
Seiring dengan perancangan ramai rakyat Malaysia untuk bercuti di dalam negara pada waktu ini, jenama pakaian sopan (modest wear) LILIT. telah memperkenalkan satu lagi koleksi istimewa hasil kolaborasi bersama pereka fesyen tempatan terkenal, Nurita Harith.
Koleksi yang bertemakan ‘Slightly Sentimental’ ini telah memetik inspirasi daripada pengalaman percutian Nurita sendiri sewaktu beliau berada di Cape Town, Afrika Selatan.
Dengan kekayaan nilai alam semulajadi seperti kawasan pantainya, laut yang membiru serta rona langit pelbagai warna yang menjadi latar indah pada waktu senja, koleksi yang boleh dijadikan sebagai persalinan bercuti ataupun Pra-Aidilftri korang ini lengkap dengan pilihan blaus, seluar, gaun, hijab dan juga aksesori bucket bag dalam enam pilihan warna.
Kata Nurita sewaktu ditemui pada majlis pelancaran koleksi LILIT. X Nurita Harith baru-baru ini, beliau merasakan dirinya merasa bebas dan paling gembira sewaktu berada di sana. Keindahan alam semulajadinya membuatkan hati meronta ingin kembali semula ke sana bagi menggamit memori baharu bersama yang tersayang.
Menerusi peluang mencipta koleksi ini, dia berharap imej tersebut dapat disampaikan dengan penggunaan warna lembut, menenangkan dan mudah disuai padan mengikut keperluan acara.
Jom lihat beberapa ‘look’ yang REMAJA gemari.
Harapnya, korang masih boleh mendapatkannya di stor atas talian LILIT. atau di aplikasi LILIT. yang baru saja dilancarkan. Muat turun di Apple & Google Play Store sekiranya korang tidak berkesempatan untuk mengunjungi mana-mana lima stor fizikal LILIT. di sekitar Lembah Klang untuk mendapatkannya.
Watch on TikTok
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Produk Terbaik Untuk Korang Cuba, Lelaki Ini Kongsi Rahsia Atasi Liang Pori Terbuka

Liang pori yang kelihatan pada wajah merupakan bukan hanya masalah perempuan, malah kaum lelaki juga turut stres mengalami situasi yang sama.

Macam-macam petua yang diberikan dan antaranya adalah letas ais, timun atau kiub tomato pada wajah. Ya, memang berkesan tetapi hanya menjadi untuk beberapa minit saja sebab kulit mengecut kerana bahan sejuk tadi.
Dah nak tahun 2021 pun, jom baiki pori dan kulit korang agar lebih sihat ditahun depan.
Oleh itu, perkongsian kali ini dibuat oleh Herry Rozular tentang tip kurangkan masalah pori terbuka mengunakan produk yang boleh korang dapatkan di drug stores.
So ini tipnya:
1. CLEANSING OIL.

Menurut perkongsian lelaki ini, untuk mendapatkan kulit yang sihat dan pori bersih wajib mengunakan cleansing oil. Kita buat double cleansing method. Ramai sangat tanya if tak pakai makeup still boleh double cleansing pakai cleansing oil ke? Iye boleh. Even tak pakai makeup sekali pun, kita still nak buang sunscreen, kotoran, habuk2 yang melekat kat skin.
Why cleansing oil? Sebab kotoran yang berminyak lagi efektif dibuang oleh minyak. Kiranya mcm kotoran berminyak hanya boleh dibuang oleh minyak jugak. Biasa saya buat double cleansing malam je. Lepas dah pakai cleansing oil ni bilas muka then pakai cleanser biasa kita pulak on 2nd step. Trust me your skin will definitely bersih and jarang nak naik jerawat sebab pores bersih
2. SCRUB/CHEMICAL EXFOLIANT.

Tip kedua ialah dengan rutin melakukan exfoliate. Seminggu sekali atau dua kali wajib lakukan. Paling penting jangan pilih atau pakai scrub kasar! Kalau tak berapa mahir lagi nak pakai chemical exfoliant pakai je scrub biasa. Cari yang halus je dan jangan scrub kasar-kasar.
Kita exfoliate ni boleh bersihkan pores sekaligus elakkan dia clogged. Bila pores clogged muncul la macam macam benda blackhead la whitehead la, jerawat la. Plus if kita kerap exfoliate bukan je skin makin halus tapi sebenarnya parut pun lama lama boleh pudar tau tak? So jangan malas! But please jangan scrub hari-hari tak boleh 😣 bila pores bersih, memang tak ketara sangat nampak pores kita.
3. CLAY MASK

Ini wajib bagi mereka yang ada oily skin. Biasa orang oily skin ni memang akan ada masalah open pores ni. Fungsi clay mask ni dia nak sedut segala kotoran aka excess sebum yang boleh sumbat pori. For me, seminggu sekali cukup la tu clay mask. Since my skin oily, saya suka sangat pakai clay mask sebab memang lepas basuh nampak pores tu minimize sangat2. Kalau skin awak dry/normal/combi pun boleh pakai juga. Cuma for dry skin please make sure jangan pakai lama ye. Pakai je 10 minit cukup tak payah tunggu dia fully kering kita taknak dia sedut semua benda sampai skin kita jadi makin dry
4. ESSENCE/SERUM

Terlalu banyak essence/serum yang boleh cari di market khas untuk pores. Paling penting lelaki ini menyarankan untuk cari yang ada salicylic acid or niacinamide. Ha ini kerana ia sangat bagus untuk minimize dan pastikan pores bersih.
So lepas ni nak beli pape please jangan sebarangan beli je. Nak beli, check or baca label dulu ye. Sebab kadang tu orang dia ada masalah pores tapi beli benda yang tak membantu for minimizing pores. Oh satu lagi lupa, dah pakai segala benda kat atas jangan lupa sunscreen ye. Sunscreen bukan juga mampu halang pores besar tapi elak kedut, sunburn dan banyak lagi.
Amacam, familiar tak dengan produk-produk ni? Mesti selalu jumpa dekat drugstore kan. Ha, apa lagi pergi la cari. Hiks!
Sumber : Herry Rozular
Faktor Hormon Galak Jerawat Badan, Atasi Masalah Ini Dengan 14 Cara Mudah

Isi Kandungan
ToggleMasalah jerawat bukan saja hanya di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di anggota badan seperti dada dan bahagian belakang badan.
Ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada tumbuh di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan anda. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi segera.
Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat di bahagian belakang badan daripada usia belasan tahun dan awal 20 ‘an.
Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan. Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.
Jadi, jom amalkan 14 cara ini untuk menghilangkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.
1. Banyakkan minum air

Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan disingkirkan.
2. Rajin mandi
Debu dan kotoran yang lekat pada kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.
3. Jangan gosok kuat-kuat
Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada menggosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.
4. Ubat-ubatan
Gunakan ubat-ubat yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sembarangan takut masalah akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.
5. Jangan malas ganti baju
Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian kamu. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
6. Bagi ruang pernafasan pada baju
Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat.
7. Pakaian serap peluh
Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.
8. Jaga pemakanan
Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh.
9. Ruang peribadi
Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur. Jangan biarkan bilik berhabuk. Pastikan semua alatan peribadi dalam keadaan bersih.
10. Air sirih
Sirih mengandungi antiseptik yang semula jadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sirih sekurang-kurangnya sehari sekali.
11. Kulit kayu manis
Cara mengaplikasikannya senang saja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usap kan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.
12. Kawal emosi dan stres
Sesetengah dari jerawat timbul daripada ketegangan dan stres emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin daripada penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.
13. Jangan tidur dalam keadaan berpeluh
Masalah jerawat di belakang badan juga sering kali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh). Maka, jangan jadikan bilik anda panas seperti sauna ye
14. Elakkan berpanas
Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas tidak elok untuk kulit kamu. Pasti kan anda menghindari cuaca ekstrem ini, terutamanya pada waktu tengah hari.
Dari Melaka Bawa Nama Ke KL Fashion Week, Dua Beradik AkuDesign Jual Baju T Di Universiti Hingga Miliki Butik Sendiri

Isi Kandungan
ToggleSaban tahun musim KL Fashion Week (KLFW) menjengah, salah satu tumpuan acara tentunya adalah untuk mengetahui jenama baru manakah yang akan melakukan kemunculan debut mereka di pentas fesyen berprestij tempatan itu.
Buat edisi ke-12 pada tahun ini, slot tersebut diberikan kepada jenama fesyen streetwear yang berasal dari Melaka iaitu AkuDesign.
Tampil dengan koleksi Behind The Block, AkuDesign yang diasaskan oleh Amirel Amen Anuar (atau mesra dengan panggilan Kasu) bersama abangnya, Afiq Afify Anuar telah mengambil peluang untuk mempertontonkan identiti serta kreativiti jenama mereka itu dengan penuh bergaya.

Sebilangan besar helaian-helaian dalam koleksi khas Ogos/September ini terdiri daripada helaian asas yang boleh korang stailkan dengan koleksi sedia ada yang sudahpun korang miliki.
Apa yang menjadi titik istimewa Behind The Block pada pandangan penulis adalah the styling magic yang mencerminkan budaya jalanan, pendakian serta perkhemahan yang semakin diminati oleh kelompok remaja Malaysia.
BEHIND THE MALACCAN BLOCK
Di sebalik kejayaan untuk berada di pentas KLFW 2024, AkuDesign sebenarnya telahpun menantikan momen tersebut selama 15 tahun sejak penubuhannya pada tahun 2009 ketika Kasu & Afiq masih bergelar mahasiswa; masing-masing mengambil jurusan Juru Ukur Bahan (Quantity Surveyor) dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai dan jurusan Seni Bina & Rekaan Alam Sekitar dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak.
“Sewaktu AkuDesign ditubuhkan, saya baru tamatkan SPM dan kami amat meminati sukan papan luncur dan budaya grafiti. Berlainan dengan zaman sekarang, pada tahun 2009 itu, sumber inspirasi kami hadir daripada majalah-majalah skate terbitan tempatan seperti Revolution.
“Selepas berpindah ke Melaka dari Kuching, Sarawak; saya dan Afiq terfikir untuk menubuhkan satu jenama streetwear untuk suka-suka dan memenuhi minat. Impian kami pada masa itu hanyalah untuk melihat ada orang memakai jenama kami di khalayak ramai.
“Kami pun tidak sedar apabila AkuDesign sudah memasuki ‘hari jadi’ pertamanya. Kemudian memasuki tahun kedua, macam dah dua tahun? Eh, dah lima tahun?
“Sehinggalah AkuDesign sudah berusia 15 tahun pada 2024, kami kekal sahaja dengan cara follow the flow. Perancangan berterusan itu tentulah ada here and there, namun kami selesa cuma menikmati perjalanan ini tanpa terlalu meletakkan tekanan serta harapan menggunung,” katanya ketika ditemui REMAJA di stor flagship AkuDesign yang terletak di Banda Hilir, Melaka.
Kongsi Kasu lagi, nama AkuDesign dipilih sewaktu zaman kegemilangan muzik indie dan budaya indie di Malaysia. Penggunaan Bahasa Melayu sememangnya menjadi satu kebanggaan kelompok tersebut dan mereka putuskan untuk memilih satu nama yang mewakili siapa diri mereka yang sebenar.
Maka, terhasillah AkuDesign. Bila melihat pelanggan mereka memakai helaian baju AkuDesign di luar, sekurangnya mereka boleh berkata, ‘Oh baju itu aku yang design‘.
“Tamat pengajian di UTM Skudai, saya mempunyai dua pilihan sama ada untuk membuka stor fizikal AkuDesign di Kilang Bateri, Johor Bahru atau di Melaka.
“Sebab utama kami memlih Melaka adalah kerana tarikannya sebagai pusat pelancongan and we will have people to come and go. Selain pelanggan lokal yang setia, ramai pelanggan kami juga berasal dari luar negara seperti Jepun dan China, so the plan worked.
“Sudah tentu, kami memang ada perancangan untuk membuka sebuah cawangan di Kuala Lumpur. Doa-doakan ia menjadi realiti,” katanya.
NASIHAT BUAT ANAK MUDA YANG TERINSPIRASI DENGAN AKUDESIGN
“Bagi saya, jika ada yang ingin menceburi bidang perniagaan seperti fesyen dan sebagainya, pertama sekali korang kena tanya pada diri sendiri, ‘Aku nak jadi apa sebenarnya?’.
“Kalau korang seperti saya yang bertukar haluan dari Quantity Surveyor kepada Fashion Business, tepuk dada dan tanyalah minat sendiri.
“Yang penting, jangan takut buat silap. Langgar sahaja, korang masih muda dan boleh belajar dari kesilapan. Yang penting, tidak menyesal di kemudian hari.”
KLIK pautan di bawah untuk menonton temubual penuh REMAJA bersama AkuDesign featuring Kasu.
FOTO: Instagram AkuDesign
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.