOTE!

Published by
FZ