Saban tahun, peminat dunia hiburan K-pop tidak sabar untuk menantikan sama ada grup kegemaran mereka mendapat tempat dalam senarai 10 terbaik.
Walaupun tahun 2020 sedikit suram akibat pandemik Covid-19 lalu memaksa kebanyakan grup dari Korea Selatan untuk ‘slow down’, ini tidak mematahkan semangat mereka dan kelab peminat masing-masing.
Buktinya, The Korean Business Research Instiute berjaya mengumpulkan data yang luar biasa membabitkan penyertaan peminat, media, interaksi dan lain-lain persepsi komuniti terhadap kumpulan masing-masing.
Kesemua data yang dikumpulkan sejak 9 September hingga 9 Oktober lalu ini kemudian dijadikan sebagai penanda aras kepada populariti mereka.
Jom lihat kumpulan manakah yang berada pada posisi pertama.
10
MONSTA X
Ads
09
Big Bang
08
Super Junior
07
SHINee
Ads
06
THE BOYZ
05
ASTRO
04
EXO
Ads
03
SEVENTEEN
02
NCT
01
BTS
Ya, BTS masih mendominasi carta, dunia K-pop dan hati peminat mereka. ARMY dikatakan sering mencari hal berkaitan konsert BTS, lagu mereka Dynamite dan sebarang berita baharu mengenai pengecualian BTS daripada aktiviti ketenteraan.
*
Tapi di antara BTS dan Blackpink, siapa yang paling digemari oleh netizen Twitter Malaysia?
Selalu kita tertanya-tanya agaknya betul ke jin ni wujud? Lagi-lagi pada zaman moden yang kononnya ramai bersikap acuh tak acuh dengan makhluk ghaib ni.
Menurut Khalifah Mail Online, secanggih mana pun teknologi dan perubahan zaman, makhluk yang bernama jin akan sentiasa ada walaupun tak semua yang berbuat jahat kepada manusia.
Persoalannya, dekat mana sebenarnya jin ni tinggal?
Dalam hadis-hadis Rasulullah SAW secara jelas ada menyebut bahawa di dunia ini ada tempat-tempat yang memang menjadi ‘port’ kegemaran jin. Nak tau dekat mana? Jom semak.
1. Tempat-tempat kotor
Antara tempat kotor yang sering dihuni jin adalah seperti tandas dan tempat pembuangan sampah. Oleh kerana itu, sebelum masuk tandas pun ada bacaan doa yang perlu dibaca bagi melindungi daripada jin-jin ini.
Namun begitu, menurut sebuah hadis ada mengatakan bahawa tandas yang kotor didiami oleh jin kafir, manakala jin Muslim pula berada di tandas yang bersih.
2. Lubang
Rasulullah SAW melarang umatnya kencing di lubang, sama ada lubang seperti sarang binatang atau yang seakan-akan dengannya kerana boleh mengganggu habitat dan menyakiti binatang tersebut.
Selain itu adalah kerana lubang juga merupakan tempat tinggal jin.
3. Tanah perkuburan
Tempat ini disukai jin kerana persekitarannya sunyi dan jauh daripada umat manusia yang ramai.
4. Kandang unta
Dalam hadis yang diriwayatkan Ibnu Majah dan Imam Ahmad, Rasulullah SAW membolehkan umatnya solat di kandang kambing namun melarang solat di kandang unta.
“Janganlah kalian solat dalam kandang-kandang unta kerana di sana terdapat syaitan, solatlah di kandang biri-biri kerana dia membawa berkat,” (HR Muslim, Abu Dawud dan Ibnu Majah).
5. Pasar
Jin juga suka tinggal di pasar sebagaimana hadis sahih Muslim, terutama pasar yang banyak mempraktikkan penipuan dan sikap tidak jujur.
6. Laut/Air
Jin kafir suka tinggal di laut. Malah, tempat iblis juga berada di lautan seperti yang tertulis pada hadis dalam sahih Muslim.
7. Dalam rumah
Jin yang tinggal di rumah manusia mungkin kerana tiga sebab ini iaitu yang pertama, manusia tersebut memang memelihara hubungan dengan jin.
Kedua, tidak sengaja mengundang kehadiran jin kerana kelakuan anggota keluarga mengundang jin, misalnya perbuatan syirik dan maksiat.
Ketiga, jin memang sudah ada di dalam rumah tersebut tanpa di undang. Ada jin yang tinggal untuk mengganggu keamanan rumah tangga penghuni rumah, namun ada juga jin yang hanya ‘menetap’ di situ tanpa mencampuri urusan dunia manusia.
8. Dalam masjid
Kadang-kadang ada juga kita dengar tentang kisah orang yang tidur di masjid berubah kedudukan kerana dipindahkan oleh jin tanpa sedar.
Maka, ini jelas menunjukkan bahawa mungkin jin memang wujud di dalam masjid, lebih-lebih lagi jin Muslim yang ingin menunaikan solat di masjid.
“Wahai Rasulullah SAW izinkanlah kami (para jin) untuk turut melaksanakan solat dengan cara berjemaah bersama di masjid mu.” Kemudian Allah menurunkan firmanNya, “Dan sesungguhnya masjid-masjid itu milik Allah, dan jangan sampai kalian menyembah seorang pun di dalamnya di samping menyembah Allah,” QS. Jin ayat 18 HR Ibnu Abi Hatim.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
9 tahun! Pada usia ini, kanak-kanak bersekolah dalam darjah tiga di sekolah rendah. Mungkin masih bermain games, sweet-sweet cinta dan sebahagian aktiviti lain.
Namun lain pula yang terjadi pada seorang kanak-kanak lelaki warga Kenya ini. Diusia semuda ini dia sudah berjaya mencipta satu mesin mencuci tangan bertujuan mengelak penularan jangkitan COVID-19 untuk kebaikan orang ramai.
Stephen Wamukota, 9, berkata mesin yang menggunakan bahan kayu itu membolehkan pengguna menekan pedal kaki untuk mengeluarkan air tanpa sentuhan sekali gus mengurangkan risiko jangkitan koronavirus tersebut.
Stephen mendapat idea tersebut setelah menonton televisyen mengenai cara mencegah penularan virus.
Kenya setakat ini merekodkan lebih 2,000 kes COVID-19 dengan 69 kematian.
Bapa kepada kanak-kanak genius, James Wamukota memberitahu mesin itu dicipta menggunakan kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap.
“Saya telah membeli beberapa kepingan kayu untuk membuat bingkai tingkap, tetapi ketika saya pulang ke rumah setelah bekerja saya mendapati Stephen telah membuat mesin itu.
“Konsepnya adalah milik Stephen, saya hanya membantu mengetatkan mesin dan sangat berbangga dengan hasilnya,” katanya memetik laporan BBC.
James yang bekerja membaiki barang elektronik berkata anaknya amat berminat dengan kerja yang dilakukannya. Beliau memuat naik mesin ciptaan Stephen di Facebook dan terkejut dengan perkongsian oleh netizen.
Menariknya, Stephen turut menerima Anugerah Perintah Perkhidmatan Presiden (Patriotik) pada Isnin lepas atas kejayaan mencipta mesin tersebut.
Kata kanak-kanak itu, dia mahu menjadi seorang jurutera apabila dewasa kelak dan Gabenor County telah berjanji akan memberikannya biasiswa.
Wa bagusnya, ini yang kita mahukan. Walaupun hanya menonton televisyen santai-santai namun tetap belajar sesuatu darinya.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sesi persekolahan secara bersemuka akan bermula pada 3 Oktober depan mengiut fasa dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan menggunakan kaedah penggiliran pelajar secara mingguan.
Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin juga mengumumkan pelajar tidak perlu mengenakan seragam apabila kembali ke sekolah nanti.
Namun begitu, pelajar haruslah memakai pakaian yang sesuai, sopan dan kemas. Pemakaian pelitup muka juga adalah diwajibkan. Ibu bapa dinasihatkan untuk memastikan status vaksinasi pemandu bas sekolah untuk anak mereka.
Sekolah di negeri bawah Fasa 4 dan 4 PPN dijangka akan dibuka semula mulai 3 Oktober depan, manakala pelajar di negeri bawah Fasa 1 dan 2 akan meneruskan pembelajaran dalam talian, kecuali bagi mereka yang akan menghadapi peperiksaan utama.
Hanya Sarawak, Negeri Sembilan dan Labuan merupakan negeri yang berada di Fasa 4 PPN, namun dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Sarawak, ia belum membayangkan sama ada mereka akan menuruti pelan kerajaan persekutuan atau tidak.
Negeri dan kawasan di bawah Fasa 2 pula ialah Kelantan, Melaka, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Terengganu, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Hanya Kedah dan Johor masih berada di Fasa 1.
Sama-sama kita doakan agar para pelajar yang menghadiri sesi persekolahan secara bersemuka ini dilindungi daripada segala bahaya penularan wabak COVID-19. Semoga mereka dapat membiasakan diri dan mengikuti sesi pembelajaran seperti biasa dengan lebih selesa.
Jurusolek terkenal tanah air, Syedewa, yang bertanggungjawab menata rias wajah pempengaruh Dewi pada majlis pernikahannya dengan suami, Jofliam, yang berlangsung Sabtu lalu, baru-baru ini...