Hari ini viral di media sosial kisah seorang wanita jelita Atyn Junaidi. Jika dilihat kepada kecantikan wajahnya serta pekerjaannya iaitu sebagai pramugari di sebuah syarikat penerbangan yang mana semua sedia maklum agak berperwatakan lemah lembut, tentunya tidak percaya kepada kisah silam yang pernah dilaluinya.
Menurut Atyn Junaidi, dia pernah bergelar pengkid suatu ketika dahulu. “Ia sesuatu yang membuang masa”, jelasnya pada pada kapsyen gambarnya yang tular di media sosial.
Ramai pengguna twitter seakan tidak percaya bahawa suatu ketika dahulu dia pernah bergelar pengkid dan ramai yang memuji betapa cantiknya dirinya serta mereka turut mendoakan dia dan suaminya berbahagia hingga ke jannah.
Dalam satu tulisannya, Atyn berkata, dia sendiri yang mahu berubah ke arah yang lebih baik dengan secara perlahan-lahan dan alhamdulillah dia berjaya melakukannya.
Kata Atyn lagi, sejak di bangku sekolah, dia memilih menjadi tomboy dan bila habis sekolah dia memilih menjadi pengkid pula.
“Saya memang pernah jadi pengkid dulu, tapi tak lama. Mula dari tomboy masa sekolah dan lepas sekolah saya ambil keputusan jadi pengkid. Mula umur 15 tomboy, habis sekolah umur 18 tu dah jadi pengkid sampai sambung pengajian.
Dalam satu temubual di Mstar Online, Atyn berkata, keluarga begitu gembira dengan perubahan ditunjukkannya.
“Dulu keluarga pun bising tapi mereka memang tahu saya ramai kawan lelaki, saya tak ada kawan perempuan. Jadi lama-lama mereka pun faham. Bila berubah jadi perempuan balik, mereka gembira. Perangai kasar saya masih macam dulu cuma pemakaian saya perlahan-lahan ubah,” ujarnya lagi memaklumkan setiap orang itu mempunyai kisah kehidupan mereka yang tersendiri dan hanya masa yang akan menentukan takdirnya.
Menurut Atyn lagi, dia sama sekali tidak menyangka perkongsian itu bakal mendapat perhatian ramai sehingga ia tular di laman Twitter.
Idea untuk membuat perkongsian mengenai transformasi itu juga timbul sewaktu dia membelek gambar lamanya yang jauh berbeza dengan dirinya sekarang.
“Bila scroll gambar-gambar lama, end up saya dah kahwin, macam tak percaya pula saya boleh berubah dengan drastik,” ujar Atyn.
Perkongsian kisah hidupnya ini menjadi tular dan mendapat lebih 12.1 k retweet dan lebih 12k perkongsian. Pernah menggunakan nama glamer iaitu Akym Junaidi, bagi Atyn ia semua kenangan.
Ternyata hidayah itu milik Allah. Jika Allah mengkehendakinya maka akan terjadi. Moralnya, siapa kata kita tidak mampu berubah kerana semua perubahan itu terletak pada hati. Orang sekeliling hanya membantu dengan kata-kata dan doa.
Sumber : Atyn Junaidi