Entah perbuatan individu mana yang sakit jiwa melihat lukisan mural indah yang memaparkan wajah pemimpin negara termasuk DYMM Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menjadi mangsa contengan individu biadap.
Hari ini kecoh di media sosial wajah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin termasuk wira negara dalam tangani isu COVID-19, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah termasuk wajah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang turut ditulis perkataan yang mengaibkan “ba**.
Dalam satu perkongsian oleh individu ini beliau berkongsi bagaimana lukisan mural yang memaparkan wajah beberapa pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam telah menjadi sasaran vandalisme oleh individu yang tidak bertanggung jawab malam tadi.
Menerusi gambar yang disebar di media sosial, mural tersebut diconteng dengan perkataan menghina seperti ba** dan bangsat.
Ternyata netizen mengecam perbuatan tersebut dan mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian itu kerana perbuatan ini dianggap sebagai terlalu biadap.
Sebelum ini mural tersebut dilukis oleh pelukis kelahiran Terengganu, Suhaimi Ali sebagai tanda menghargai jasa dan keprihatinan wira negara dalam menghadapi pendemik Covid-19.
Boleh ke perlakuan begini hanya dikenakan hukuman khidmat masyarakat sahaja?
Carian REMAJA berkaitan akta vandalisme telah menemukan sesuatu yang perlu kita fikirkan bersama.
Dalam satu kenyataan yang pernah disiarkan di BERNAMA pada 31 Disember 2018, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Tan Sri Lee Lam Thye mencadangkan supaya melaksanakan hukuman khidmat masyarakat kepada mereka yang melakukan perbuatan vandalisme bagi menimbulkan rasa malu dan takut dalam kalangan pelaku.
Tan Sri Lee Lam Thye berkata penguatkuasaan hukuman itu dilihat sebagai cara yang lebih berkesan berbanding hukuman lain terutama kompaun dan denda.
Ads
"Saya berharap Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin akan bertindak memastikan pelaksanaan hukuman khidmat masyarakat oleh semua pihak berkuasa tempatan terhadap mereka yang melakukan vandalisme.
"Undang-undang kecil berkaitan vandalisme yang dikuatkuasakan oleh pelbagai pihak berkuasa tempatan tidak mencukupi dan efektif bagi menangani masalah itu," katanya dalam satu kenyataan.
Lee menjelaskan, pada masa ini pesalah dikenakan hukuman mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa sesiapa yang melakukan kerosakan yang menyebabkan kerugian bernilai RM25 ke atas boleh dipenjara antara satu hingga lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Menurut Lee, sudah tiba masanya untuk Akta Vandalisme diperkenalkan agar hukuman khidmat masyarakat diwajibkan manakala hukuman rotan dikenakan kepada pesalah tegar.
Ads
Beliau berkata langkah itu boleh dilaksanakan kerana Perkara 6 Perlembagaan Persekutuan yang melarang pekerjaaan secara paksa, telah dipinda beberapa tahun lepas.
"Mereka yang didapati bersalah melakukan sebarang perbuatan vandalisme hendaklah melakukan khidmat masyarakat mengikut bilangan jam yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa berkenaan.
"Ia merupakan hukuman yang bertujuan memberi manfaat kepada masyarakat yang menerima kesan akibat tindakan pelaku.
"Hakim selalunya memerintahkan pesalah melakukan khidmat masyarakat sebagai tambahan atau ganti kepada hukuman lain, seperti penjara atau denda," katanya.
Beliau berkata, meskipun tahap vandalisme di negara ini tidak begitu membimbangkan, namun tahap kerosakan kemudahan awam adalah serius dan menjadi ancaman sosial sekali gus mewajarkan undang-undang ketat untuk menangani masalah itu.
Pada pandangan korang, sesuai ke orang yang sakit jiwa begini dikenakan khidmat masyarakt sahaja atau perlu diberi “hukuman”? Rasa-rasa macam mana?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Apa saja yang dilakukan oleh Noor Neelofa Mohd Nor, pastinya mendapat perhatian pihak media dan orang ramai. Bukan hanya bergelar seorang pelakon, hos dan ahli perniagaan, selebriti yang merupakan idola anak muda ini sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada masyarakat.
Mempunyai pengikutnya yang tersendiri, Neelofa mengambil kesempatan ini untuk melakukan kolaborasi bersama aplikasi digital Islamik global, Muslim Pro menerusi Makna By Lofa.
Projek baru merakamkan makna al-Quran melalui audio suaranya yang membaca setiap maksud bagi ayat suci al-Quran ini adalah satu inisiatif yang dilakukannya kerana kurangnya maksud ayat-ayat al-Quran yang ditulis dalam Bahasa Melayu.
Korang boleh mendengar rakaman makna ayat suci al-Quran dalam juzuk 30 atau Juzuk Ammar oleh Neelofa ini bermula 9 Ogos dan khabarnya, akan hadir dengan fasa kedua dan ketiga bacaan maksud surah-surah terpilih serta bacaan seluruh ayat al-Quran.
Alhamdulillah, ini merupakan satu inisiatif yang boleh membantu anak muda untuk lebih dekat kepada al-Quran. Dunia, dunia juga tapi akhirat jangan sesekali dilupakan. Betul tak?
Thumbs up Lofa!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah lama rakyat United Kingdom dan wilayah di bawah takluknya berteka teki tentang kesihatan Putera Philip akhirnya baginda telah disahkan menghembus nafas yang terakhir setelah gering berbulan lamanya hari ini. Baginda yang diputerakan pada 10 Jun 1921 akan menyambut hari kelahirannya Jun nanti.
Dalam satu kenyataan rasmi Istana, “Dengan rasa dukacita yang mendalam, Yang Mulia Ratu mengumumkan kematian suaminya yang tercinta, Yang Mulia Putera Philip, Duke of Edinburgh dengan tenang pagi ini di Istana Windsor. Pengumuman lebih lanjut akan dibuat tepat pada waktunya. Keluarga DiRaja akan bersama dengan orang-orang di seluruh dunia untuk meratapi pemergiannya.”
Putera Philip setia menemani isteri baginda, Queen Elizabeth II ke mana-mana acara sebelum mengambil keputusan bersara pada tahun 2017.
Sebelum ini Putera Philip telah dimasukkan ke Hospital King Edward VII di hospital London pada 17 Februari setelah kesihatannya merosot. Istana kemudian mengesahkan bahawa baginda dirawat kerana jangkitan.
Kemudian, pada 1 Mac, baginda dipindahkan ke Hospital St. Bartholomew, juga di London, yang mana para doktor terus merawat jangkitan tersebut dan juga melakukan ujian untuk memantau keadaan penyakit jantung yang sudah dihidapi baginda. Selepas pembedahan, baginda dikeluarkan dari hospital pada pertengahan Mac untuk berehat di Istana.
Perkahwinan baginda berdua dikurniakan empat orang cahaya mata. Charles, Anne, Andrew dan Edward.
Dikenali dengan gelaran rasmi Duke of Edinburgh, baginda adalah putera Inggeris yang paling lama berkhidmat setelah mengahwini isterinya. Baginda mengahwini Queen Elizabeth (ketika itu Puteri Elizabeth) pada tahun 1947. Perkahwinan baginda berdua ketika itu menjadi satu momen manis biarpun dunia masih bergolak akibat kerosakan Perang Dunia II.
Dalam tujuh dekad perkhidmatannya, Putera Philip sering menemani Ratu dalam sebarang acara kerajaan, dan melakukan ribuan penampilan solonya sendiri. Untuk pengetahuan pembaca baginda dilahirkan sebagai Putera kerajaan Greece dan Denmark sebelum meninggalkan negaranya ketika berusia 18 bulan disebabkan pergolakan yang berlaku di negaranya ketika itu.
Mungkin jarang-jarang berlaku kejadian seperti ini. Yang banyak kita baca kebanyakan perompak jenis tak berhati perut. Malah ada sampai libatkan bunuh jika niat mereka terhalang. Tapi dalam satu kejadian yang tular ini di Pakistan ini nampaknya perompak masih berhati perut. Bila melihat mangsanya seorang penghantar makanan menangis lepas kena rompak, perompaknya pulangkan balik hasil rompakan dan sempat memeluk mangsa.
Dilaporkan oleh World Of Buzz, kisah perompak yang tak tahan melihat air mata ini berlaku di Karachi, Pakistan. Dalam video dirakam CCTV ini kelihatan dua orang lelaki bermotosikal telah merompak seorang penghantar makanan Food Panda yang dilihat sedang berdiri di pinggir jalan semasa insiden ini terjadi.
Ketika penghantar makanan itu mahu menaiki motosikalnya, kelihatan dua lelaki bertopeng menghadang jalannya dan kemudian terus merompak rider berkenaan. Tidak pasti apa dibicarakan, mungkin mengakui itulah saja wangnya, penghantar makanan itu terus menangis dan dia dilihat menyeka air matanya. Tidak sampai hati, perompak itu kemudian memberi semula hasil rompakannya dan dilihat memeluk mangsa (mungkin tanda meminta maaf) kerana melakukan perbuatan tersebut.
Dan ternyata, video rakaman CCTV ini menjadi viral apabila berita ini dimuat turun berita Pakistan. Video ini turut ditonton di twitter dengan 11,000 tanda suka dan 4000 komen.
Ramai netizen mempercayai perbuatan perompak itu terpaksa dilakukan kesan dari pendemik COVID-19 yang banyak melumpuhkan ekonomi dunia dan ramai orang hilang pekerjaan.
Menurut laporan Daily Times awal Jun ini, Kementerian Kewangan Pakistan telah mengakibatkan 3 juta orang hilang pekerjaan. Bahkan kadar kemiskinan di negara tersebut mencapai 33.5 peratus. Tiga juga penggangguran akibat COVID-19 itu di mana satu juta dari mereka bekerja dalam industri dan selebihnya sektor perkhidmatan.
Melucukan netizen turut membuat kesimpulan sesame mereka bahawa mangsa korban dan perompak adalah mangsa dari pandemic COVID-19.
“Kadang hal-hal kecil boleh membuat perbezaan besar. Rasa kemanusiaan boleh menyelamatkan kita.
“Walau ia satu tindakan kecil tapi perkara kecil beginilah boleh membuat kita menangis. Ia memberitahu kita bahawa yang buruk bukan selalunya jahat, mungkin terpaksa,”kata netizen.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun baru sahaja membuat persembahan bertenaga sehingga mencuri perhatian para penonton di Coachella 2025, Lisa BLACKPINK membuat keputusan mengejutkan apabila menolak jemputan untuk tampil...