Belum lagi temasya sukan terbesar di dunia bermula, Perancis sudah memulakan kontroversi apabila tuan rumah, Perancis telah mengeluarkan larangan memakai hijab untuk atlet wanitanya di Sukan Olimpik 2024 .
ARTIKEL BERKAITAN : Muskan Khan, Gadis 19 Tahun Berani Tuntut Keadilan & Perjuangkan Hijab Di India
Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Sukan Perancis, Amelie Oudea-Castera, di mana beliau menyatakan tiada anggota delegasi Perancis, terutamanya atlet, dibenarkan memakai tudung semasa beraksi di Sukan Olimpik.
Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab Di Olimpik 2024
“Wakil delegasi kami dalam pasukan Perancis tidak akan memakai tudung,” katanya.
Dia juga menegaskan larangan ini berlandaskan prinsip sekularisme negara yang memisahkan agama dan negara.
Peraturan Tidak Terpakai Kepada Atlet Negara Lain
Walaupun temasya sukan ini bakal berlangsung di Paris, peraturan tersebut tidak akan terpakai kepada atlet negara lain memandangkan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) sendiri membenarkan atlet memakai hijab pada Sukan Olimpik Paris 2024.
Kontroversi dan Kritikan
Kontroversi tersebut telah mendapat kritikan dari ramai pihak, terutama salah satu NGO terkemuka iaitu Amnesty International yang mendakwa tindakan tuan rumah itu sebagai diskriminasi terhadap kaum wanita yang berpegang teguh kepada salah satu perkara wajib dalam agama Islam.
Perancis Larang Atlet Muslimahnya Pakai Hijab Di Olimpik 2024
“Pihak berkuasa Perancis menjelaskan dengan tegas dan tanpa segan silu bahawa usaha mereka untuk meningkatkan kesaksamaan jantina dan keterangkuman dalam sukan tidak terpakai kepada satu kumpulan wanita dan gadis atau wanita dan gadis Islam yang memakai tudung kerana tuntutan agama,” kata Amnesty dalam satu kenyataan.
Kerajaan Tempatan Tetap dengan Keputusan
Meskipun mendapat desakan dan permintaan untuk memansuhkan peraturan tersebut, kerajaan tempatan tetap dengan keputusan mereka.
Isu Islamophobia Sebelum Ini
Untuk makluman, ini bukan kali pertama Perancis mengeluarkan arahan bersifat Islamophobia memandangkan sebelum ini mereka juga pernah melarang pemakaian abaya atau jubah oleh pelajar perempuan di sekolah.
BACA LAGI : Dua Atlet Cantik Pelarian Olimpik 2020 ‘Buka Mata’ Dunia, Kisah Istimewa Beri Inspirasi
Sumber: The Cut