Penyanyi yang semakin mendaki carta lagu (dan hati peminat, gitu!) iaitu Kucaimars meluahkan rasa syukur setelah single debutnya, Jawab berjaya mendapat perhatian ramai. Malah ada juga peminat yang menekan butang follow di media sosialnya selepas mendengar Jawab untuk kali pertama.
Buat masa ini, Jawab sedang menduduki tangga ke-16 di Joox, 32 (Carta Lagu Hot) dan dalam Carta Lagu Baru Nak Up (Era.je). Not bad at all
untuk lagu pertama seorang penyanyi muda.Penyanyi berusia 22 tahun ini juga tak menyangka sambutan positif akan diterimanya melalui Jawab. Tambahan pula sejak muzik videonya dilancarkan pada akhir bulan Mac, Kucaimars turut dikenali melalui ruangan Trending YouTube.
“Saya bermula sebagai ‘penyanyi cover’ pun disebabkan minat. Tak sangka pula sokongan korang berterusan hingga ke single pertama ni.
Dia yang mengakui masih single buat masa ini menganggap kemunculannya di platform
mainstream kini sebagai rezeki. “Malaysia mempunyai ramai pelapis baru sekarang. Jadi saya anggap Jawab membawa rezeki itu kepada saya.”Seperti yang korang tahu, saya mula menyanyi sejak sekolah lagi bersama kumpulan Demarz. Malah untuk single kedua yang insyaAllah akan keluar selepas Aidilfitri nanti, saya akan menyanyikan lagu ciptaan saya semasa bersama dengan Demarz dulu.”
Whoa, maksudnya Kucaimars dah peram lagu tersebut sejak sekolah?
“Sudah terlalu lama saya simpan lagu kedua ini dan dah tiba masa untuk saya lancarkannya. Saya amat sukakan lagu ciptaan komposer hebat seperti Akim & The Majistreet (Jawab) tapi saya pun ingin mencuba sesuatu yang baru seperti lagu ciptaan sendiri.”
All the best Kucaimars!
Bagi semua Kucaiyang (nama rasmi peminat Kucaimars) jangan lupa untuk dapatkan Majalah Remaja keluaran April-Jun 2019 untuk melihat hasil penggambaran REMAJA bersama Kucaimars menerusi kolum His Looks.