Penggunaan internet sangatlah penting kepada masyarakat terutamanya bila arahan Perintah Kawalan Pergerakan dikeluarkan oleh pihak kerajaan. Ramai yang bekerja dari rumah dan tak kurang juga, pelajar yang perlu belajar secara online.
Bila dah kena duduk rumah, kalau tak kerja pun bosan juga kan. So, apa yang boleh kita buat? Mestilah main Facebook dan tonton filem/drama secara online. Betul tak?
Maka, disebabkan itu kita perlu mengeluarkan kos yang lebih tinggi bagi data internet untuk kegunaan harian. Pernah tak korang terfikir berapakah harga data internet di negara-negara lain?
Agak-agaknya lebih mahal atau lebih murah?
Jom kita bandingkan harga data internet di negara-negara jiran Malaysia.
Singapura mempunyai dua ISP besar iaitu Singtel dan Starhub. Kedua-duanya menawarkan perkhidmatan ultra pantas dengan tawaran kelajuan 1GB/s (1000mb/s) pada harga rendah. Singtel menawarkan kelajuan tersebut tanpa had dengan bayaran bulanan SGD49.40 atau sekitar RM151.90 dengan keperluan kontrak selama 2 tahun.
Manakala, Starhub pula lebih murah memberikan kelajuan yang sama pada harga SGD39.90 atau RM121.90 dengan kontrak 2 tahun juga. Mereka turut menawarkan pakej kelajuan 2Gb/s pada harga SGD62.90 atau RM191.40.
Negara ini mempunyai pelbagai jenis perkhidmatan ISP disebabkan sistem yang diamalkan kerajaan Thailand, membenarkan ISP saling bersaing antara satu sama lain dalam pasaran terbuka. True Online Internet merupakan pendahulu pasaran dan mempunyai jumlah langganan terbesar.
Pakej paling murah yang ditawarkan adalah pakej 200mb/s tanpa had pada harga RM80.50. sekiranya dibandingkan dengan Singapura, pakej 1gb/s di Thailand jauh lebih baik kerana hanya dengan bayaran bulanan RM175 sebulan, pengguna akan mendapat sambungan 1 Gb/s tanpa had, saluran televisyen lengkap dengan langgan sukan serta sambungan hotspot sebanyak 30gb sebulan.
Indonesia mempunyai pelbagai jenis tawaran ISP dengan IndiHome yang ditawarkan oleh Telkom Indonesia. IndiHome menawarkan pakej 10mb/s untuk pengguna pada harga IDR300,000 sekitar RM86.80 sebulan. Untuk pakej tersebut, pengguna mendapat 300 minit percuma panggilan serta ruangan simpanan dalam clouds sebanyak 16gb.
Untuk kelajuan 100mb/s, pengguna IndiHome perlu membayar harga IDR885,000 atau RM256.10.
Perbandingan dibuat antara PLDT atau Philippine Long Distance Telephone Company yang seakan sama dengan di negara kita menerusi TM. PLDT menaarkan pakej internet dengan pilihan antara 50mb, 100mb, 150mb dan yang terlaju 300mb/s.
Untuk melanggan pakej 50mb/s sebulan, pengguna PLDT perlu membayar bil sebanyak P2499 atau RM211.15. pengguna juga akan menerima saluran TV digital 55 beresolusi SD serta saluran HD dan talian telefon tetap.
Nah, korang rasa macam mana? Berbaloi tak dengan harga bulanan yang korang bayar untuk data internet di rumah?
Sumber: Iluminasi