Perayaan Utama Malaysia Tak Libatkan Balik Kampung Buat Kali Pertama, PM Minta Maaf

Share

 

Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi, tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilanjutkan selama 4 minggu lagi (WHOA!) sehingga 9 Jun kelak.

Walaupun kelonggaran telah diberikan kepada rakyat, namun PKPB masih diutamakan bagi membendung sebarang kemungkinan berkaitan penularan wabak Covid-19.

Menerusi PKPB, kebanyakan perniagaan dapat beroperasi semula mengikut SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: 23 Benda Dilarang Buat Semasa PKPB

Cumanya, satu perkara yang membuatkan ramai terkilan adalah larangan balik ke kampung sempena musim perayaan utama yang ditetapkan oleh kerajaan.

Ini termasuuklah perayaan Hari Raya Aidilfitri, Pesta Kaamatan dan Hari Gawai.

“Minta maaf banyak-banyak. Saya mohon ampun, demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita semua. Perjalanan balik kampung merentas sempadan negeri untuk beraya tidak dibenarkan.

“Walaupun negara kita sudah mencatatkan perkembangan positif dalam memerangi wabak Covid-19, kita masih belum berjaya sepenuhnya.

“Stesen TV dan radio bolehlah mainkan lagu Dendang Perantau sekali-sekala. Kalau dimainkan selalu, saya pun berasa sayu juga. Saya tahu ramai yang sedih tak dapat balik berhari raya di kampung. Bersabarlah, bila keadaan kembali pulih sedikit masa lagi, saudari-saudara bolehlah balik ke kampung halaman.

“Saya percaya, rakyat akan memahami keputusan ini dan berharap kerajaan terus mengambil langkah yang wajar untuk memerangi wabak ini,” jelasnya lagi.

Bersabarlah gaiss, ada rezeki kita akan bertemu juga dengan ahli keluarga masing-masing okay.

 

 

Published by
FZ