Penyokong Senegal Turut Terjebak Dengan Tabiat Pembersih Jepun Di Piala Dunia

Share

 

Semalam merupakan perlawanan kedua Jepun dalam pusingan kumpulan. Sekali lagi, penyokong Jepun menunjukkan displin tinggi dengan membersihkan sampah di kawasan tempat duduk mereka sejurus perlawanan tamat dengan skor 2-2 dengan Senegal.

 

Namun, apa yang berbeza kali ini adalah budaya pembersih itu turut melibatkan penyokong Senegal!

Walaupun bertarung di atas padang, nampaknya kedua-dua buah negara ini bersatu hati di tempat duduk penonton bagi memastikan Ekaterinburg Arena bersih sebelum stadium itu dikosongkan.

 

 

Sejak penyertaan Jepun dan penyokong mereka, the Blue Samurai di Piala Dunia 1998 di Perancis, tabiat pembersih mereka sudah diketahui ramai.

“Di Jepun, kami diajar untuk meninggalkan sesebuah tempat dalam keadaan lebih bersih berbanding semasa kami tiba di sana,” kata pemain pertahanan Jepun Maya Yoshida semasa sidang media.

“Semasa kami di tempat duduk penonton, kami ingin rasakan seolah-olah kami mewakili pasukan dan negara, so it is important to be a good representative

.”

Tidak hairanlah jika korang berjumpa penyokong Jepun yang membawa beg plastik besar bersama mereka.

 

* * * * *

 

 

Lebih membanggakan apabila penyokong Senegal juga berkata, mereka juga mengamalkan perkara tersebut semasa menonton perlawanan bola sepak di negara mereka.

Walaupun tidak mendapat liputan media ‘semeriah’ penyokong Jepun, pemerhati stadium memuji penyokong Senegal sewaktu perlawanan pertama pasukan Afrika itu di Stadium Spartak.

Selepas menewaskan Poland 2-1, penyokong Senegal tidak terus meninggalkan stadium tetapi membersihkan tempat duduk penonton terlebih dahulu.

“Kami ada kempen kebersihan di Senegal. Ia juga adalah sebahagian daripada sistem pembelajaran kami di sekolah,” kata salah seorang penyokong, Assane Dieng.

 

 

Seronok bila dapat melihat budaya baik seperti ini berleluasa.

Dekat Malaysia, bila lagi nak mulakan?

 

Published by
FZ