Berita

Percuma & Berbayar, Tonton Aksi Atlet Malaysia Di Sukan Olimpik Paris 2024 Menerusi Dua Saluran Ini

Share

Hanya tinggal kira-kira seminggu sahaja lagi sebelum temasya sukan terbesar di dunia, Sukan Olimpik akan membuka tirainya di Paris, Perancis.

Sebagai rakyat Malaysia yang berjiwa kenegaraan dan meminati aksi sukan, tentunya kita semua ingin memberikan sokongan padu serta menyaksikan sendiri detik-detik wira dan wirawati negara berjuang di atas gelanggang demi mengharumkan nama Malaysia.

Biarpun tidak berkesempatan untuk ‘terbang’ ke Paris, jangan risau kerana dua saluran televisyen negara akan membawakan Paris 2024 kepada kesemua peminat sukan tanah air.

Astro mengumumkan peranannya sebagai penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula 24 Julai sehingga 11 Ogos 2024 menerusi saluran utamanya di Astro ARENA (saluran 801 dan 802 HD).

Disamping itu, 18 lagi saluran eksklusif ada menyediakan tayangan aksi Sukan Olimpik dalam format HD melalui pelan yang telah dilanggani. Astro turut menggalakkan korang untuk melanggan aplikasi Sooka bagi menikmati 18 saluran tersebut dan para pelanggan NJOI juga boleh mengaktifkan Pek Pemula masing-masing untuk menonton menerusi 12 saluran.

Secara tidak langsung, korang boleh menikmati liputan komprehensif pelbagai acara sukan yang dipertandingkan dengan fleksibiliti sama ada untuk menonton di kaca televisyen mahupun di alat peranti seperti telefon pintar dan tab di mana-masa sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Jin BTS Bawa Obor Sukan Olimpik Paris 2024, Wakili Korea Selatan – REMAJA

Unifi TV Tawar Siaran Sukan Olimpik Percuma

Turut meraikan semangan kesukanan 25 atlet Malaysia yang bertanding di Sukan Olimpik Paris 2024 ialah Unifi TV yang juga telah dinamakan sebagai penyyiar rasmi temasya berkenaan.

Unifi TV menawarkan akses tonton bermula 24 Julai sehingga 12 Ogos melalui aplikasi Unifi TV, juga tanpa mengira di mana jua korang berada.

Dengan 17 saluran HD khusus untuk penyiaran 32 acara sukan, rakyat Malaysia termasuklah pelanggan bukan Unifi boleh memuat turun dan mendaftar untuk perkhidmatan percuma menerusi aplikasi Unifi TV.

Istimewa buat pelanggan sedia ada dan baharu Unifi pula, korang akan diberikan akses menonton siaran langsung, temu bual eksklusif dan akses belakang tabir melibatkan atlet serta sukan kegemaran korang tanpa caj tambahan.

Untuk peminat sukan yang ingin melanggan Astro Baharu, kunjungi sahaja astro.com.my. Manakala yang ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai tayangan Sukan Olimpik boleh melayari unifi.com/paris2024.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Published by
FZ